Sunday, October 14, 2012

Buat anak.

Bismillah.

Comot lumpur parit petang semalam, malam ini masih berdaki di betis anakku. Calar balar, kerut kasar didahi dan dikaki; hitam. Belum tentu pulang, walau sudah lewat petang dihutan. Bomoh dukun diperaja, seolah pasak bumi pantang raja tiada batas. Lemah diragut, perkasa berkuasa. Itulah saban hari. Itu zamanku.

Comot gincu kusam round-neck shirt semalaman ke rumah kawan bukan mahram. Calar bibir berbau mulut lagi berasap; hitam. Keluar berhari hari, pulang hanya sehari. Up to date diminda, raja segala raja. Tunjangmu hanya momokan mulut manis seseorang? Itulah saban hari. Ini zamanmu.

Bukan mudah melahirkan, lebih lagi mahu memelihara. Setiap malam, bukan cerita indah. Letih si ayah jua penat si ibu bukan kepalang. Walau sentiasa melonggak ke langit, anak bangsaku, rundukkan wajah ke bumi! Itu asal usulmu. Seperti kamu tahu anakku, dunia itu berpusing. Pusingannya sama ada dua; kau menangis lagi seperti aku, atau kau anakku...senyum disana.

Fikirlah...
Anak anakku..


Thursday, October 4, 2012

Bismillah.

Hari ini noda lagi. Sesal tetap ada, walau dah lupa bila noda pertama. Cuma, sampai bila? Dia kata, jaga semua, mata kata bicara dan telinga. Tetap, noda itu liat, tak lumpuh dengan racun air mata.

Peng!

Lagi terpalit noda. Sesal lagi. Ah! Inikah hidupku? Sampai bila?

Sampai aku pernah rasa, biar sahaja noda ini jadi nanah, selagi ia tak jadi barah! Sebegitu sekali mindaku!

Oh noda..
Tetap kau dihatiku, rajaku sampai bila bila! -ayat pemusnah!

Kalau di alam maya, penguasa zalim perlukan suara rakyat untuk roboh runtuh.

Keliru,

Lalu..ku belek kalam Mu...

Yah! Jaga jaga noda. Kau pasti akan binasa nanti..

Friday, September 21, 2012

Enam

*    *    *

Bismillah.

Walhamdulillah, dibibir masih bersyahadah, di hati masih beraqidah dan di setiap waktu, semoga sentiasa dalam rahmah.

Usaha Taqwa Mulia. Bukan slogan kosong, itu kunci kejayaan. Rupanya, ia dari intipati al Quran. Biarlah kata siapa, tapi bagiku inilah sebuah madrasah Islam terbaik yang pernah aku huni. Ternyata mindaku sebelum ini yang silap, memberi sebuah gambaran, hanya berdasar sebuah nama dan latar wayang semata.

Ibu. Bagimu segala rindu. Semoga dalam 'afiat sentiasa. Aku anakmu, duhai ibu. Ketahui, doa sentiasa dicurah istimewa; hanya untukmu. Berbanggalah.

Abah. Bagimu segala kasih. Nasihat jadi pasak, pengalaman jadi inspirasi. Aku zuriatmu, duhai abah.

Kawan kawan. Ini anugerah. Bertuahnya aku, mengenali kalian. Tiada ganti, selama lamanya. Emas perak, bukan tandingan kerana kalian jauh lebih suci dari itu. Jiwang? Bukan. Itulah kenyataan.

Guru. Lidahmu menyampai, namun akhlaqmu mengajar sesuatu. "Merendahlah, walau dengan anak kecil". Terima kasih guru. Andai tidak kerana guru, tidak aku mengenal apa itu ilmu.

Ilmu. Hadirlah, dan sudilah menetap dan mengatur hidupku.

Walhamdulillah, ternyata dari enam ini, sudah tidak terkira nilai anugerahMu duhai Tuhan. Enam dari Allah swt Maha Pengasih. Sungguh, Engkaulah Tuhan, tiada cinta yang lebih indah dari cintaMu kepada hambamu. Aku amat berbahagia mengenalimu, semampuku..

*    *    *

Sunday, August 12, 2012

Kun Faya Kun

Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Malam ini malam istimewa, masya Allah. Usai solat tarawih berimamkan abah, terus aku aiman dan irfan berlari tinggalkan surau ke kerusi empuk di ruang tamu. Walaupun bukan aku yang paling awal sampai, tapi kuasa 'abang' boleh sahaja mengetepikan adik adik yang lain untuk duduk di seat vip. Itulah kezaliman seorang abang chik, hehe.

Sabuah filem bertajuk 'Kun Faya Kun' ditonton. Baru kali ini rasanya, sebuah movie berjaya menafikan keenakan lauk pauk panas hangat masakan umi didapur yang sedia disantap untuk bekal sebelum tidur.

Pada awalnya, semua biasa biasa saja. Tapi, siapa sangka ia bertukar penuh emosi. Berbekalkan sari kata indonesia, dan memek muka pelakon handalan serta effect  muzik latar, ternyata filem ini berjaya memaku kami bertiga di kerusi. Babak sedihnya amat menusuk, sehinggakan aku yang macho ini pun hampir bergenang air mata.

Teringat ungkapan seorang penulis buku, Robert T. Kiyosaki, katanya "assets serve money into your pocket when liability took them away". Mungkin inilah mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah filem 'Kun Faya Kun'. Mesejnya jelas, supaya manusia bertindak melalui duit, bukan kerana duit.

Kata Aiman, "dalam filem, memanglah tak mustahil". Tapi realitinya, memang manusia susah untuk menolak wang tunai, kerana hanya manusia beriman sahaja meyakini Tuhan. Sifir asas jual beli, memacak pemikiran 'percuma itu rugi' sedangkan Islam mengajar sebaliknya. Tak usah melihat contoh jauh, Sayyidina Abu Bakr pun sudah menggambarkan sesuatu yang diluar sifir asas ekonomi, iaitu "semakin banyak anda memberi, semakin banyak anda menikmati".

Ternyata sejam setengah dilalui tidak terasa, malah masih ingin melihat kisah selanjutnya. Inilah yang dikatakan sebuah filem, satu paparan yang mampu menerkam ke dalam minda malah merubah serta memperbaiki pemikiran masyarakat.

Hingga berjumpa lagi, aiman irfan kirim salam untuk semua.
"assalamu'alaikum", kata mereka. :D

Sunday, July 8, 2012

Busted.



Tewas!
Sekali lagi.
Selepas beberapa kali.
Berjaya tidak pernah.

Sehari hitam tanpa putih.
Sehari putih bersama hitam.
Hitam menyusul selepas pergi.
Kenapa mesti hitam yang datang?

Putih ke mana?
Putih ada? Yakin?
Putih tak pernah tiada, katanya.

Aku ingin putih, cuma..
Suka juga hitam, tapi..

Putih; yakinlah aku sukakanmu.
Hitam; kenapa aku kaku kelu berhadapanmu?

Luahkan?
Mustahil.

Selain keduanya? Tak!
Hanya itu sahaja. Satu antara dua.

Hitam seolah tidak malu.
Hitam ku renung tak pernah bosan.

Putih seolah tidak tahu.
Putih ku cari kelibat pun jarang.

Aku tidak berani?
Ego?

Aku akui, hitam itu kesukaan ramai.
Tidak aku mahu mengalah.

Tapi, putih juga permata bernilai.
Takkan mahu menyerah?

Aku disuruh pilih.
Putih atau sebaliknya.
Tiada pilihan ketiga.

Kali ini, tewas lagi.
Silapkah aku pilih ia?

Kenapa perlu aku ambil hitam, walhal aku suka putih?
Kenapa hitam terbayang setiap kali ku mendekati putih?


Tewas!
Kau tertewas.
Sudah.
Bakar saja.

-torned-

Monday, June 25, 2012

Dahi Dan Hati



ini
dinanti

sejak seratus tahun yang lalu
selayaknya mereka untuk bersujud

alhamdulillah
...


4.57 pm
Tahrir Square
Cairo, Egypt


Sunday, June 10, 2012

Hiba.

Salamullah 'alaykum, dan salam sejahtera.

Awwal kalam, saya doakan semua pembaca sekalian sejahtera dalam rahmatNya, amen. Hari ini saya nak berkongsi dan mengajak semua bermuhasabah mengenai 'Sedih Atas Tiada Taat Allah SWT'. Bukan sedih putus kasih ya..hehe.

DUKACITA..

Sebelum tu, renung dulu kata kata dari seorang tokoh ilmuan Islam:
"Antara perkara yang mendorong seorang hamba kepada ketaatan adalah perasaan sedih dan dukacita atas tiada amalan taat dan luputnya waktu ketaatan. Namun begitu, kadang kadang perasaan ini tidak berfaedah"- Syeikh Zarruq rhm.

Baiklah, kawan kawan.

Saya yakin pernah terlintas di hati masing masing; perasaan sedih kerana selalu buat maksiat kepada Allah. Walaupun dah banyak kali sebut minta ampun dari Allah, walau dah banyak kali rasa bersalah..tapi, masih ulang lagi kesalahan yang sama. Contoh lintasan hati~

"semalam dah banyak tak sempat minta ampun, hari ni tambah lagi kesilapan (dosa)..aduuh"
"kenapa aku tak rasa apa apa time buat dosa? tapi, lepas buat, menyesal."


Secara fitrahnya, manusia biasa macam kita akan berasa kesal dan sedih atas dosa yang dilakukan. Walaupun fizikal manusia berbeza, tapi fitrah manusia tetap sama iaitu sukakan ketaatan kepada Allah. Sebab itu, tatkala melakukan kesilapan atau kesalahan terhadap tuhan, hati kita cenderung untuk berasa tidak selesa dan terganggu.

Dari sudut Tasauf (akhlak), dukacita terbahagi kepada tiga bahagian, mari kita muhasabah dalam diri masing masing selama ini dimanakah kategori kesedihan kita semua:

1. Dukacita Dusta
2. Dukacita Benar
3. Dukacita Amat Benar


APA BEZA?

Menurut Ibnu 'Ajibah rhm..

Dukacita Dusta : Iaitu dukacita yang tidak disertai dengan beramal soleh.
Dukacita Benar : Iaitu dukacita yang disertai dengan kesungguhan dan kesederhanaan dalam beramal soleh.
Dukacita Amat Benar : Iaitu dukacita kerana habisnya masa kerana kelalaian berbanding amalan.

...

Dukacita yang menipu ini adalah hanya mainan syaitan dalam nafsu hati manusia. Sedih yang dirasa itu hanyalah olok olok dari dalam hati, sekadar dengusan keluhan, tiada susulan dari keluhan kesal itu. Orang ini biasanya akan merasa kesal akan kesalahannya namun dalam masa yang sama kesalahan itu tetap dilakukan! Bahasa sasteranya, "hangat hangat tahi ayam".

Dukacita yang benar pula kekesalan dari hati yang tulus. Kemudian diikuti dengan taubat dan susulan dengan amalan soleh. Orang ini akan berasa tenang semasa hidupnya kerana kesalahan yang pernah dilakukannya dahulu tidak lagi dia ulangi dan mula mengorak langkah ke arah yang lebih baik dari hari ke sehari.

Dukacita yang amat benar pula sukar dicapai oleh orang kebiasaan. Mereka yang terpilih ini hanya merasa dukacita apabila tidak berpeluang beribadat kepada allah, kerana keseluruhan hidupnya difokuskan sepenuhnya untuk pengabdian kepada Allah semata mata.

...

Renungkan. Dimana kita selama ini?

Rupa rupanya, sedih kerana buat maksiat itu belum cukup untuk kekesalan itu diterima Allah. Malah, kesedihan itu tergolong dalam golongan 'sedih tipu' disisi Allah. Sungguh sedih yang sedemikian itu hanyalah mainan dari syaitan kepada hati manusia supaya rasa diri sudah diampun lalu bolehlah kembali berbuat maksiat seterusnya. Liciknya bisikan syaitan!

Akhir kalam, sama sama kita renung dalam dalam azimat ini, semoga ia mampu menggoncang hati kita semua. Disebutkan, Abu Sulaiman ad-Darani rhm. telah berkata:
"..Tangisan yang sebenar bukanlah dengan memerah mata (supaya keluar air mata kesal). Tetapi, tangisan yang sebenar ialah kamu meninggalkan sesuatu (dosa dan sebagainya) yang kerananya kamu menangis.."


"Menangislah (tinggalkan) atas dosa dan kesalahanmu."
-Riwayat Tirmizi: Hassan Shahih

Wallahua'lam.
___________________________
Dipetik dan diolah dari Syarah al Hikam Jilid 2, Imam Tajuddin Ahmad Muhammad bin Abdul Karim b 'Atha'illah As Sakandari : Terjemahan dan Huraian dari Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri hafizahumullah 'alaihim ajma'ien.
 


Thursday, May 24, 2012

Songsang.

Duduk bawah, berdiri, puas meniarap.
Termenung sudah tercenung lagi.
Entah apa di fikiran.

Obral tenaga demi sisa.
Mencongak yang tak tentu.
Belum pun setitis keringat.
Entah apa diusahakan.

Bahak ketawa selepas seloka.
Tampil perawan di depan mata.
Mungkin itu yang dibualkan.
Entah apa dilamunan.

Songsang.
Tika ketiduran kau jaga.
Tika bersama kau disana.
Tika lapar kau hanya jawab dahaga.

Songsang.
Gelap sudah jadi terang.
Enak tidak jadi lazat.
Serba berkalih.

Cukuplah.
Cukuplah semalam harimu begitu.
Cukuplah usiamu banyak berlalu.

Arah Itu.
Arah itulah tujuanmu.
Sedar itu!

Tuesday, April 3, 2012

assalamu'alayka

Assalamu 'alayka

My heart is so full of longing
I wish to be close to my beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad

Chorus:
Assalamu 'alayka ya
Ya Rasulallah
Assalamu 'alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu 'alayka ya
Ya Rasulallah
Assalamu 'alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, Ya Rasulallah

I left all my troubles and worries
As I entered your Mosque so gently
And as I finally stood there before you
I couldn't stop my tears from falling
In your presence O Muhammad

CHORUS

O Taiba (Medina), your breeze is so blessed
Indeed it brought life back to my spirit
I've left my heart with my Beloved
Sending blessings on Muhammad

CHORUS

*      *      *




Lyrics : Maher Zain & Bara Kherigi
Melody : Maher Zain
Arrangement : Emre Mogulkoc 
Mixing : Emrah Mogulkoc

Thursday, March 29, 2012

HSD.


Assalamu'alaikum teman sekalian. Semoga sehat sejahtera disamping keluarga. Tidak mahu berpanjang kalam, hanya mahu berkongsi emosi, perasaan menonton Hafalan Shalat Delisa seketika tadi. Iya, walaupun sudah lama diterbitkan, cuma baru kali ini ada masa untuk hayatinya sampai habis. Secara keseluruhan, aku mengakui inilah filem pertama yang berjaya mengalirkan air mata aku tak henti henti..hehe.

Ok, jom hayati lagu tema filem ni. Tersangat awesome !

*   *   *

Lagu : Ibu
Didendangkan oleh : Rafly

Lembutku kenang kasihmu ibu
Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh didalam hatiku

Sembilan bulan ku dalam rahimmu
Bersusah payah oh ibu jaga diriku
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatiku

Tiada ku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti ku harapkan doamu
Oh ibu tak henti ku harapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku
Mengalir di setiap nafasku

Ibu Ibu Ibu ~

Lembutku kenang kasihmu ibu
Di dalam hatiku kini menanggung rindu
Kau tabur kasih seumur masa
Bergetar syahdu oh didalam hatiku

Indah bercanda oh denganmu ibu
Di dalam hatiku kini selalu merindu
Sakit dan lelah tak kau hiraukan
Demi diriku oh ibu buah hatiku 

Tiadaku mampu membalas jasamu
Hanyalah doa oh di setiap waktu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Oh ibu tak henti kuharapkan doamu
Mengalir di setiap nafasku
Mengalir di setiap nafasku

*   *   *


Tuesday, March 6, 2012

Ibu. Engkaulah Ratu Hatiku~

Bismillah.

Apa yang aku ingat, 

aku ni jenis tidur lepas dah penat menangis.

^^,

Mungkin ummi aku ada buat apa yang dalam video ni..

Cuma aku yang tak ambil tahu.

Apapun, terima kasih ummi

kerana kasihmu tidak tenilai.




*  *  *


"Kasih Ibu Hingga Ke Syurga"


*  *  *

Syukur


y0e!




Lirik Lagu Syukur - Altimet

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor kereta bas LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Mlihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencuit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Chorus
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini


credit to: http://anizyn.blogspot.com/2009/12/lirik-lagu-syukur-altimet.html#ixzz1oJ2Nayag



p/s : sokonglah industri muzik Rap. mereka berhati mulia. ^^,

Monday, February 13, 2012

Esok Mesti Jadi Milik Aku!


Aidil masuk ke kamar tidurnya.

Malam yang singkat di musim sejuk diguna sepenuhnya untuk rehat. Usia mudanya tidak menghalang untuk berdikari. Pajama Winnie The Pooh disarung bersama seutas tasbih ditangan selepas usai memberus gigi. Sambil mendongak ke langit, dia berdoa lagi "Esok mesti jadi milik aku"

Lampu dipadam. Namun hati Aidil masih segar, lenanya bukan lena jiwa, cuma lena mata.

*  *  *

Azfar menarik tangan Aidil untuk bangkit qiamullail. Selimut Aidil dikuak. Masing masing menguap. 5 pagi untuk budak seusia mereka bangun bertahajjud bukan suatu yang mudah. Namun, hasil latihan berkat kesabaran, ianya menjadi tabiat. Memang sudah menjadi kebiasaan dalam diari kembar ini untuk bangun qiam bersama sama. Cuma dua tiga hari ini, Aidil kerap susah nak bangun berbanding Azfar.

*Allahuakbar...

Azfar selaku yang menang menjadi imam. Iya, mereka beradu kemampuan. Siapa bangun lebih awal, dialah jadi imam qiamullail. Begitulah cara mereka mentarbiyyah diri untuk rapat dengan Allah. 'Rutin wasiat' ini menjadi pegangan mereka kerana pesan arwah ibunda "Kekuatan manusia pada hatinya, kekuatan hati pada 'amalannya, kekuatan 'amalan pada ikhlasnya". Azimat itu digantung tinggi dalam ingatan dan sanubari mereka selepas kehilangan ayahanda dan ibunda mereka dalam kecamuk keganasan Basyar Assad.

*  *  *

Hari ini mereka tidak sarapan. Bukan kerana sekolah telah ditutup, tapi kerana pelantar api didapur rosak. Masing masing tak reti nak baiki. Berbekalkan 2 pound Syria diambil dari kantung derma tempoh hari, bertawakkal mereka keluar dari rumah. Sambil memegang satu poster bertulis:

"Datang Bersama Hatimu Hanya Untuk Allah" 

Taqdir Allah, Azfar dan Aidil bertemu dengan seorang pemudi muslimah. Selepas bertanya khabar, rupanya destinasi mereka sama. Iaitu ke Himpunan Sejuta Syuhada' di perkarangan pekan. Berbesar hati pemudi berkenaan untuk mengajak Aidil dan Azfar makan bersama teman temannya. Syawarma berserta dua gelas susu sudah terlalu enak bagi dua anak syuhada' ini.

Aidil bertanya bagaimana kakak itu tahu Aidil dan Azfar ingin ke sana, sambil tersenyum pemudi itu menjawab, "Apabila Allah memberi cenderung pada hati manusia, tiada siapa yang dapat menghalang". Azfar dan Aidil terdiam.

*  *  *

#tekan link dibawah untuk hayati ikrar Aidil dan Azfar tempoh hari#


* * *

- Ke hadapan Aidil dan Azfar. Abe Din doakan entuma mendapat Syahid. Dan, Abe Din harap Abe Din dipilih kelak untuk diberi Syafaat oleh entuma. -luv- 

# BANGKIT BERSAMA ISLAM UNTUK ALLAH#









Saturday, February 11, 2012

Coretan Haraki I

Bismillah.
Solawat.

Hari ini bercerita mengenai haraki.

Dalam sebuah Harakah, ada Qiadi ada Jundi ada 'Amilin ada Ahli dan kelompok lain. Beberapa blok utama kelompok manusia ini membentuk kesatuan mencari kesepakatan serta menggembeling tenaga idea roh jasad malah harta benda dalam mencapai misi tertentu. 

Keputusan dan dasar dibuat dari hasil sepakat wakil kelompok yang telah merangkumi semua sudut yang mana didalamnya ada semua wakil dari semua peringkat untuk membahaskan dan memutuskan keputusan harakah tadi.

Kenapa saya sebut kembali? Biar semua faham yang tidak pernah ada istilah 'diktator' dalam ber'gerakan' kerana semua harus sedar bahawa jangan jadi bodoh sombong dalam memahami konsep mudah ini. Siapa yang berani kata adanya diktator dalam ber'gerakan', anda sebenarnya dikaburkan dengan buku buku statik teori pemikiran lesu menterjemah korup liberal dan zalim dalam erti kata menekan rakyat mengabai suara mereka dan membuat keputusan tanpa memungut suara ramai, walhal bukan itu sebenarnya maksudnya.

Tidak semua jenis tekanan kepada rakyat itu mengongkong. Tidak jadi zalim kepada pemerintah itu kalau tidak mampu menyelesaikan isu tempatan dalam tempohnya. Malah, tidak wajar digelar diktator atau gila kuasa kalau para pimpinan membuat keputusan bersama sesama mereka. Tidak semudah itu pemimpin dihukum.

Memahami dasar perjuangan akan menyebabkan seorang pejuang akur dengan keputusan pemimpinnya. Erti kata mudah, kenapa mahu mengaku peyokong kalau pemimpin sendiri dibantah dan disergah. 

Cuma, ada yang berpandangan pemimpin tidak kira apa tahapnya wajar disamaratakan atau dalam bahasa Inggerisnya "Leadership For Equality". Tak kisah lah apa jua istilahnya sekalipun, dalam bahasa apa pun, yang penting Islam juga menggariskan panduan sendiri, Islam tidak kontang dari percambahan pemikiran dan kemajuan fakta tamadun bangsa dan kepimpinan. 

Istilah istilah baru banyaknya kelihatan intelektualistik serta mempunyai makna yang tidak sekata penafsirannya. Malah ada yang pakai tulis saja sedang dia sendiri pun tak faham apa sebenarnya maksud 'high class terms' tadi. Biarlah mereka. Merekakan bijak, intelek. Istilah itu hanya dipakai para intelektual, maksud mesejnya hanya mereka saja faham. Huh, tak apa lah.

Berbalik pada konsep Equality. Saya bukan mahu berhujah dalil kerana faham diri masih belum untuk itu. Cuma, cukuplah seandainya saya datangkan analogi analogi manusiawi semoga mudah difahami apa maksudnya.

Pertama, kesamarataan dalam menegur dan menerima teguran. 

Analogi I

Di sebuah pekan koboi. Lewat malam. Sebuah Lancer dipandu ayah ditemani Ibu disebelah. 90 km/j. Abang kakak dan adik dibelakang. Adik tidur tidur ayam. Abang dengan i phonenya. Kakak mengelamun saja. Tiba tiba, abah melihat dari cermin sisinya, ada dua buah Inspira sarat dengan lapan orang bertopi koboi bersenjatakan AK 27 sedang ikut dari belakang. Ibu menjerit. Ayah tekan pedal sekuat hati.

180 km/j.

Ibu : Eh omak kau abang aku sayang. haaa~ 
Kakak: Abah, kenapa ni ! Ibu..
Abah: Pegang kuat kuat !
Abang: Umi, tarik handbrake! Abah dah sawan! 
Umi : Eh handbrake kau la aku sayang. haaa~
Abang: Abah, nak kena saman ke drive laju gila ni? Abah ! Jalan kat sini licin ! Abaaah !
Adik: Uweeekk! 
Kakak: Abah, pelahan la sikit, adik dah muntah ni!
Abah:............. (diam dan berpeluh) 

Selepas sudah 15 km meninggalkan pekan koboi tadi. Ayah park kat sebelah. Endingnya dijamin boleh diramal. Kan?

Begitulan dalam bergerakan dan berorganisasi. Tidak semua keputusan dari pimpinan perlu ditanya dulu kenapa dan apa sebabnya. Pertimbangkanlah. Mungkin kerana tindakan itu mungkin memakan masa dan merugikan peluang yang terhidang atau mendatangkan mudhorat lebih besar sekiranya tiada keputusan segera.

Salahkah Ayah tak jawab soalan kakak? Tidak. Kerana dia tahu kalau diberitahu yang ada perompak duk follow kat belakang, confirm kakak pulak duk melatah sekali ngan Umi..lagi tension !!

Sikap gelojoh (isti'jal) abang terus mempersalahkan ayah dan bersangka buruk pada ayah. Adakah abang tidak tahu yang ayahnya juga menyayangi keluarga. Ayah tak bodoh nak jadi stunt tiba tiba tanpa sebab. Itulah kebodohan dan keangkuhan anak muda yang bicara kencang tapi laksana hampeh. Ingat wahai pemuda, Qiadi tidak bodoh untuk menggadaikan gerakan kita dengan keputusan mengikut hawa nafsu ! Tapi kita yang bodoh, mempersalahkan dan menuding jari sedangkan tidak bersemuka dengan ayahanda dan ibunda kita disana untuk meminta penjelasan.

Adakah abah mengabaikan kebajikan adik? Membiarkan adik muntah begitu sahaja? Saya yakin kita semua tahu apa dan apa rasionalnya tindakan abah tadi.

Jelas. Keadilan dalam kepimpinan bukan dilihat pada tindakan itu yang cenderung atau memihak kepada mana mana pendapat. Tidak juga dilihat pada tindakan itu mengabaikan mana mana pihak. Namun, yang paling penting, keadilan dalam berorganisasi adalah mengambil semaksima manfaat dalam masa yang sama juga terpaksa meninggalkan mudhorat kecil demi menghindari mudhorat yang lebih besar. Inilah gunanya kepimpinan yang berjiwa kental dan berfikrah Islam, kerana hanya dengan Islam, kebajikan akan dikecapi semaksima mungkin !





Bersambung...  

Thursday, February 2, 2012

Forgotten Promises Lyrics





_________________________________

Forgotten Promises Lyrics - Sami Yusuf

Tonight the World will sleep but Hunger will not wait for promises we made
we share one soul we share one land we have one time to understand
we all one human kind brothers side by side, we’ll have no regret we will not forget
we all one human kind sisters side by side, we’ll have no regret we will Not forget
سامحنا يالله وارحمنا يارباه وامنح رزقك للافواه وابعد عنها كل الاه


Our words must count, Hunger will not wait for promises we made
we share one soul we share one land we have one time to understand
we all one human kind brothers side by side, we’ll have no regret we will not forget
we all one human kind sisters side by side, we’ll have no regret we will Not forget
سامحنا يالله وارحمنا يارباه وامنح رزقك للافواه وابعد عنها كل الاه


(African laugage ………..)
****
****
****
Our words must count, Hunger will not wait for promises we made
________________________________________________________________________________


*Allah love ones who loves others. spread love to all. :)

Monday, January 30, 2012

Cik Beah Osem ! ^^,


Ok, saya mengaku, sumo dah nengok.

Tapi ngak salah lau nak share kan? hehe~

Apapun, tahne-ah dan syabaz buat Cik Beah Osem ! ^^,

Video enti macam dengor kuliah ostad azhar...lawok giler.

Dan paling penting, bermanfaat. 

Teruskan usoho enti ! ^^,


Sunday, January 29, 2012

Ribath al Qalb.

Bismillah.
Solawat serta salam atas Junjungan Tercinta Rasulillah SAW.

Alhamdulillah, selepas sudah agak lama tidak mencoret apa apa disini, dhuha yang indah ini Allah beri kesempatan. Moga moga sedikit perkongsian diberi barakah dan pahala disisi Allah SWT.

Minyak Wangi
 “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Memilih sahabat bukan kerja senang kerana mereka pantulan identiti kita. Sudah menjadi adat manusia mungkin, bersahabat dengan seseorang yang mempunyai paling banyak persamaan. Hobi, asal keturunan, tabiat kelakuan, pandangan dan kegemaran sering menjadi kriteria memilih sahabat. 

Konklusinya, seringkali persahabatan itu dimulai dengan persamaan dan jarang sekali saya dengar persahabatan bermula dengan perbezaan. Lumrah insani.

Namun, selepas meneliti kembali saya berpandangan persahabatan itu perlu lebih dari itu. Kalau kita lihat dalam konsep usrah yang diasaskan oleh Baginda Rasulillah SAW, Baginda tidak pernah melihat apa apa persamaan untuk menjadi pra syarat kepada baginda untuk layak bergelar 'Sahabah' kecuali hanya satu ya'ni Syahadah. Dalam erti kata lain, akidah. 

Seperti yang dicatat dalam Qasidah Muhammadiyah menggambarkan peribadi baginda:
"Muhammad itu semulia manusia; dalam kalangan 'Arab dan 'Ajam (bukan 'Arab) #Muhammad sebaik insan  berjalan atas telapak kakinya sendiri (rendah diri, tiada beza taraf)" 

Malah, al Imam  Hassan al Banna dalam mengasaskan pendekatan Usrah meletakkan tiga ciri utama iaitu, Pengenalan, Memahami dan Membantu tanpa meletakkan ciri 'Persamaan' sama sekali. As Syahid seolah meletakkan perbezaan manusia itu perlu dikenali sepenuhnya, difahami selok beloknya dan dibantu semampu mungkin. Sangat berbeza sebenarnya cara 'berkenalan' yang dianjur As Syahid dengan teknik biasa diguna orang kita untuk memilih sahabat.

Pada saya, mungkin atas didikan minda inilah, terkadang sifat mudah meminggirkan dan menyisihkan personaliti disekelilingnya yang tidak mempunyai persamaan timbul. Lebih lagi kalau timbul pula sifat kebencian disebabkan perbezaan ini. Sebagai contoh, apabila berlaku sedikit salah faham, kita cenderung melihat kepada perbezaan itu untuk bersikap 'tidak masyuk' dengannya. Walhal, itu bukan sebab yang kukuh sebenarnya.

Perbezaan pandangan, pemikiran dan pendapat bukanlah sesuatu yang pelik kerana sememangnya manusia dicipta dengan sifat yang saling melengkapi antara satu sama lain. Seolah sebuah binaan yang kukuh kata Allah dalam surah as Soff, memberi perumpamaan bahawa konsep melengkapi dalam perbezaan itu perlu diterapkan.

Ketahuilah, saranan ini telah pun diseru dan dipujuk oleh baginda sejak dahulu lagi melalui sabdanya daripada Abu Daud yang bermaksud:
"Seseorang sahabat itu mengikut deen (cara hidup) sahabatnya maka hendaklah salah seorang dari kamu melihat dengan siapa ia bersahabat" 
Malah Allah juga meletakkan ciri yang sama dalam firmanNya bermaksud:
"..Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara, maka berbaiklah diantara kamu.."
Sudah jelas, memilih sahabat yang sebenar adalah berasaskan agama dan akidahnya. Selagi dia Islam, maka kita berhak bersaudara dengannya dan dia berhak untuk kita cintai. Tiada yang berhak menghalang.

Perbezaan dalam setiap peribadi ibarat beza bau minyak wangi. Ada yang baunya lembut ada juga yang keras. tidak kurang juga bercirikan buah buahan malah ada juga yang berunsurkan campuran. Namun, segalanya dalam satu rumpun, diletak bersama sebagai 'minyak wangi'. Itulah umat Islam. Bezanya walau dari sudut mana sahaja, ia tetap Muslim dan ia wajar disayangi dan dikasihi kita semua.

Yang bukan Islam? Insya allah, saya utarakan dalam post seterusnya.

Khulasah qoul, perbezaan pandangan dan tidak sama pendapat dalam apa apa jua hal wajar dipandang sebagai penyatu antara umat Islam.

Bayangkan, apa agaknya perasaan Baginda melihat umatnya sekarang yang seakan mahu kembali meniupkan sentimen perkauman dan perbezaan ideologi sebagai asas perjuangan. Cukuplah kita membuatkan baginda sedih saban hari.

Ayuh, sama sama kita insafi dan menyedari bahawa kesatuan manusia hanya boleh dicapai dengan mendasari Islam itu sendiri. Kalau kita masih berfikiran, bangsaku perlu dimartabatkan dan bangsa lain semuanya menaruh hasrat keji ke atas bangsa kita, ibarat kita menambah perit derita dihati baginda Rasulillah SAW sekarang.

Bersatulah Di Bawah Islam !


*salah silap saya dalam penulisan, sila tegur.

Monday, January 16, 2012

Maaf Sahabatku.

Bismillah.
Solawat.

Muka monyok. Tak lalu makan. Selalu berseorangan.

Seorang kawan mesti dapat tahu yang kawannya tu dalam masalah. Tapi itu teori tak betul. Itu teori orang baca buku.

Aku tahu kau baca entri ni kawan. Aku minta maaf.

Aku tak tengok kau disana. Yang aku tengok, tulisan kau di fb. Semuanya ceria sahaja. Jadi, aku sangka itu tanda bahagia. Lagipun kau selalu duk gelak je dalam fb tu. Bila call skype pun, asyik duk sembang cerita lawak ja.  Sekali profile picture kau pun gambar yang comel. Mana nak perasan kau ada masalah.

Itu alasan aku.

Padahal ukhuwwah bukan seperti itu.

Ukhuwwah bukan dengan tengok muka, belanja makan dan teman kawan study.

Tapi ukhuwwah itu perjalinan hati. Memahami dan membantu masalah yang orang biasa tak boleh selesaikan.

Aku gagal.

Maaf kawan.

Lepas aku diceritakan, barulah sedar. Rupanya diri kau tak sebahagia itu. Diri kau gundah gulana sebenarnya.

Maaf kawan. Aku gagal jadi sahabat.

Aku tak ambil tahu.

Kalau kau susah nak maafkan, aku faham.

Thursday, December 29, 2011

Itulah Tanda Cinta..Cinta Ilahi.

Bismillah.

Sejujurnya, lagu ini menyentuh hati saya.



Fursan Keinsafan Diri

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari tuhan yang esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak kesyurgamu
Namun tak sanggup ke nerakamu
Kutunduk sujud merendah diri
Kembali padamu

Ku tetap setia
Padamu oh tuhanku
Akan ku patuhi segala
Suruhanmu

Akan ku jauhi
Segala laranganmu
Itulah tanda cinta
Cinta ilahi


wallahua'lam.


p/s : bukan anda sahaja ulang banyak kali lagu ni, saya pun sama. :)

Wednesday, December 28, 2011

Satu Dua Tiga, Senyum. :)



Seorang sahabat yang mulia, namanya Abu Darda' duk berdiri berceloteh sambil muka dia duk senyum je.

Orang lain pun tanya Abu Darda':
Hang tak takut ka orang kata hang ni tak betoi kalau asyik duk senyum je memanjang?

Lalu Abu Darda' menjawab:
Nak takut apanya, aku duk tengok Nabi Muhammad SAW tu, tak pernah dia bersembang ngan orang lain kalau muka dia tak senyum. 

moral of the story:
Kalau orang tu suka sangat senyum, jangan kata apa apa kerana itu SUNNAH Baginda Nabi Muhammad SAW.

Senyum bukan ADAT
Senyum itu IBADAT

senyum sikit = +pahala

senyum banyak = ++++++pahala

=)

Layanlah nasihat Habib Muhammad Abdur Rahman As Saggaf dibawah.

Dan, jangan lupa untuk SeNyUm. =)