Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Sinergi Ijtima'

Bismillah.
Solawat.


Salam Ijtima' Tarbawi
May Allah Bless Us, Amen
Pas Untuk Semua

Sunday, October 9, 2011

UNDILAH !

Salamun 'alaik.
Bismillah.
Solawat.




Selepas aku baca blog Ucop, member sepengajian di kampus sana. Terasa mahu turut sama mempromo isu rakyat. Walhal aku tahu, aku sendiri pun tidak langsung layak lagi memangkah mana mana muka wakil rakyat sekarang dek umurku yang masih dikira belum matang mengikut perlembagaan. =P


Walau apapun, aku ucap Tahniah! pada Pete Teo. Usaha beliau mengumpulkan 40 ikon ikon Malaysia dari semua ceruk bidang manusia untuk menyokong kempen kesedaran mengundi ini.


Walaupun otak aku disisi undang undang masih tak matang dan tak layak dan tak boleh untuk mengundi, tapi aku rasa aku sudah matang untuk menilai mana satu kempen yang baik, mana satu kempen yang hancur.  


Setidak matang aku pun, aku tahu yang ajak orang mengundi itu bagus. Tapi, tak tahulah kenapa pula video ini diharamkan. Mungkin otak aku yang tak matang ni masih tak mampu kesan apa impak buruk kempen ni. 


Aku mengalah! Yang penting, semua abang kakak belia dewasa dan orang tua kat luar sana yang dah cukup matang dan dah dapat peluang mengundi dapat faham mesej video ini.


Jadi, pakat pakat nilai video diatas. Berikut aku senaraikan mereka yang sporting habis untuk jayakan kempen ni. Salute pada mereka. Kerana video dan muzik best sesingkat beberapa minit ni, aku yakin agak ramai yang mula sedar yang mengundi tu penting.


Politik :

Tengku Razaleigh Hamzah (BN)
A. Kohilan Pillay. (BN)
Wee Ka Siong (BN)
Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BN)
Nurul Izzah Anwar (PKR)
Khalid Samad (PAS)
Tony Pua (DAP)
Nik Nazmi (PKR)

Seni :

Afdlin Shauki
Aizat Amdan
Baki Zainal
Bront Palarae
Chelsia Ng
Daphne Iking
Jehan Miskin
Namewee
Pete Teo
Reshmonu
Sassi Tharan Rajoo (Sasi The Don)
Sazzy Falak
Sharifah Amani
Wardina Safiyyah.

Sukan:



Lee Chong Wei

Bisnes:

Jason Lo
Tony Fernandez


..dan ramai lagi rakyat Malaysia termasuk nenek atok mak cik pak cik akak abang yang sempoi semuanya. Inilah kita sebenarnya.

Jadi, sekian dulu buat waktu ini. 
Wallahua'lam.

=)

*credit to Ucop, penulis perutsenak.blogspot.com (klik pada blog hebat beliau. =O)

Gua Sayang Lu, Ucop !

Friday, September 30, 2011

Hudud.

Bismilllah.
Solawat.


Semoga Allah memberkahi tulisan ini, amen.


Memberi respon kepada isu perundangan Islam yang semakin hangat diperbahaskan di segenap laman blog, saya merasakan untuk turut menyatakan pandangan dan sokongan. Walaupun saya bukanlah para 'alim ulama mahupun penganalisis politik mahupun pakar perundangan, saya merasa suatu kewajipan menyampaikan kefahaman kepada sahabat sekalian juga untuk diri ini seandai kefahaman sendiri tersilap.


Hudud Qisas Arahan Allah.


Pertamanya, kita kena kembali kepada asas. Hudud bukanlah suatu sistem perundangan yang datang dari mana mana ideologi politik mahupun dasar perjuangan suatu puak, tetapi ia dari kitab suci umat Islam sendiri. Siapa kita mahu menolak arahan ini? Klik disini.


Tidak malukah kita mengaku umat Islam walhal masih menyanjung sistem perundangan lain dan dalam masa yang sama langsung tidak mahu mengangkat sistem perundangan sendiri? Tidak takutkah kita mengatakan hudud tidak relevan sedangkan itu arahan Allah? Seolah kita sedang menafikan kewajipan solat, zakat, puasa dan lain lain perkara wajib kerana Hudud juga wajib. Mempersendakan dan memperlekehkan Hudud itu apa hukumya? Klik disini.


Sudah jelas di dalam al Quran yang saya rasa tidak perlu saya nyatakan dimana kedudukan ayatnya kerana sudah masyhur dan saya yakin semua orang tahu akan kewajipan hudud itu sendiri. Masihkah ada keraguan dalam hati kita akan kelemahan hukuman ini?


Hudud Untuk Yang "Super" Jahat.


Memetik dari video penjelasan dari al Fadhilah Ustaz Zaharuddin, sangat mudah difahami. Klik disini. Beliau menyatakan,  bertapa ketatnya hukuman hudud itu sehingga mahu menjatuhkan hukuman itu bukan sewenang-wenangnya. Tidak semua kesalahan mencuri itu dijanjikan hukuman potong tangan. Malah tidak semua zina itu dijanjikan hukuman rejam serta merta. Ada banyak penjelasan disebalik itu. Ini menandakan bertapa Islam masih menjaga maruah setiap penganutnya supaya tidak tersalah atau terburu menjatuhkan hukuman hudud.


Sebagai contoh, hukuman potong tangan. Sedarkah kita, jika anda mencuri selipar, Magee, atau topup, itu belum cukup untuk anda dijatuhkan hukuman sedemikian. Tahukah kita, banyak syarat telah digariskan oleh para alim ulama mengenai hukuman potong tangan. Kawan kawan, jika kita tidak jahat, apa kita mahu takut hudud? 


Antara Tidak Menyokong Dan Menghalang.


Mengenai sokongan, kita selaku umat Islam wajib menyokong usaha ke arah menegakkan perundangan Islam. Sekiranya kita tidak faqeh (tahu) dalah hal ehwal Hudud, itu tidak mengapa kerana memahami seluruh kaedah Hudud itu hanya Fadhu Kifayah, tetapi menyokong usaha ke arah perlaksanaannya itu wajib. Tidak tahu tetapi menyukai dan merestui usaha itu berbeza dengan tidak tahu lalu menentang pula.Menentang usaha melaksanakan Hudud seolah kita sedang menafikan kewajipan ia dilaksanakan. Jika umat bukan Islam bersetuju perlaksanaan Hudud kerana mereka tahu ia hanya untuk yang sangat jahat, maka apa alasan kita menolaknya?


Kesimpulan.


Jika benar undang undang Islam mahu ditegakkan, sudah tentu sejak hari pertama Malaysia merdeka, isu ini telah diperbahaskan. Kenapa kini? Kefahaman saya yang cetek ini pun sudah mampu menilai bahawa Hudud itu bukanlah suatu undang undang yang zalim, malah ia lebih mendidik dan menyeluruh. Masakan para cendekiawan dan pemerintah kini yang jauh lebih pakar dari aspek perundangan tidak memahami ketelusan Hudud. Sudah tentu mereka faham dan tahu. Lalu, apa masalahnya melaksanakan Hudud? Itulah yang menjadi persoalan. Apa sebab kerajaan kita menolak perlaksanaan Hudud? Sama sama kita renungkan. 


Wallahua'lam.





Friday, August 5, 2011

Demi Ibu, Saya Relakan Tubuh Saya.

Bismillah.
Solawat serta salam buat Kekasih Pejuang Baginda Nabi Muhammad SAW, Mujahid Agung Islam. Lalu, solawat bagi sekalian para sahabat yang terkemuka, seterusnya seluruh penerus Syuhada' sekaliannya.

4 Ramadhan 1432 H

" Jika mereka tembak ibu dengan peluru, saya tahanlah dengan tubuh saya " 
Jawapan seorang kanak kanak kecil berusia sekitar 7 tahun mengejutkan wartawan media antarabangsa. 

Inikah semangat kanak kanak Palestin? Sebegini berani?

Ya ! Mereka sememangnya amat berani. 

Dunia yang dikuasai Yahudi menyerang berdekad malah berabad terhadap Palestin. Hasilnya, masih sama. Setiap hari ada sahaja pengganti mujahidin mujahidah menginfaqkan diri mereka mempertahankan al Aqsa demi Islam.

Sekatan demi sekatan dilakukan. Ekonomi dibekukan, perhubungan dihentikan, juga keperluan perubatan sudah lama dihapuskan. Usahkan mengharap bantuan, keperluan asas tidak dibenarkan melepasi sempadan. Bertapa kuatnya sekatan terhadap mereka sehingga taraf kerakyatan juga dibatalkan. Seolah olah seluruh penduduk asal jadi pelarian dan sebaliknya bagi pelarian Yahudi. 

Namun apa kesan pada penduduk Palestin? Kecewakah mereka? Bersedihkah mereka? 

Tidak. Umat Palestin tetap sihat 'afiat malah semakin bertenaga mempertahankan hak dan terus menentang.

Tekanan ditambah lagi dengan memanggil bantuan dari Amerika, Australia dan England. Dikerah ratusan batallion tentera terlatih bagi membunuh seluruh penduduk Palestin demi misi mereka menguasai al Quds. Punggah habis semua kereta kebal, kereta perisai malah trak tentera sekali. Sekali imbas seolah Palestin sudah menjadi pengkalan tentera terbesar Amerika.

Berjayakah? Ya, tetap tidak. Umat Palestin masih sedia hidup disana. Silih berganti seperti biasa. 

Semakin tertekan, mereka guna cara lain. Diangkut pula kekuatan armada laut ke perairan Palestin. Ribuan armada perang bersama kelengkapan peluru jarak jauh mula melancarkan peluru dari arah laut ke darat. Setiap satu armada dikendali ratusan tentera laut Tentera Bersekutu. Campur semua sudah menyamai jumlah penduduk Singapura. Bersungguhnya mereka sampai seramai itu dikerah.

Hasilnya? Ya. Juga mengecewakan. Tetap tidak dapat membunuh semua rakyat Palestin. Jumlah yang syahid itu belum cukup bagi mereka. Lebih banyak peluru yang tidak menepati sasaran berbanding berjaya ke sasaran, kata mereka.

Tidak berhenti setakat itu, arah udara pula dimanfaatkan sepenuhnya. Ratusan pesawat pengangkut, pesawat pemerhati juga pesawat penggempur dibawa khusus untuk misi Palestin. Bukan tangan kosong, tetapi datang bersama bom berteknologi tinggi yang mampu menghancurkan apa sahaja yang dituju. Semua peluru berbisa diguna dan dilancar dari semua arah udara. Bertahun tahun, setia mereka melancar peluru kesana kemari, tetapi hasilnya? 

Mengecewakan lagi. Jumlah yang syahid tidak seperti yang dimahukan oleh mereka. Takkanlah guna ratusan peluru berpandu tetapi hanya sekelompok orang yang 'on target'.

Pening kepala mereka. Apa lagi nak buat ni? 

Mati akal mereka. Mati idea. Merasa hairan, mengapa sekian lama menggempur Palestin dengan cara yang paling hebat lah senang cerita, tapi hasilnya lambat sangat. Kenapa yang hidup masih ramai? Dari mana mereka datang?

'Di atas kertas', sepatutnya dengan jumlah kekuatan yang dikerah, ditambah dengan segala sekatan dan kekangan, mustahil masih ada walau seorang yang hidup di Palestin itu sekarang. 

Jawapannya?

Biarkan. Biarkan mereka tentera kuffar tercengang dengan semua ini. Mereka itu tentera kuffar, tidak beriman. Sememangnya tidak mampu memahami percaturan sepelik ini. Kalau anda pun rasa pelik, maknanya anda pun mungkin berjangkit dengan mereka, siapa tahu, na'uzubillah.

Tidak perlu hairan. Tidak perlu sangsi. Yakinlah dengan perlindungan Allah.
Sedangkan Allah telah berpesan kepada kita:

 Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. 
al Baqarah : 257

Allah itu Maha Berkuasa. Memiliki kuasa dalam segenap hal dan keadaan. Ragukah kita terhadap kuasa Allah melindungi penduduk Palestin selama ini? Insya allah, tidak.Tentunya ALlah itu lebih memahami perasaan dan keperluan rakyat Palestin dari kita semua. 

Namun, fahamilah. 

Bukan hanya berserah kepada bantuan ALlah semata mata, kita boleh berpeluk tubuh menunggu mereka tersungkur sendiri. Tidak, itu bukan yang dimahukan Allah. Demi ALlah, semua ini berlaku untuk menguji kita semua umat manusia, siapa dalam kalangan kita yang paling berani menyuarakan tentangan dan melancarkan tindak balas terhadap kuffar.

Jika ALlah mahu menghancurkan, sekelip mata ia bisa berlaku. Tetapi tidak pula ia berlaku. Ini bermakna ALlah mahu menunggu siapa dari kita yang terlebih dahulu berjuang dari segolongan lain yang hanya reti menangis dan menangis dan menangis.

Oleh itu, sebagai penutup bicara Rida Habib pada malam Jumaat pertama di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Rida Habib menyeru sekalian umat Islam untuk sama sama menginsafi diri dan merenung jauh ke dalam hati kita semua, adakah selama ini kita pernah berjuang bersama Palestin? 

Atau kita hanya mampu melaungkan slogan anti zionis sehingga pecah suara tetapi hakikatnya bukan sebegitu bantahan kita. 

Kita mampu berarak puluhan kilometer tetapi apa yang kita beri kepada mereka secara langsung? Ada atau tiada?

Kita mampu berkumpul menghantar memorandum tetapi sejauh mana bantahan itu menyerap ke hati kita sendiri?

Kita mampu menangis melihat video kekejaman Israel terhadap saudara kita disana. Lalu, apa susulan dari kita? Hanya mengesat air mata kemudian berlalu dengan hati yang hiba. Begitu?

Tidakkah kita merasa malu mengaku saudara kepada kanak kanak kecil tadi?

Sama sama kita renungkan...  
Wallahua'lam.  

Saturday, July 16, 2011

Sudah Tahu Najis, Dimakan Lagi.

Bismillah.
Solawat serta salam buat Junjungan Baginda Rasul SAW serta sekalian kaum kerabat yang mulia juga tidak dilupa ke hadrat sekalian para tabi'en dan seterusnya buat sekalian umat Baginda Rasulillah SAW yang dikasihi lagi disayangi. 


15 Sya'ban 1432 H


Islam Hanya Di Atas Masjid.


Ini persepsi betul menurut golongan Sekular. Pandangan yang cuba ditanam sedalam dalamnya dalam benak fikiran kita semua. Pandangan sebegini bukan sahaja wujud sekarang, malah sejak zaman berzaman, pandangan terhadap Islam yang dikatakan hanya mencakupi bidang kesufian dan penyucian jiwa semata mata telah pun ada. 


Benarkah begini Islam? Mari kita pertimbangkan secara logik, bukan mahu membelakangkan hujah nas, tapi mahu lebih senang difahami. 


Jika Islam hanya bersifat zikir solawat dan solat serta ibadah ibadah asas sahaja, tidak mungkin Abu Jahal, si penguasa Makkah di zaman Rasulillah SAW dahulu memusuhi Baginda Habib sedemikian rupa hanya kerana mahu berzikir dan bersolat sehingga diriwayatkan terlalu banyak pertempuran dan keganasan ditekan ke atas para Sahabat terdahulu. Sepatutnya, apa mereka nak kisah kalau kita nak berzikir kuat kuat, mereka tak rugi apa apa pun.


Dan, jika Islam hanya bersifat statik dan tidak mencakupi segala hal atau tidak boleh diaplikasi dalam segenap zaman, masakan mungkin umat Islam kini yang sedang bangkit ditekan sebegini rupa malah suara kita  cuba disorok dari pengetahuan umat dunia. Kalau Islam hanya di Masjid, kenapa mesti ditekan? Kenapa mesti dikawal? Kami hanya mahu berzikir! Kami hanya mahu solat!  


Tidak! Golongan ini tahu, jika umat Islam mengetahui apa itu Islam yang sebenarnya, mereka akan bersatu dan mampu menguasai dunia.


Ini jelas bukti Islam bukan hanya agama. Tapi satu sistem cara hidup. Seluruh aspek berada dibawah Islam dan Islam bersifat Syumul ya'ni sempurna dalam segenap bidang, masa dan tempat. Bermula dari saat kita lahir sehingga ke saat kita menghembuskan nafas yang terakhir, segalanya telah disusun elok oleh Sang Pencipta untuk kita semua melalui perantaraan para Rasul yang mulia dalam al Quran dan Hadith baginda SAW.


Sistem hidup Islam inilah yang ditakuti dan dimusuhi golongan ini. Mereka yakin, dengan cara hidup ini, mereka akan mengalami banyak kerugian. Bagaimana mereka rugi?


Ya. Rugilah 'dunia' mereka. 


Sekular satu kelebihan bagi umat yang jahil untuk terus berkuasa. Juga, memastikan budaya ilmu dan adab terhapus terus dari kamus kehidupan manusia. 


Bahkan, dasar Sekular juga menjadi madu bagi umat yang mahu mengaut untung sehabisnya dalam perniagaan dan syarikat mereka. Tiada lagi halal haram, asal untung cukup. 
Malah, dasar sekular juga menjamin kedudukan mereka dari dinasihat dan dibimbing para agamawan. "..Aku berkuasa aku punya hal. Kau DI MASJID sudahlah!.."


Justeru, tidak hairanlah mengapa mereka bermati matian mempertahankan sistem sekular sebagai gaya hidup mereka dan kekal berkata Islam hanya di masjid supaya tertanam difikiran kita '' jika aku mahu betul betul Islam, aku harus hanya di Masjid ''.


Memuja Tulisan Tangan Lebih Dari Kalamullah


Kalau masyarakat Orang Ulu pun sudah mampu menerima semangat padi itu sebenarnya tiada. Padi menjadi atau tidak bukan kerana ayam seekor, tapi kerana baja berkilo dan saliran yang tersusun serta air dari Tuhan. Ini mereka, masyarakat pangan yang selalu kita ejek dengan jolokan masyarakat ketinggalan zaman. Mereka pun sudah tidak yakin dengan kuasa selain kuasa Tuhan. Bagi mereka ayam tiada erti mempengaruhi hasil tuaian.


Lalu, dimana pula kita yang masih percaya akan benda benda bodoh lagi. Kita masih lebih takut kepada kuasa 'tulisan tangan' dari Kalamullah ? Kita masih lebih taat dan menyanjung 'tulisan tangan' dari Kalamullah ?


Hebatnya jarum Sekular, kita seolah terbius dan rela dihukum dan dicanai berlandaskan 'hasil kerja' mereka. Kita merasakan seolah ketaatan kita kepada Perlembagaan adalah lebih bernilai dari taat kepada arahan al Quran. 


Dalam tidak sedar, kita lebih bodoh dari orang pangan tadi. Kalau kita kata mereka bodoh kerana percaya ayam membuka rezeki mereka, kita pula diketawakan mereka kerana takutkan tulisan sendiri lebih dari Wahyu Ilahi.


Kami Bukan Tidak Mahu Islam, Kami Cuma Mahu Menyesuaikan Islam Dengan Zaman Ini.


Ini ayat haprak mereka. Islam dijadikan mangsa. Keadaan semasa membenarkan Islam diubah dan disesuaikan. Seolah olah Islam hanya satu tatacara datok nenek mereka. 


Kalau Islam menetapkan Hudud sebagai undang undang wajib dilaksanakan, mereka kata sebaliknya. Kalau Islam menetapkan perkahwinan mestilah menurut syariat Islam, mereka mengubah ikut selera mereka. Kalau Islam menegaskan wanita itu dijaga dan dipelihara, mereka membenarkan wanita dieksploitasi demi 'maslahah' semasa. Peghilah!


Zina. Liwat. Rompak. Rasuah. Semua agenda kotor dipertahankan, dan dalam masa yang sama majlis majlis ilmu dan sistem pendidikan Islam tidak dimajukan selayaknya. Inikah umat yang ingin diri mereka dipeluk oleh Baginda Nabi SAW di akhirat kelak?


Ini Sekular. Jijik. Tapi, mengapa sejijik jijik dasar mereka, masih ada yang 'setia' mendokong hasrat perjuangan yang entah apa apa ini. Mengapa?


Kerana mereka berjuang demi harta benda. Demi kekayaan, segalanya mungkin. Demi bangsa, segalanya nampak mulia. Dan demi ketaatan dan ketuanan, segalanya halal belaka.


Di Akhir Zaman, Umat Jahil Berkuasa.


Inilah kebenaran Hadis Baginda SAW. Umat Islam akhir zaman akan ditadbir oleh golongan buta agama. Bahkan lebih teruk, golongan yang membenci agama dari masuk ke dalam jiwa dan kehidupan umat manusia.


Golongan jahil tidak akan pernah puas dari merampas hak orang lain kerana dihati mereka tiada nilai persaudaraan, dan tiada nilai ketaatan terhadap Islam. Benar, mereka mengaku Islam tetapi tindak tanduk mereka bukan seperti apa yang disyariatkan al Quran.


Justeru, kepimpinan Ulama' wajar ditonjolkan. Kepimpinan yang berlandaskan ilmu dan pengabdian kepada ALlah, itulah kepimpinan terpuji yang didambakan umat manusia kini. Tiada ni'mat yang lebih besar melainkan melihat Islam dijulang dan disanjung tinggi sesuai dengan tarafnya yang mulia.


Pemuda Harapan Agama


Ayuh, para pemuda sekalian. Kita generasi penerus. Kitalah pencorak generasi akan datang. Mahukah kita masih berpegang pada kualiti sistem Sekular kini yang jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar? 


Bersama sama kita mantapkan ilmu dan kefahaman kita bersama. Agar tidak mudah diperleceh dan diperdaya dari hasutan tipuan golongan Sekular Bangka ini. Ingat, walau sehebat mana manusia itu, setinggi mana kuasa mereka, pada akhirnya, kita semua manusia akan berlutut jua dihadapan Allah.


Ketika itu, barulah dirasakan bertapa hinanya golongan yang meremehkan Islam. 


Doaku Kepada Seluruh Pemuda


Duhai Tuhan, Jadikan kami para pemuda pemudi Malaysia khususnya dan semua umat manusia 'amnya sedar akan kesilapan kami selama ini berkiblatkan selainMu.


Ampunkan kami yang selama ini memandang ringan urusan agamaMu. Ampunkan kami yang selama ini meninggalkan tuntutan menyampaikan risalahMu. Ampunkan kami yang selama ini mengambil mudah penyelewengan terhadap agamaMu.


Bantulah kami membina saff perjuangan. Kuatkan kami dengan roh Jihad dan kesungguhan. Persatukan kami dengan akidah yang ikhlas demiMu Ya Allah. Jadikan kami golongan pemuda penyokong ayahanda bonda kami seluruhnya, sama sama bersatu menegakkan Islam di bumi ini, ameen.


Perkenankan doaku ini, amen Ya Rabb..

Monday, May 23, 2011

Tidak Mustahil Malaysia Berubah Wajah.

Bismillah.
Solawat serta salam atas Junjungan Termulia, Baginda Rasulullah SAW serta sekalian kaum kerabatnya yang suci lalu kepada sekalian para sahabatnya yang setia dan seterusnya buat sekalian ummat Islam yang masih berpegang kepada tali Allah sehingga ke hari akhir.

Alhamdulillah, selepas hampir sebulan menunggu perkembangan dari Mesir, akhirnya dengan izin Allah, segala yang diidamkan dan didoakan jutaan umat Islam selama ini termakbul. Apa yang ana maksudkan adalah perkembangan terbaru politik di Mesir yang mana memperlihatkan kebangkitan yang berterusan dan bersistematik apabila Ikhwanul Muslimin disana sudah berjaya membina dan menggerakkan satu badan rasmi dalam kancah politik Mesir sekarang ini. [sini]

Jika bulan lepas, mereka masih merangka , kini Alhamdulillah dengan izin ALlah, Parti Islam buat ke sekian kalinya berjaya ditubuhkan kembali selepas diharamkan sejak pemerintahan Anwar Sadat lagi.

PELOPORNYA SUDAH PUN TIADA

Menyingkap perjuangan para Mujahidin Mesir yang rela bergalang gantikan tubuh dan darah mereka menggadaikan maruah demi Islam ini wajar dicontohi oleh negara Islam lain termasuklah di Malaysia. Ini bukan niat mahu menyeru menimbulkan keganasan tetapi seruan ke arah kebangkitan kesedaran dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia supaya berani bersuara, lantang berteriak menyatakan bahtahan, terhadap pemerintahan zalim kini.

Hasil penat jerih pejuang pejuang terdahulu yang antaranya telah syahid dalam memperjuangkan Islam dalam pentadbiran Mesir termasuklah Imam Hassan al Banna, Sheikh Hassan al Hudaibi, Sheikh Umar al Tilmisani, Ustaz Fathi Yakan dan lain lain. Juga yang masih hidup sehingga ke hari ini seperti Sheikh Yusuf al Qaradhawi, Dr. Wahbah az Zuhaili dan ramai lagi yang tidak mampu disebut satu persatu disini, kita sekarang mampu mengorak langkah ke hadapan bersama sama membina kesatuan umat Islam.

Cuma, apa yang perlu sekarang ini, sokongan dari segenap umat Islam mengangkat agama kita ini amat diperlukan ketika ini. Umat Islam sedang bangkit di seluruh pelusuk dunia dan dimasa inilah ujian paling getir menimpa kita dengan banyaknya hasutan supaya umat Islam kembali berpecah, nau'zubillah.

MALAYSIA JUGA BOLEH JIKA MESIR MAMPU LAKUKANNYA

Perjuangan tetap sama cuma mungkin caranya berbeza. Jika di Mesir, rakyatnya mendesak menukar kerajaan melalui jalanraya, wajarlah bagi mereka kerana institusi pilihanraya mereka terlalu kotor dan dipengaruhi parti pemerintah. Di Malaysia, walaupun ada berlaku kes kes 'pelik' tapi Institusi Pilihanraya masih dilihat jalan relevan untuk menukar kerajaan.

Jadi, perjuangan menegakkan pentadbiran dan undang undang berteraskan al Quran dan As Sunnah WAJIB diperjuangkan dari aspek ini sehingga kita berjaya seperti Mesir kini. 

Ingatlah sahabat seperjuanganku sekalian juga kepada diriku, Allah memberi peluang kepada kita umat di zaman ini untuk mengubah nasib umat Islam yang sudah sekian lama ditindas, lalu adakah kita mahu mengsiakannya?

Kita wajib memanfaatkannya ! 

Friday, April 29, 2011

Jijiknya !

Terkedu..terjijik..termalu...alahai tanahair tumpah darahku..

Terkedu bila menonton buletin utama semalam..percuma mendapat dosa melihat adegan yang tidak senonoh..

Terjijik bila melihat rakus dan biadabnya stesyen penyiaran yang menggunakan sewenang wenangnya masa siaran perdana untuk memperlihatkan video lucah semata mata atas kepentingan politik..di mana nilai akhlak..di mana dicampakkan tata susila..di longkang mana ditendangnya etika kerja..

Termalu sendiri bila anak seusia 7 tahun bertanya.."apa tu umi???"...waduh!! Rosak minda anak anak..

Mutaakhir ini terasa seperti bukan duduk di Malaysia yang diwar warkan sebagai negara Islam. Video lucah ada di mana mana. Di kaca tv,di akhbar akhbar, di internet.. Kalau dulu video lucah menjadi sesuatu yang sangat sensitif dan salah tapi sekarang bukan lagi satu kesalahan..

Memalukan! Mana suara pemimpin negara? Mana suara menteri dan timbalan lulusan Agama? Kalau pemimpin gereja khatolik boleh membidas dalam isu ini, kenapa yang berlulusan Al Azhar membisu?

Apa nak jadi dengan negara ini? Atas alasan 'mencari kebenaran" kelucahan dibenarkan..atas alasan "menegakkan kebenaran" sumpah menjadi mainan..atas alasan "membenarkan kebenaran" keaiban terus dipopularkan...

Apa nak jadi dengan negaraku?? Apa nak jadi dengan anak anakku??

____________________________________________________________________________

Bismillah.
Solawat keatas Baginda Rasulullah SAW.

Lepas ana baca je nukilan Umi Sumaiyah kat atas tu, terasa mual nak sambung menulis. Bukan mual kerana post Umi Sumaiyah kita yang prihatin ni, tapi mual dengan sikap kerajaan kita dan media ni yang sudah hilang pertimbangan.
Anak anak kita.
 
Masakan tidak, kanak kanak yang minda dan hati mereka masih bersih suci ini sudah disuap dengan najis kotor ini. Tatkala kanak kanak mula bertanya menandakan ini suatu benda baru bagi mereka. Tapi, sanggupkah kita si ibu menjawab soalan anak kita itu seawal usia anak kecil itu?

Cuba fikirlah. Takkan kerana konsep keterbukaan dan kononnya nak membuktikan ketulenan dan kesahihan si pelaku dalam video tu, semua generasi dan semua rakyat wajib 'telan' video ni ! Selagi semua tak lihat, selagi tu tak puas hati, camtu? Tolongla ! 

Bukan ajaran agama kita kalau nak sabitkan kesalahan zina, kena semua 'layan' video dulu. Hadoi ! Susahlah kalau si Jahil memerintah. 

Apapun, semoga ALlah membuka hati para pemimpin kita ni. 

Sudah cukuplah minda rakyat diracun dengan agenda politik kotor ni, takkanlah sampai kanak kanak pun turut sama menerima kesan buruknya ? !!

*Kalau da susah sangat, TUKAR je kerajaan !

Monday, April 18, 2011

Dituduh Pelacur Politik !

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Solawat serta salam buat Junjungan Tercinta Rasulullah SAW.


Entri kali ini ringkas sahaja. Hanya mahu berkongsi 'kedangkalan' pihak tertentu yang mengaitkan Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan kes Anwar Ibrahim. Layakkah Tuan Guru yang langsung tiada kena mengena tiba tiba sahaja diminta bertindak menyaman pihak lain walhal kes itu langsung tiada kena mengena dengan Tuan Guru sehingga digelar 'PELACUR POLITIK'..?


Kita diajar menghormati para Ulama, bukan merendahkan mereka. Tetapi sebaliknya pula ditunjukkan pihak berkenaan kepada kita. Masya Allah.



Utusan Malaysia 18 April 2011
Berikut kenyataan berani Setiausaha Akhbar Tuan Guru, Ust Fadzli Shaari:



"..Utusan Malaysia muka 5 hari ini melaporkan kenyataan JMM agar Tuan Guru Nik Aziz digelar sebagai 'pelacur politik' jika tidak mahu menyaman Anwar dalam isu video seks. Soalnya, apa locus standi yang ada pada Tuan Guru untuk menyaman Anwar? JMM sudah semakin kurang ajar..."

* locus standi tu sume student law pun tahu ape benda, x kan la diorang ni yang dah berzaman 'membawa isu' perundangan x tahu ape itu locus standi. Kesian.


Moral:
1. Jangan menipu rakyat yang semua dah cerdik.
2. Jangan sesuka hati menuduh dan mengheret pihak lain demi kepentingan politik.
3. Berhati hati bercakap, kerana kelak akan dipertanggungjawabkan oleh Allah.

Sunday, April 17, 2011

Ikhwan Mesir Sedang Mara !

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Solawat serta salam buat Kekasih Teragung Baginda Rasulullah SAW, juga buat sekalian kaum kerabatnya dan para sahabatnya yang tercinta juga sekalian yang mengikuti perjuangan Baginda sekaliannya.

Sungguh, bahang kehangatan Pilihanraya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak masih lagi terasa. Walaupun keputusan tidak menyebelahi kita semua, ini bukannya kayu ukur bahawa mereka tidak mahu menerima langsung apa yang dibawa oleh kita semua. Membuka hati manusia bukanlah urusan kita, kita hanya berusaha namun segalanya dalam genggaman kuasa Yang Maha Adil. Apa yang penting, Allah bukan menilai keputusan sama ada menang atau kalah, sebaliknya yang dinilai disisiNya adalah sejauh mana kita berusaha menyampaikan risalahNya ke seluruh umat. 

Apapun ana mengucapkan tahniah kepada sekalian Ikhwan yang telah bertungkus lumus ke sana membantu jentera pilihanraya meraih undi, semoga jasa kalian diredhai ALlah. Walaupun ana tidak ke sana, tetapi jiwa ana sunnguh bersama antum.  

Di sebalik kegagalan kita menyemai benih di Sarawak, Allah menggantikan dengan kejayaan yang amat besar pula di tempat lain. Subhanallah, inilah yang dikatakan, perancangan Allah mengatasi segalanya.

Apa yang ana maksudkan adalah perkembangan Ikhwan al Muslimin di Mesir.

Seperti mana kita semua sedia maklum, IM menjadi nadi utama disebalik kebangkitan rakyat di Mesir. Selepas berjaya mengolah kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak sekitar tiga bulan yang lalu, kini IM mula mengorak langkah mengatur stategi ke arah pembinaan kerajaan pula. 

Allahu akbar.!!

Dalam perkembangan yang ana petik dari Ikatan Muslimin Malaysia ISMA, IM kini giat mengumpulkan kekuatan membina satu parti yang digelar Parti Kebebasan dan Keadilan. Berbekalkan sokongan penuh rakyat Mesir ketika ini yang jelas menyebelahi IM, keupayaan parti ini menakluk Mesir dalam pilihanraya umum Mesir sekitar 3 bulan lagi dilihat suatu langkah mudah, insya allah.

Dewan Parlimen Republik Arab Mesir

Masakan tidak, jika dahulu IM menghantar calon sebagai perwakilan di arena politik sebagai calon BEBAS, mereka sudah mampu menyaingi calon Kerajaan. Mereka sudah mencapai satu pertiga hanya dengan berstatus BEBAS. 

Kini, tanpa tekanan dari Hosni Mubarak yang dahulu tidak meluluskan penubuhan sebarang parti berunsurkan Islam sebagai dasar dari menyertai pilihanraya, kini ianya sudah tiada lagi. Parti Kebebasan & Keadilan ini adalah satu sejarah baru yang terlakar di dada sejarah politik Mesir kerana mereka tidak lama lagi menjadi kerajaan di Mesir, Insya allah.

Namun, jangan ambil mudah kerana musuh ketat kita semua, Yahudi dan Nasrani tidak akan berdiam diri, masa tiga bulan ini akan digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk meruntuhkan kembali keutuhan IM di Mesir. Seperti mana janji Allah, Yahudi tidak akan pernah redha kepada kita semua selagi kita tidak mengikuti aturan mereka.

Dr. Mohamed Badi'


Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Dr. Mohamed Badi' menjelaskan dan menasihati kita semua:


"..kejayaan kita menumbangkan hosni Mubarak bukan lagi satu kejayaan yang menjadi matlamat utama kita. Sebaliknya sekarang, kita harus beralih kepada ke arah membina kerajaan secepat mungkin. Ruang kosong di kerusi kerusi kerajaan sekarang ini akan ditandingi dan kali ini, kami mara dengan satu parti. Rakyat perlu bertahan, jangan dipengaruhi dakyah pihak luar kerana dalam jangka masa dua bulan inilah sahaja peluang mereka (yahudi & nasrani) akan cuba menjatuhkan kita kembali. Bertawakkallah kita semua kepada ALlah.."

Saudaraku Se-Islam sekalian,

Allah maha Pengasih dan Maha Perkasa, Dia berhak menggulingkan siapa sahaja dan berhak meninggikan siapa sahaja. Mungkin sudah tiba masanya Islam akan kembali menyinar di dunia ini. Tidak kisah walau dimana ia bermula, sama ada di Malaysia, atau di China, atau di Mesir, apa yang penting seluruh umat Islam kini makin sedar akan tuntutan menjadikan Islam sebagai asas perundangan dan gaya hidup. Malahan, kita semua hakikatnya adalah satu parti walaupun nama yang berbeza, namun matlamat kita adalah tetap sama. Bayangkan, tatkala suatu kerajaan berjaya dibangunkan dengan Islam sebagai dasar dan perlaksanaannya. 

Demi Allah, inilah saat yang paling indah dalam hidup sekalian umat Islam yang selama ini sepi dari semua ini sejak Khilafah Islamiah ditumbangkan suatu masa dahulu. Demi Allah, dunia ini akan berubah wajah.


Oleh itu, berdoalah kita semua, agar saat indah ini dapat sama sama kita ni'mati dalam sisa hidup kita yang entah berbaki berapa ketika lagi. Jika kita bukanlah generasi yang ditakdirkan menikmati ni'mat ini, berdoalah juga, biarlah kita semua Syahid di jalanNya, kerana Syahid itu lebih utama disisi Allah dari mati sia sia. Biarlah kita semua tersenyum di dalam Syurga sana melihat generasi selepas kita hidup dalam keadaan harmoni aman damai di bawah payung Islam.

Ya ALlah, jadikanlah diriku dan sahabatku sekaliannya daripada para pejuang agamaMu Ya Allah, dan seandainya ditakdirkan kami mati, maka jangan matikan kami melainkan dalam keadaan Syahid.

Ameen...

Thursday, March 31, 2011

Keunggulan Anak Muda : Imam Hassan al Banna Di Awal Remajanya.

Assalmualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Solawat serta salam atas Junjunagn Besar baginda Nabi Muhammad SAW.

As Syahid Imam Hasan, 
tuturnya memautkan hati, 
sahsiahnya terdidik sejak kecil lagi, 
dan keilmuannya setinggi kemulian tawadhuknya kepada kami.
-Pejuang Ikhwan

Jika kita masyarakat sekarang asyik dibuai fana cinta sementara, leka membina imaginasi sendiri mengenai masa hadapan yang jauh, Imam Hasan al Banna tampil dengan contoh keperibadian Muslim sejati. Sewaktu As Syahid berumur lebih muda dari saya sendiri, sekitar As Syahid berusia 8 tahun, beliau tidak pula memenuhkan masanya berpeleseran di jalanan. Tidak juga terperosok di rumah semata menghitung hari cuti atau terbongkang lena dibuai mimpi, sebaliknya kisah di zaman mudanya amat berbeza sekali dan wajar diteladani.

Seperti mana kita semua sedia maklum, Mahmudiyyah menjadi lokasi bersejarah tatkala lahirnya anak muda ini. Terletak 90 batu dari barat laut Kaherah, di persekitaran ummat yang masih terjaga, dikelilingai keluarga yang berlatarbelakangkan pendidikan agama yang tinggi, As syahid diasuh bapanya Sheikh Ahmad Abdul Rahman al Banna yang merupakan lepasan Al Azhar juga seangkatan dengan Sheikh Muhammad Abduh. *Insya allah entri selanjutnya, kiat akan berkenalan lebih dengan ayahanda kita yang tercinta ini.

Pengasuhan Berhikmah

Anak muda ini diasuh sejak kecil akan selok belok adab dan tatasusila akhlak Islam. Tidak ketinggalan, ilmu ilmu asas Islam diajar seawal mungkin. Ini mungkin berbeza dengan anak anak kita yang lebih dahulu diajar menulis dan membaca tulisan rumi lalu diperkenalkan dengan ayam, itik, kerbau dan sebagainya. lalu, bagaimana bentuk pengajian As Syahid? Cuba kita bandingkan jadual asas pengajian anak anak muda zaman kita dengan pengajian As Syahid dikala awal remajanya dahulu.

Rutin harian As Syahid bersama Ayahandanya

5.00 - 6.00 pagi - Pengajian Quran dan Hafazan
6.00 - 7.00 pagi - Pengajian Syarah Hadis
7.00 - 8.00 pagi - Pengajian Fiqh dan Usul Fiqh
8.30 - Zohor      - Pengajian Fiqh Hanafi, Maliki

Pada peringkat awal inilah juga, As Syahid diasuh membaca kitab kitab besar yang antara lain dikarang oleh al-Qastallani, as-Sayaukani, al-Ghazali, dan Zamakhsyari. Malah, diperingkat usia ini juga, ayahandanya dan Sheikh Muhammad Zahran berperanan besar dalam pembentukan jiwa dan pemikiran si anak muda ini yang akhirnya menjadi 'Penggegar Dunia'.

Sungguh jiwa suci inilah yang apabila besar nanti mampu mengumpul tenaga dan menguasai fikrah manusia untuk membina daulah. 



Buat diriku yang dikasihi,

Dirimu tidaklah sebanding peribadi insan ini, dirimu tidak didedahkan dengan penguasaan ilmu ilmu agama seawal usia ini. Dirimu juga tidak dididik secara khusus oleh para 'alim ulama'. Malah dirimu juga tidak mendalami jutaan kitab dan hasil karya mereka. Sekalipun demikian, ingatlah, Allah tidak pernah akan mengecewakan hambanya yang berusaha. Walau sekecil mana usahamu, walau seringan mana pengorbananmu, dirimu masih berhak merebut Syurga Allah. kerana Sang pencipta Maha Penyayang.

Ya Allah..
jadikah diriku antara pewaris para Nabi..ameen.~

Sunday, March 27, 2011

Blogger UMNO ajak Tok Guru tengok Video lucah.. Bodohnya.!

AKIBAT JAHIL AGAMA,BLOGGER UMNO AJAK NIK AZIZ TENGOK VIDEO LUCAH 

Entah apa yang tidak kena dengan seorang blogger Umno ini.Penulis pernah juga membaca beberapa tulisannya sebelum ini,yang pada hemat penulis agak berhujah berbanding penulis blog pengampu Umno yang lain.Blogger yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan adalah seseorang yang memakai nama gelaran Mummy Rokiah.


Dalam entri terbarunya yang bertajuk "Nik Aziz tidak berhak memberi komen sebelum beliau menonton video tersebut",Mummy Rokiah mempersoalkan tindakan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang berasa malu mengenai penayangan secara umum video seks seorang yang dikatakan sebagai pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Berikut penulis petik kembali tulisan Mummy tersebut:


(Sebelum itu,berikut diperturunkan keratan asal laporan berita yang telah dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian)

Perbuatan tidak bermoral 


KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan perbuatan menayangkan rakaman video seks yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pembangkang bersama seorang pelacur warga China di sebuah hotel kepada pihak media sebagai perbuatan tidak bermoral.

Mursyidul Am Pas itu berkata, lebih memalukan apabila perbuatan itu didalangi tiga 'individu bergelar' dan pernah menjadi pemimpin sebuah kerajaan negeri.

Katanya, beliau berasa amat malu untuk membaca berita mengenai pendedahan skandal terbabit ­kerana ia dilaporkan oleh ­semua media massa di negara ini.

“Saya berasa malu, berasa seolah-olah berada di negara lain. Saya tak tahu kenapa pemimpin yang rata-ratanya berbangsa Melayu dan beragama Islam menjadi individu yang tidak bermoral.

“Kita orang Melayu sudahlah duit tak ada, ilmu tak ada, moral pula hancur. Mana lagi bahagian yang bangsa lain boleh tertarik dengan kita?" katanya kepada pemberita selepas ­menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, semalam.

Nik Aziz berkata, pemimpin atau tokoh yang mempunyai gelaran sepatutnya menunjukkan tauladan yang baik, bukan mempamerkan keaiban orang lain.

“Mereka ini diberikan gelaran sedemikian rupa dengan harapan boleh membimbing rakyat, tapi apa yang berlaku adalah ­sebaliknya.

“Kalau pemimpin sanggup buat macam ini, rakyat apa lagi. Seks ini benda yang aib tetapi tiba-tiba ia dipertontonkan kepada umum, macam tak ada ­agama,” katanya.

Isnin lalu, rakaman video aksi seks yang dikatakan membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri ­Anwar Ibrahim dipertontonkan kepada editor kanan dan wartawan di Carcosa Seri Negara.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim ­Tamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim (kumpulan Datuk T) mengakui terlibat dalam pendedahan video terbabit.-sinarharian-


Berikut pula adalah ulasan yang dibuat oleh Mummy Rokiah dalam blognya:

Siapa yang lebih bermoral, pelakonnya atau individu yang mendedahkannya? Nik Aziz seharusnya menonoton dahulu video tersebut sebelum memberi kenyataan tentang moral seseorang pemimpin.

Risikonya jika Nik Aziz menonton dirisaukan jantung Nik Aziz tidak bersedia mengepam dengan laju dan akan mendatangkan kemudaratan kelak.

Malah ada wartawan wanita yang menelan air lior geli geleman dan nak termuntah semasa dipertontonkan kepada mereka di Carcosa Seri Negara.

Apapun masa akan menentukan segalanya.

Nota : Ulasan serupa turut dibuat oleh blog Umno lain termasuk Blog Sayang Umno Sampai Mati.

CATATAN PENULIS:

Berdasarkan komen-komen yang dibuat oleh para blogger Umno,amat malanglah bagi mereka yang beragama Islam,tetapi dilihat terlalu obses terhadap menyerang peribadi lawan,sehingga sanggup menolak hukum Allah ke tepi.

Kenyataan Mummy Rokiah yang menganggap Nik Aziz perlu untuk melihat sendiri video lucah terbabit seolah-olah mempersendakan golongan ulama dan orang-orang yang beragama supaya melakukan dosa kepada Allah.

Dalam perkara ini,kita semua sentiasa jelas.Baik ustaz mahupun orang biasa.Menonton video lucah itu difatwakan HARAM dalam Islam.Tidak ada seorang pun daripada mana-mana pihak yang mengatakan boleh untuk melihat sebuah video lucah.Ulasan Nik Aziz yang malu dan kecewa dalam isu tontonan video lucah bukanlah disebabkan untuk mempertahankan Anwar semata-mata seperti yang didakwa oleh mereka.

Tuan Guru bercakap atas dasar dosa pahala yang terletak pada bahu seorang individu dan pemimpin yang beragama Islam.Nik Aziz beranggapan bahawa sebagai sebuah negara majoriti umat Islam,sepatutnya tidak ada mana-mana pihak yang sanggup untuk menayangkan video seks secara terbuka!Ini seolah-olah mengajak orang mencuri secara beramai-ramai.Dan apabila para ulama seperti Nik Aziz dan Dr.Asri menegur akan perkara ini,para penulis blog Umno yang jahil (atau dalam bahasa sopannya tidak reti) dalam agama sanggup menegakkan soal moral kononnya dalam isu video seks ini.

Bagi penulis,barang ditakdirkan Allah bahawa jika benar Anwar sekalipun yang berzina dalam video tersebut,adalah HARAM hukumnya untuk mana-mana individu melihat video terbabit,apatah lagi menghebahkan perkara itu kepada umum.Ini seolah-olah berusaha membanyakkan dosa kepada diri sendiri. Bayangkan,jika seorang sahaja yang pernah melihat video tersebut,satu dosa sudah tertanggung atas bahu Rahim Tamby Chik.Dan jika sudah sampai berpuluh dan beratus yang menyaksikannya,berapa pikul dosa yang sedang dipikul Datuk T pada saat ini?

Jika benar Anwar berzina sekalipun,itu dosa beliau dengan Allah.Kita tidak boleh mengenakan Hudud ke atas Anwar memandangkan tiada empat saksi yang melihat kemungkaran tersebut.Di sinilah besarnya keadilan dalam Islam.Adil kepada sang tertuduh.Penulis bukanlah seorang ustaz untuk mengulas panjang dalam isu ini, tetapi penulis ingin menyedarkan lebih ramai orang yang telah meletakkan prinsip moral (kononnya) itu lebih tinggi daripada Islam itu sendiri.

Sehingga kerana moral kononnya,kita sanggup menunjukkan kejahilan kita sebagai umat Islam.Malah,ramai pula para pemimpin yang mengaku yang dia juga pernah menonton video tersebut.Mengapa perlu tonton? Untuk kepastian?Adakah terdapat kepastian dalam kemungkaran?Jika benar Anwar itu berdosa kerana berzina,Allahlah yang akan menghukum Anwar berdosa,bukan Si fulan bin si fulan yang menyaksikan video tersebut yang menghukum Anwar itu berzina atau tidak.

Kepada semua pihak,hentikan kegilaan ini.Baik di pihak Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.Usah membodohkan diri dengan memohon suruhanjaya itu dan suruhanjaya ini.Kelak akan ada beribu-ribu umat Islam yang berdosa kerana melihat sebuah video lucah secara terang-terangan.Dan jika itu berlaku,doakan bahawa bala Allah itu jauh daripada kita.