Showing posts with label Suara Hati. Show all posts
Showing posts with label Suara Hati. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Something Forgotten.

Bismillah.
Solawat serta salam ke hadrat kekasih Junjungan Baginda Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wasallam. Jua ke hadapan sekalian qarabat2 baginda yang tercinta jua sekalian para sahabat dan penerus beban da’wah baginda hingga ke akhirnya.



I’m still single but I’m not alone, hopefully until the end, amen.

Smile for someone. Smile for somebody. Everyone smile.

Sometimes, we do not appreciate somebody who knows us more than we know ourselves. Sometimes, we do not know there is person who cares about us more than we care ourselves.


Itulah sahaja bahasa inggerisku.  Kalau tulis lebih lagi, nescaya bertambah merahlah kertas aku, haha. Tak apa, dalam belajar, salah silap itu biasa.

Kawan2 sekalian,

Berbalik pada ungkapan pak Inggeris di atas itu, saya tahu banyak khilafnya dari aspek grammar mahupun spelling. Abaikan itu, kerana memang sudah kelemahan aku dalam bahasa orang putih ini. Ayuh, fokus pada maknanya yang saya rasa boleh la kalau nak difahami sikit sikit kan.

Persoalan kasih sayang.

Ya. Kasih sayang bukanlah sesempit luahan kata seorang kekasih semata. Tidak juga sekecil belaian manja kepada kucing kesayangan sahaja. Malah, juga merangkumi kasih sayang Tuhan atau lebih rapat kita panggil Allah. Tidak lupa, kasih sayang ibu ayah. Malah, juga kasih sayang kawan kawan semua.

Untuk kita lebih faham pengertian kasih sayang, saya kongsi sebuah kisah yang pernah berlaku tidak lama dahulu yang menyentuh hati saya dan ingin saya kongsikan pada semua. Satu peristiwa yang berlaku semasa kekasih kita, Muhammad SAW masih bernafas. Ketika itu telah berlaku suatu peperangan yang melibatkan kaum Ansar dan kaum Muhajirin di Makkah yang bersatu menentang musuh Islam. Seusai kemenangan dalam peperangan itu, seperti biasa ghanimah (harta hasil perang) dibahagikan oleh Baginda SAW. Iya. Ketika itu sudah ada Matematik, dan lebih hebat, tak perlu kalkulator kerana semuanya genius.  

Sebelum dibahagikan, baginda bertitah supaya Sayyidina Abu Bakr mengumumkan kepada semua untuk mengumpulkan setempat semua harta ghanimah, nabi nak buat unjuran kasar ke arithmetics function ke apa saya pun tak tahu, nabi lebih pakar matematik. Lalu, para sahabat taat, menyerah sahaja semua harta.

Sempat lagi nabi bagi tazkirah, dengan membandingkan keadaan di padang mahsyar kelak adalah seperti itu. Di mana Allah akan mengumpulkan semua amalan malah suatu yang kecil sekalipun untuk diadili dan dikira. Kalau banyak, alhamdulillah. Kalau sikit pun alhamdulillah. Kerana Syurga itu bukan dijejak dengan hasil amalan kita namun dengan rahmat Allah jua. Tapi, janganlah pula beralasan sebegitu untuk mengelak berbuat kebaikan kerana kebaikan yang banyak itu semestinya mengundang rahmat dari Allah. Tak rugi amalan banyak, asal tidak sombong dengan amalan, cukup.

Selepas nabi kira kira semua, nabi pun panggil seorang demi seorang dari kaum Muhajirin untuk ambik KDNK mereka, hehe. Ghanimah halal, jadi jangan tolak rezeki.

Sikit sikit lama lama habis semua harta tu cukup cukup kat semua kaum Muhajirin. Kaum Ansar tak seorang pun dapat. Eh, kenapa begini? Timbul persoalan. Nabi silap kira ke?

Nabi membiarkan sahaja dan terus bersalaman berpelukan dengan kaum Muhajirin yang selepas itu berlalu pulang ke Makkah kembai bersama ghanimah mereka. Kaum Ansar hairan. Nabi sebelum ni tak pernah fail matematik. Mereka bertanya sesama sendiri. Tak berani mempersoalkan terus kepada Baginda, bukan takut dimarah tapi takut menderhaka. Iyalah, itu nabi. Kalau dilawan nanti berdosa. Cuma, persoalan kenapa harta itu tidak sampai kepada mereka masih menjadi tanda tanya.

Selepas beberapa ketika tiba di Madinah, berita ini dah jadi panas pulak. Mungkin surat khabar ketika itu banyak memainkan isu ini, mungkinlah yang akhirnya sampai ke pengetahuan baginda sendiri. Dipendekkan cerita yang panjang itu, nabi tahulah yang ramai kurang berpuas hati akan keputusan KDNK nabi semasa peperangan itu.

Lalu nabi tersenyum. Ini memang trademark nabi. Bila disoal, ditanya atau pun dimarah, first benda yang dibuat mesti senyum. =) Itulah utamanya senyum.=)

Berdiri nabi menghampiri wajah ketua Sahabat Ansar. Senyum lagi. Nabi lalu menerangkan satu persatu hikmah disebalik peristiwa ‘Defisit Bajet’ itu.

Kenapa Muhajirin dapat banyak?
Nabi jawab bahawa mereka adalah sahabat yang baru masuk Islam. Hati mereka mesti dijinakkan dengan Islam. Sebab tu lah, nabi bagi lebih. Macam kita lah, kalau kita jumpa budak, first thing kita buat adalah tarik perhatian dan hati dia, sama ada bagi coklat atau bukak wallet bagi duit, insya allah hati budak tu senang lah nanti kita nak ajak kepada Islam. Inilah dinamakan uslub da’wah atau dalam BMnya, kaedah seruan.

Kenapa Ansar tak dapat apa apa? Adilkah begitu?
Sekali lagi nabi senyum. Lalu, ditanyakan kepada mereka satu sahaja soalan.

“apakah harta ghanimah (KDNK) itu lebih bernilai disisi kamu dari aku, Rasulillah SAW yang bersama kamu? apakah aku lebih murah dari semua itu?”

Tersentak hati para sahabat Ansar. Mengalirlah air mata kesal mereka. Baru disedari bahawa apalah sangat ni’mat mendapat habuan dunia dari berada dibawah kepimpinan nabi. Baru mereka sedar, bersama dengan nabi itulah ni’mat terbesar. Solat, berjalan, makan, malah bergurau senda bersama baginda itu ni’mat paling besar.

Lalu, kita sekarang, nabi dah tak ada, kita nak duduk bawah siapa? Haa, ubah sahaja frasanya. “Apalah sangat ni’mat dapat projek atau duit berjuta atau Mega Mall kalau nak dibandingkan berada dibawah kepimpinan para ‘alim ulama’”. Kerana alim ulama’lah pengganti para nabi. =)

Berbalik pada cerita kita. Kesedihan yang melanda Madinah Munawwarah inilah nilai kesuburan cinta yang disemai oleh nabi terhadap umat Islam ketika itu. Kalau kita disitu, kita menangis tak? Tak payah tipu, confirm akan tersentuh. Apa lagi yang kita mahu untuk hidup di atas dunia ni kalau tidak bersama nabi? Boleh dikucup sekali pun jadilah kerana baginda pernah kata sebarang tubuh yang bersentuh dengan nabi tidak akan dijilat api neraka. Inilah sebab ‘Aqashah yang dalam kisah mashur membela diri dikala nabi gering untuk mengambil peluang memeluk nabi.

Kita bagaimana? Tak apa. Nabi akan sedia memegang tangan kita di akhirat sana. Malah nabi akan memeluk kita seeratnya dengan hanya satu syarat sahaja. Apa? Ya. Ikuti sunnah baginda semampunya kerana dengan itu sahaja, kita akan disayangi dan dirindui baginda.

Begitulah kasih sayang. Bukan kita sahaja terlepas pandang benda benda sekeliling yang biasa kita dapat dengan merasakan ia bukan ni’mat dan erti kasih sayang sebenar, bahkan para sahabat juga pernah tersilap akan hal ini. Bukan merendahkan mereka, cuma inilah kesilapan umum manusia. Mudah melupakan sesuatu yang dekat dan selalu mengenang benda jauh.

Mengakhiri kalam, celik mata luas luas. Lihat apa disekeliling kita. Siapa bersama kita. Siapa didalam bilik dan rumah kita. Hargai mereka kerana itulah ni’mat paling berharga, bersama seorang yang juga mengasihi dan menyayangi kita. =)

“Cium tangan Ibu, salam tangan Ayah”
“Pegang tangan abang, erat tangan kakak”
“Peluk dada Tok Ki, kucup pipi Tok Wan”

*Kisah ini adalah sekelumit dari jutaan khazanah sirah baginda yang telah dihuarai kemas oleh al Fadhil Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man semasa Ijtima’ Tarbawi yang lalu. Kalau kawan kawan nak dengar sendiri dari mulut beliau, sila klik disini. =)

Wallahua’lam. Sekian. =)

Tuesday, September 6, 2011

Musim Ucapan Tahniah. Mabruk Lakum. ^^

Bismillah.
Solawat serta salam buat Junjungan Mulia Baginda Rasulillah SAW. Juga buat sekalian kerabat baginda yang tercinta seterusnya kepada sekalian para sahabat dan penerus perjuangan baginda hingga ke hari akhir.


8 Syawal 1432 H


Alhamdulillah. Kalimah Syukur buat Tuhan pemberi hikmah dan ni'mat.


Tahniah buat semua sahabat Taman Ma'hadi jua sahabat seikatan hati yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.



Khusus ke hadapan Kheri (Khairi Che Sulaiman) yang akan melangkah ke Al Azhar Mesir dalam bidang Syariah, Dien (Muizzuddin Zaini) ke Jordan, Paeh Sudin (Faiz Shamsuddin), Amin (Amin Hazimi) ke al Azhar Mesir, bumi anbiya'.Semoga disana diri kalian mendapat berkat dan rahmat dariNya, amen. Teruskan perjuangan kita dalam menuntut ilmu agama dan menggerakkan Harakah Islamiyyah. Kalian lebih beruntung dapat berguru dengan sheik azhar sendiri, manfaatkan sebaiknya ikhwan sekalian. =)



Tidak dilupakan tahniah kepada yang bakal menyambung Ijazah dalam bidang masing masing. Lihatlah keberkatan ilmu kalian, Allah Maha Pemurah. ^^


Dunia Untuk Akhirat. =)
Ke hadapan Mufti (Syubhana Mufti) yang akan ke Universiti Utara Malaysia bersama Loh Pasir Mas (Abdullah) , kedua duanya menagmbil Ijazah Perakaunan dan Perbankan Islam. Juga buat Loh Sejid Aman (Abdullah Zawawi)yang juga ke UUM dalam bidang. Tidak dilupakan Pijan (Hafizan Afif) yang akan melangkah ke UIA Nilai. Tahniah kalian. Ingat pesan kita masa tingkatan satu dahulu. Itulah perjuangan kita. "Ilmu Untuk Islam". Semoga Allah membantu kalian disana jua, ameen. =)




Buat kita semua Jilul Ariffin. Kenangan kita bersama di Taman Ma'hadi tidak akan pernah aku lupa. =)
Disini kita bermula. Disini kita kembali. Insya Allah. =)




*ramai lagi yang tidak ditulis disini, itu silap dari penulis yang tidak mengambil tahu perkembangan sahabat sekalian, asiff. jika ada sahabat seikatan hati yang mahu menambah. sila sila di bawah sana. =) 

Thursday, September 1, 2011

Tinggal Kenangan.


Biodata :
Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir    : 1923M
Pendidikan :



  1. Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
  2. Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
  3. Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
  4. Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
  5. Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953
    6-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.


( Gambar keanangan semasa ziarahi Allahyarham Tn Guru bulan 3 .2011)

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang..al-Fatihah

Jenazah Tn Guru diusung masuk kedalam Masjid Pondok Pasir Tumboh 
oleh ribuan pelajar

 Janazah didalam rumah sebelum dibawa keluar jasad guru mulia ke Masjid 
 Orang ramai merebtkan peluang terakhir menziarahi an memberi penghormatan terakhir buat guru mulia
 DYMM SULTAN MUHAMMAD , Sultan Kelantan menghadiri solat jenazah Tn Guru
Raja Muda Kelantan turut hadir memberi penghormatan terakhir kepada Tn Guru 

 Ribuan orang solat jenazah

MB KELANTAN , TN GURU DATO HJ NIK AZIZ IMAM SOLAT JENAZAH TOK AYAH HASYIM 


RAJA KELANTAN , RAJA MUDA KELANTAN SOLAT JENAZAH TN GURU HJ HASYIM 




Jasad ulama telah dikembalikan kepada Allah SWT .
Allah tidak mencabut ilmu dari dada ulama kecuali mematikan ulama itu ...
ALLAHUAKBAR telah ramai tokoh ulama yang berkat-berkat telah kembali bertemu Allah ! 
Sinar cahaya kian malap , lampu demi lampu telah terpadam hanya tingga saki baki . Rebutlah peluang menuntul ilmu dari tokoh-tokoh ulama tua yang masih lagi tinggal . Jangan buang masa kelak kita menyesal ...
Pesan buat diri dan saudara yang dikasihi 
AL FATIHAH buat TOK AYAH HASYIM



Sumber:
http://pondoktauhid.blogspot.com/2011/08/tuan-guru-hj-hasyim-pasir-tumboh-dalam.html

Duhai Tuhan.
Letakkan Almarhum Tuan Guru dalam kalangan hambaMu yang dicintaiMu. Duhai Tuhan, bangkitkan daku bersama beliau di akhirat kelak serta bersama penghulu kami, Sayyiduna Habibul Mustofa Muhammad SAW, amen. amen. 

Tuesday, August 23, 2011

Ada Hikmahnya Insya Allah.

Bismillah.
Alhamdulillah.
Solawat serta salam buat Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, sekalian kerabat baginda serta seluruh penyambung warisan ilmu baginda SAW.


Fajar 23 Ramadhan 1432H


1. Alhamdulillah, kesihatan semakin pulih. Terima kasih kepada sahabat sebilikku, Faiz Fahmi, Husaini, Hasanuddin, Riz, Aizam, Jimie, Dato, dan Abid kerana mendoakan kesejahteraanku. Khusus buat Faiz Fahmi, terima kasih atas ubatnya. Insya allah, ada hikmahnya atas gangguan kesihatan ini.


2. Merasa sedih tidak dapat bersama sahabat dalam Jamuan Makan PL 3 C semalam. Namun, hati tetap redho, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Siapa tahu. Namun, tatkala melihat gambar gambar kalian bergelak ketawa mesra disana, hati ini turut tumpang gembira. Semoga ikatan hati kita semua kekal sampai bila bila hendaknya. :)


3. Lagi kesedihan hati. Mendengar perkhabaran dari sahabat nun jauh disana. Kesihatan al allimul allamah Tuan Guru Haji Hasyim selaku Mudir Pondok Pasir Tumboh semakin terganggu dan dilaporkan semakin tenat. Tiada kata yang dapat dicalit disini melainkan bermohon ke hadrat ALlah agar tuan guru dipermudahkan segala urusan dan disembuhkan dari ujian yang menimpa beliau. Sama sama kita doakan kesejahteraan beliau disana, insya allah. Ada hikmahnya buat kita.


4. Di sebalik beberapa kesedihan, ada kegembiraan. Meniti hari hari akhir di Merbok sebelum menuju pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda tercinta di Kelantan sana. Hati mana tidak rindu. Sudah lebih beberapa bulan, tidak pulang ke halaman 'Baitul Hikmah'. Mungkin ada hikmahnya. Diharap, ayahanda dan bonda serta kekanda sekaliannya sihat sihat sahaja hendaknya, amen. Rindu akan pelukan dan masakan bonda tersayang dan juga keasyikan solat berimamkan ayahanda tercinta bersama hikmah mutiara kata ayahanda.


5. Hari ini juga kebanggaan menerpa diri. Sebuah sampul surat dari 'insan jauh' tiba di halaman rumah di KTU ini. Terkandung sehelai kertas dan secalit tinta indah. Subhanallah, datang dari insan yang amat aku kasihi. Tidak menyangka diri masih diingati. Cuma, sedikit hairan, bagaimana pula kamu dapat 'mengesan' alamat bilik sehingga sebegitu tepat? Mungkin ada hikmahnya. Seandainya dirimu membaca entri ini, terima kasih saya ucapkan. Tidak ada yang hendak dibalas melainkan hanya 'senyuman'. 


6. Perasaan rindu turut hadir. Seusai membaca entri terbaru dari sahabat baikku, Akh Muizzuddin. Allah. Tahniah. Namun, rindu hati ini ingin berjumpa denganmu belum terubat. Apapun, hanya doa dapat aku kirimkan. Nasihatmu amat bermakna. Semoga perjalananmu mengejar ilmu di bumi Anbiya' mendapat redho dari Ilahi. Daku doakan dirimu menjadi pengganti para 'alim ulama supaya generasi akan datang mengenali Islam dan yang paling penting, mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari apa yang kita rasa pada hari ini, Insya Allah. Buat sahabatku, sejuta keampunan dipohon darimu seandainya diri ini pernah berkhilaf sama ada secara sengaja atau tiada. Ingat, ada hikmah mengapa Allah memilihmu ke sana. Bukan semua insan yang mendambakan belajar di bumi anbiya' dimakbulkan ALlah hajat mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi tahniah. Semoga selamat sampai dan selamat menuntut ilmu. Titipkan jua salam rinduku buat sekalian sahabat disana, khusus buat Anas, Syafiq, Syakir, Syakir II, Qalbuddeen, Harith dan yang lain2. 


7. Tersentuh juga hati ini pagi ini mengenangkan hari hari akhir bulan Ramadhan al Mubarak. Sudah hampir melabuhkan tirainya. Semoga segala cebisan amalan diterima ALlah sebagai bekal buat diri menuju alam baqa' nanti, amen.


8. Akhir kalam, wabillahittaufieq wal hidayah wassalamu 'alaikum warahmatullah.

Friday, August 19, 2011

Masjid Nadi Tarbiyyah Ummah

Bismillah.
Alhamdulillah.
Solawat serta salam buat Kekasih Hati Baginda Rasulillah SAW. Juga buat sekalian kaum kerabatnya dan sekalian penerus beban da'wah baginda sehingga ke hari kiamat.


19 Ramadhan 1432 H


Ingin berkongsi peristiwa indah di pagi Jumaat sebentar tadi. Peristiwa Mimbar Jumaat.


Terlebih dahulu, ingin sekali saya memetik seuntai kata dari Khatib Masjid Semeling sebentar tadi dari mimbar Jumaat:
Tidak perlu kata kamu Cinta Allah. Tidak perlu ucap kamu Cinta Nabi. Jangan sekali diucap kamu sayang Nabi. Sehingga dua rakaat sebelum Subuh itu lebih kamu utamakan dari tidurmu sendiri. 
Dihadiri ratusan umat manusia, Mimbar Jumaat Masjid Semeling kali ini seakan sangat istimewa. Seperti biasa usai azan berkumandang, Sang Imam naik ke mimbar memberi salam tanda bersedia menyampaikan Khutbah.

Usai azan. Khatib memulakan bicara seperti biasa. Tiada banyak beza dari khutbah sebelumnya sehinggalah Tuan Khatib menyentuh satu ayat dari al Quran yang menyentuh perihal bulan Ramadhan. Ayatnya berbunyi:


Wahai insan insan beriman. Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas insan insan sebelum kamu.
Tuan Khatib mendongak melihat ke hadapan. Mungkin sedikit tersentuh dengan ayat yang dibacakan. Matanya tidak berair tetapi suaranya yang bergetar getar itu sudah cukup menggambarkan kesedihan hatinya sebagai seorang Imam.

Merasa dibebani tanggungjawab membimbing ratusan umat dihadapannya, Tuan Khatib mula bermadah 'tanpa teks'.

" Tuan tuan sekalian.

Sudah 19 hari kita semua dihidupkan ALlah menikmati Ramadhan. Malam ini, malam pertama dari sepuluh malam terakhir bulan mulia ini. 

Tuan tuan,

Saya mahu beritahu, tak usah nak sembang nak kejar lailatul qadar.
Tak usah tuan tuan nak cakap pasal seribu bulan. Tak payah tuan tuan nak berangan nak dapat ganjaran sedemikian.. KALAU tuan tuan tak berjaya penuhi 5 amalan yang saya akan sebut selepas ini. Kalau tuan tuan dah buat 5 amalan ini, saya berani jamin, tuan tuan adalah hamba ALlah yang terpilih mendapat ganjaran besar ini.


Pertama.
Tuan tuan, tanya diri tuan tuan secara jujur. Tuan tuan cukup tak solat Tarawih? Jawab tuan tuan..jawab. Kalau sebelum ini diawal Ramadhan Masjid kita (Masjid Semeling) ini penuh, sekarang tidak sepenuh dulu, kemana tuan tuan sekalian? Solat dimana? 


Dimana anak anak tuan tuan? Mereka solat Tarawih atau tidak?..


Kedua.
Tuan tuan, tanya juga dalam hati tuan tuan. Berapa kali tuan tuan qiamullail sebelum sahur. Berapa kali pada bulan ini, tuan tuan solat dulu dua rakaat sebelum sahur? Berapa kali? Sebulan dah nak habis ! Berapa kali tuan tuan solat Tahajjud? Berapa kali tuan tuan solat Taubah? Berapa kali tuan tuan solat Hajat?


Subhanallah..tuan tuan. 
Sudah penuhkah amalan kita sampai solat sunat pun tak mahu?


Ketiga.
Tuan tuan yang dirahmati Allah sekalian.
Berapa banyak masa tuan tuan luangkan dalam sehari khas untuk al Quran? Berapa lama tuan tuan? Sejam? Ada ke tidak? Ada ke?


Keempat.
Tuan tuan yang disayangi Allah sekalian.
Amalan keempat yang saya nak tuan tuan sekalian renung dan timbangkan. Sudah berapa banyak tuan tuan bersedaqah dalam bulan ini, tuan tuan? 


Tuan tuan, kalau ada orang janji nak beri sebiji kereta kat sesiapa yang solat Tarawih malam ni, agak agak, berapa ramai orang hadir Tarawih malam ni? Agak agak tuan tuan lah, ramai tak? Dah tu, kalau ini ALlah sendiri janji dapat Syurga kalau bersadaqah di bulan Ramadhan, tuan tuan tak rasa nak ke? Tak rasa mahu ke?


Dan kelima. Yang terakhir tuan tuan.
Saya nak tanya. Berapa kali tuan tuan solat Jemaah di masjid. Bukan solat sunat, tapi solat wajib tuan tuan. Subhanallah.


Tuan tuan, amat rugilah kalau kita di Bulan Ramadhan pun tak dapat hadir ke sini (Masjid Semeling) walhal rumah tuan tuan dengan masjid tak lah jauh mana. Dan, kalau jauh pun, tuan tuan tak dak nak sibuk apa.


Kalau dulu, sebelum Ramadhan orang beralasan Syaitan ramai. Sekarang saya nak tanya tuan tuan, Syaitan mana lagi yang duk bertenggek atas tuan tuan yang sampai tuan tuan rasa berat sangat nak mai solat di Masjid? Cuba sebut, Syaitan mana?


Tuan tuan, 


Kalau pun dalam lima ni tuan tuan tak mampu nak buat semua, yang kelima ni sahaja pun cukuplah tuan tuan. Tolonglah tuan tuan. Jaga solat jemaah kita.
Tuan tuan, ingat!


Ayat saya baca pada permulaan tadi bukan sengaja dibaca tanpa tujuan. Ayat tadilah menjadi matlamat kita semua yang masih hidup ini dalam bulan Ramadhan. 


TAQWA itu, matlamat Ramadhan.. 
Aquulu qauli haaza wa astaghfirallahal 'azhima li walakum...~ "




Habis.
Itu. Tadi.


Subhanallah. Saya secara jujur merasa alangkah baiknya kalau Khutbah Jumaat di semua tempat begini. Maksud saya, alangkah indahnya Khutbah Jumaat jika ia disampaikan bukan 'dari kertas' tetapi dari hati. Sungguh, kata kata dari hati itu AMAT menusuk ke hati. 


Saya kagum dengan keberanian dan kemampuan Tuan Khatib menegur secara langsung anak qaryahnya. Inilah sepatutnya sikap Tuan Khatib. Berani. Bukan hanya membaca, membaca dan membaca. Selesai membaca, turun mimbar lalu mengimamkan solat Jumaat tanpa sedikit pun merasa sensitif dan sedih mengenang keadaan masyarakat sekeliling. Seharusnya, kuasa yang diberi untuk berkhutbah bukan sekadar menjadi medan muhasabah masyarakat, tetapi medan da'wah utama umat Islam ke arah kesatuan dan kesepaduan. 


Semoga ALlah merahmati, membuka seluas luasnya pintu rahmat dan dipanjangkan umur Tuan Khatib tadi, amen.


Masjid Nadi Tarbiyyah Ummah


Rida Habib merasakah, ucapan secara spontan itu adalah lebih jelas dan mudah difahami maksudnya dari membaca teks berjela jela namun natijahnya, umat tetap buntu tanpa mengerti apa apa. Kembalikan ruh Khutbah Jumaat. Inilah kekuatan umat Islam. 

Wallahua'lam. ^_^






  

Friday, July 29, 2011

'Ibroh Dari Kartun. ^_^

Bismillah.
Solawat serta salam buat Habib Muhammad SAW, kerabat baginda serta sahabatnya dan seterusnya buat seklain umat baginda saw.

28 Sya'ban 1432H

Ramadhan Kareem. Marhaban Ya Ramadhan.

" Seseorang itu akan bersama siapa yang dia cintai di akhirat kelak " kata Nabi. 
Saya menjawab, " Duhai Kekasih, persaksikanlah bahawa aku mencintaimu. Ambillah aku sebagai kekasihmu disana nanti. Aku juga ingin bersamamu "
Saya selalu berimaginasi, kalaulah dapat hidup dizaman sahabat dulu, ingin rasanya mahu:

1. Bersama baginda membaca al Quran. Kerana saya pernah membaca suatu kisah bahawa suara nabi sungguh merdu, ingin rasanya mendengar sendiri secara berhadapan dengan baginda. Bahkan nabi pakar alunan suara. Sehinggakan tak ada sahabat yang mampu menandingi kelembutan dan kelunakan suara baginda. 

2. Bersama baginda beriadah. Kerana saya tahu baginda perenang terhandal. Mesti laju kan nabi berenang. Mesti la saya kalah kalau diajak bertanding..huhu~ Tu tak campur lagi berlari, naik kuda memanah dan lain lain. Rasanya seharian beriadah bersama nabi tidak cukuplah. 

3. Bersama baginda memasak. Nabi juga pakar masakan. Pernah baginda buat masakan semasa Perang Khandak. Ingin sangat nak nabi suap ke mulut saya. Tak banyak pun takpa, asalkan nabi yang suap. Dan, saya juga cukup bangga kalau nabi sudi makan makanan masakan saya. Nasi goreng pun jadilah..haha. Walaupun saya tahu saya bukan pakar, tapi masuk sesuap dalam mulut nabi, itu sudah menjadi kebanggaan bagi saya. ^_^

4. Berperang bersama. Nak tengok jugak bagaimana lajunya libasan pedang nabi. Katanya sampai boleh mencantas dua kepala dalam satu libasan, wow! Itu hebat. Mesti tengok. Confirm ngeri !!

5. Berusrah bersama. Mahu juga rasanya merasai menjadi ahli usrah baginda. Seronoknya kalau bila waktu ta'aruf, mesti nabi akan tanya, " awak nama apa? "..uuu, manja. Saya pasti akan jawab soalan itu penuh ceria, " saya Din  ^_^ "
Nabi pun jawab, " hai Din, enta sekarang ahli usrah ana..^_^ "

6. Main gusti lengan. Hmm, walaupun saya tahu saya ni tak tough sangat, tapi sekurang kurangnya pernah lawan dengan insan paling tough atas dunia ni, itu sudah satu penghormatan. Teringat masa sejarah Haji Wida', bila nabi bukak je baju, nampak terus otot otot kukuh lengan bahu baginda yang sungguh besar dan kuat. Sehingga terkejut para sahabat, tak sangka pulak otot nabi ni hebat macam ni. Hmm, aku ni jauh laaa~ =.='

Enam cukup.

Ini hanya imaginasi. Bukan realiti.

Inilah saya. Secara jujurnya, hati rasa tenang bila berimaginasi sebegini. Sedikit sebanyak kerinduan terubat. Yelah, saya tahu mana la ada peluang lagi nak rasa semua ini kerana nabi dah lama takda.

Maka, hanya dengan imaginasi, saya mampu tersenyum seorang diri, malah terkadang rasa seolah nabi duk gelak je kat saya ni, sebab macam dah obses sangat. Tak kisah lah kalau nabi nak gelak ke tak. Tapi kalau betul nabi ketawa kerana melihat telatah diri saya ini, waaw, bahagianya rasa dapat menghiburkan baginda (:


Bagi saya imaginasi sebegini menanam banyak sikap kepada saya antaranya:

1. Saya tak mahu imaginasi ini kekal sebagai imaginasi. Saya mahu ia jadi realiti. Jika tidak disini, disana....ameen.

2. Ia menjadi motivasi saya untuk terus semangat berdoa. Mungkin orang lain selesa dengan gaya berdoa masing masing, terpulang, tapi saya, saya suka untuk berdoa supaya segala imaginasi saya menjadi kenyataan. Sejak saya dilanda sindrom imaginasi ni, waktu berdoa saya jadi lebih seronok dan lawak dek kerana doa doa yang dipinta itu terlalu 'berimaginasi'..huhu~

3. Membaca sirah seperti menonton tv. Secara jujurnya, saya mengutip sumber imaginasi saya bersama Rasulillah saw dari lambakan kisah kehidupan baginda. Ada baca cerita baru bermakna ada saja pula imaginasi baru dan dalam masa yang sama, adalah doa yang baru. ^_^

Mengapa perlu saya sebut semua di atas?

Ya . Kerana saya mahu perasaan cinta saya ini turut dirasai oleh sahabat sahabat yang lain. Saya mahu juga sahabat seperjuang turut menerima tempias sindrom imaginasi ni..try dulu, baru rasa bestnya. 

Kalau tak try, tak pa asalkan jangan jadi seperti Squidword yang ego tak mahu mencuba dunia imaginasi Spongebob dan Patrick dalam kotak. Kerana ego, tak dapat rasa bagaimana feel  berlumba kereta lumba dan menjerat obor obor..huhu~ 

Jom. Raikan Ramadhan dengan iMagInAsI cInTa kepada nabi.  ^_^

Thursday, June 2, 2011

Bismillah.

Solawat serta salam buat Junjungan Termulia Baginda Besar Nabi Muhammad SAW juga ke hadapan sekalian kaum kerabatnya yang disanjungi seterusnya para sahabat Baginda yang dirindui seterusnya kepada sekalian kaum Muslimin yang meneruskan risalah da'wah Tauheed ini sehingga ke hari kiamat.

Alhamdulillah. Selepas beberapa ketika akhirnya dengan kesepakatan Kudrat dan Iradah Allah, lalu Dia mengizinkan aku pada pagi yang penuh keberkatan ini untuk meluangkan sedikit masa menulis dan mencoret sedikit nukilan buat tatapan hati ini yang amat lagha dan tidak merasa gundah akan maslahah diri dan ummah, masya Allah.


TIGA SERANGKAI

Hari ini atau lebih tepatnya sebentar lagi tatkala masuknya azan Maghrib, Insya allah, aku berpeluang lagi menjejakkan kaki dan hati ke dalam Bulan Rejab. Jika Muharram dikenali sebagai bulan permulaan dalam kalender hidup umat Islam, juga Rabi'ul Awwal dipenuhi dengan kerinduan memperingati hari hijrah Rasulllah SAW ke Madinah dan menyambut hari kelahiran Baginda, maka begitu juga dengan Bulan Rejab.

Rejab dikenali juga dengan Bulan Allah hadir selepas tamamnya bulan Jamadil Akhir yang secara tidak sedar mengkhabarkan kepada kita bertapa dekatnya kita dengan penghulu sekalian bulan iaitu Bulan Ramadhan al Mubarak. 

Jelas, Allah memuliakan Rejab dengan peristiwa Isra' Mi'raj didalamnya yang padanya berlangsung sejarah pensyariatan solat yang merupakan tonggak ibadah terpenting umat Islam sehingga ke hari kiamat. Allah juga memuliakan Sya'ban dengan malam Nisfu Sya'ban yang padanya adalah detik dimana doa umat Islam tiada terhijab dari dimakbulkan oleh Allah. Lalu, ALlah mendatangkan Ramadhan selaku penghulu segala bulan sebagai pelengkap akan segala khazanah peristiwa ini dimana padanya tersimpan peristiwa Nuzul al Quran yang mana merupakan kitab pedoman tertinggi umat manusia sehingga ke hari kiamat.


TIGA BULAN SEBELUM RAMADHAN DENGAN TIGA BULAN SEBELUM KENDURI

Secara kebiasaannya manusia kurang mengambil berat soal persiapan dari aspek rohani sebegini. Hal ini kerana persiapan berbentuk rohani sebagai rangka persiapan menghadapi Rejab Syaban dan Ramadhan sudah tentu tidak dapat dilihat pada pandangan mata kasar. 

Namun, cuba bandingkan dengan persiapan berbentuk jasmani, biasanya manusia amat mengambil berat soal ini. Mengapa? Kerana manusia hanya mementingkan apa yang dilihat pada zahir pandangan mata kasar sahaja, walhal semua itu tidaklah sepenting persiapan dari aspek hati dan jiwa.

Inilah fitrah manusia yang merasakan ingin kepada harta dan kesenangan serta menikmati kemewahan. 


RINDU BERTEMPAT DIHARUSKAN SYARA'

Maka, disebabkan terlalu banyak keindahan khazanah peristiwa yang berlaku dalam tiga bulan yang akan kita tempuhi bersama ini, sudah semestinya suasana ini dirindui bagi hati hati yang sukakan kebahagiaan hakiki. Lihat sahaja dalam doa yang diajarkan kepada kita, tatkala masuknya Bulan Rejab, maka dibacanya doa ini yang secara jelas memberi perlambangan bagaimana cintanya dan kasihnya Baginda Rasulullah SAW untuk menempuhi ketiga tiga bulan besar ini.


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا الى رمضان لا اله الا الله الحليم الكريم "

سبحان الله رب السموت السبع ورب العرش العظيم

" ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم 


Ya Allah, berkatkanlah bagi kami seluruhnya dalam Bulan Rejab, juga dalam Sya'ban sehingga ke Bulan Ramadhan. Tiada Tuhan selayaknya diabdikan melainkan ALlah Tuhan Maha Penyantun lagi Maha Mulia. Maha suci Allah Tuhan Pentadbir seluruh khazanah langit tujuh lapisan dan Tuhan Pentadbir Arash yang mulia. Sungguh tiada daya dan upaya kami melainkan dengan izinMu Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Mulia

PERSIAPKAN DIRI DENGAN ILMU

Oleh hal yang demikian, seharusnya kita para pemuda sekalian, sewajarnya tidak mensiakan peluang bertemu tiga bulan indah ini. Ayuh, persiapkan diri menghadapi seluruh bulan bulan ini dengan merancang dan membayangkan keadaan dalam setiap hari sepanjang tiga bulan ini. Dengan harapan kita mampu menyelusuri setiap hari hari indah yang berlalu dalam ketiga tiga bulan ini dengan penuh keberkatan dan keredhaan ALlah, amen.

Mulakan hari hari yang berbaki ini untuk sama sama kita mencari penyelesaian segala permasalahan dalam ibadah seharian kita khususnya agar Rejab Sya'ban Ramadhan yang kita selusuri ini adalah tiga bulan yang lebih baik dari sekalian bulan bulan dan hari hari yang telah kita lalui, Insya allah.

NASIHAT UNTUK DIRIKU

Jika masih berpeluang merasa ni'matnya Rejab Sya'ban Ramadhan, maka sedarilah dirimu antara jiwa yang beruntung kerana berapa ramai dari kalangan para sahabatmu yang telah pergi yang tidak mampu lagi merasai kenikmatan ini. Dan berapa ramai juga dari kalangan saudaramu yang sedang bergolak tidak mampu memberi tumpuan kepada aspek ini dek kerana diambang ketakutan dan kezaliman penindasan. Dan sedarilah juga, mungkin ini peluang terakhir buat dirimu berbakti dan mengimarahkan ketiga tiga bulan ini kerana siapa tahu, ajalmu menanti pada 1 Syawal nanti.

Oleh itu, tiada salahnya jika engkau malu ketika ini mengejar khazanah yang tidak dilihat manusia kerana malu disini jauh lebih kecil berbanding malunya dirimu di hadapan ALlah tatkala disoal akan peluangmu yang engkau siakan kerana membiarkan tiga bulan besar ini berlalu tanpa pengisian dari jiwa dan hatimu.

Berubahlah dan bina kehidupan baru yang lebih indah untuk ditatapi kelak. Insya ALlah, dirimu mampu berubah kerana Allah mencintai jiwa yang suka bertaubat dan membersihkan diri dan hati.

Allahumma yasiirli wa waliwalidayya wa liqarabati wa liashabi summa ila jami'el muslimin. Fajma' bainana baina Nabiyyina Muhammad Sollallhu 'alaihi wasallam yauma la yanfa'u maalun wala banuna illa man atallaha biqalbin salim, amen ya Rabb.

Amen ya Rabbal 'Alamien.

Sunday, May 15, 2011

Didikan Seni Seorang Murabbi.

Bismillah.
Solawat serta salam buat Kekasih Junjungan Sayyidina Maulana Muhammad SAW serta sekalian kaum kerabatnya, para sahabat yang terpilih serta sekalian pejuang agamanya sehingga ke hari akhir.

Sempena 16 Mei, selamat Hari Guru ana ucapkan buat sekalian para guru khususnya sekalian Murabbi Ma'had Muhammadi Lilbanin. Jasamu amat berharga dan kami warga pelajar tidak akan pernah melupakan segala nasihat antum. Antum Ahbaabuna !

Sedikit cerita dari ana sebagai tanda kenang kenangan buat semua para mu'allim Taman Ma'hadi. Namun, cerita ini hanya melibatkan ana dengan seorang ustazah, seorang jiwa Murabbi yang bagi ana permata diantara manikam berharga Taman Ma'hadi....hehe sebagai mewakili jutaan khazanah coretan indah kenangan di Taman Ma'hadi suatu ketika dahulu. 

6 tahun yang lalu..di Sofful Awwal al-Makkah..
"..ismi Ustazah Nur Irmaizatul Asiah Zulfah bt Bunyamin. Ana askunu bijaanibi 'asimatul Kelantani, wal aan, ata'allamukum fi maadah al Muthola'ah. Hmm, arjuu ilaikum jami'an an yata'allamu bil ijtihad, sa insya Allah, Nasrullah ma'akum..Toyyib, man anta?.. "  
 Ustazah Irmaizatul Asiah Zulfah bt Bunyamin; Murabbi Subjek Mutala'ah Tingkatan 1 & 2. 
Inilah antara lafaz perkenalan pertama antara ana dengan Ustazah Asiah, yang merupakan salah seorang dari sebegitu ramai warga pendidik Ma'had Muhammadi Lilbanin. Sebut sahaja nama Ust Asiah Zulfah, semua orang akan tertunduk dan terkesima dengan ketinggian nilai ilmunya dan keluhuran akhlaknya. Malah, jika sehari tidak berpeluang mendengar kuliahnya, seperti merasa kehilangan jutaan bongkahan ilmu, masakan tidak, huraian serta contoh dan gaya bahasa mudah yang dilontarkan oleh ustazah banyak membantu kami para pelajar memahami dan menghayati pelajaran kami.

Saat indah bersemuka dengan insan unik ini, sungguh indah apabila dikenang kembali. Akhlak pekerti indah dan kelembutan didikan dan belaian Tasauf yang disemai masih ana ingat sehingga ke hari ini, terima kaseh ustazah. 

Masih segar diingatan, saat ana berdepan dengan beliau di marhalah tarbiyyah sofful awwal ma'hadi.  
"..toyyib ! buka muka surat 24, hari ni kita beralih pada bab baru, "وفات رسول الله صلى الله عليه وسلم". Baik, minggu lepas ana da suruh salin bab ni, sapo hok tok siap, bangun !.."
Maka, ana pun bangunlah dengan muka merah padam, menahan malu. Tidak siap kerja rumah tambah lagi kerja ustazah Asiah amat memalukan. Namun, ana redha. Cubitan dan libasan rotan direlakan singgah ke perut dan tangan...uuh! Sakit! 
"..semula jange ado ore tok siap salin kerja ana bui..ana tok se ore nok ngaji ilmu tapi tok serupo ore nok ngaji....hmm, mari ma'had bia niat belajar sungguh sungguh...jange main main..hmm, apapun, jange ule lagi, Izzuddin, dengar dop? !..ana tak maroh ko enta, ana maroh ko Syaitan dalam diri enta hok wat enta jadi malas nok salen tu..hmm, paham !.."
T__T Ana angguk. Huuu~ Kenangan tinggal sejarah tapi leteran ilmu dari ustazah ana simpan jadi azimat ana sampai bila bila. Azimat berharga..sungguh berharga.

Bahkan, apa yang ingin turut kongsikan adalah, peribadi Ustazah Irmaizatul Asiah ini sangat hebat! Didikan 'tegas dalam lembut' dikagumi ramai. Berperawakan biasa, berjubah hitam labuh, bertudung hitam kosong, menambahkan rasa hormat para murid pada beliau. Seorang ustazah yang suka tersenyum tapi tidak suka merenung di mata pelajar juga menjadi buah mulut kami para murid. Kami bertambah thiqah akan peribadi unggul ustazah dari sehari demi sehari. Semakin lama mengenali diri ustazah semakin tinggi rasa hormat kami. Ustazah mampu menjaga diri dan hati walau ditenggelami ribuan penuntut yang semuanya terdiri daripada kaum lelaki. Subhanallah. 

Sambung cerita..masih di kelas itu..
"..Toyyib, antum semua tahu, Rasulullah SAW wafat tanggal 12 Rabi'ul Awwal..di saat Baginda masih merasa sayang dan cinta terhadap umatnya, sehinggalah Allah memberi pilhan kepada Baginda lalu menguji cinta Baginda, yang mana lebih Baginda cintai, umatnya atau ALlah...selepas Baginda menjawab 'Allah', maka dikala itulah sakaratul maut datang..menjejak dan menjemput roh mulia ini untuk terus meninggalkan umatnya..meninggalkan kita semua.."
Dengan tidak semena mena, ustazah berhenti bercerita kepada kami. Bait bait kata indah yang terkias terhenti seketika. Semua sahabat ana yang kyusyuk menyalin maksud dan huraian berhenti menulis. Semua tertanya tanya, mengapa ustazah memalingkan mukanya dan berdiam diri?

Ana mendongak, melihat pada raut wajah ustazah, merasa hairan mengapa ustazah berhenti menterjemahkan dan menghuraikan 'kitab mutalaah' kami.

Dan dikala inilah, semangat kami para penuntut ilmu terugah dan terusik. Kami menyaksikan dengan mata kami sendiri linangan air mata kesedihan ustazah mengalir dari muka suci ustazah. Air mata jernih mengalir dari mata yang kemerahan menahan sebak mengalir bertalu talu seakan tidak mahu berhenti. Subhanallah. 

Kami melihat ustazah cuba menutup muka dengan labuhan tudung, tapi kami para murid sudah dapat mengerti, ustazah sebenarnya merasa sebak dek kerana tajuk ini mencuit kerinduan dalam hati ustazah sendiri.

Sungguh !

Disinilah kami para pelajar mula mempelajari dan mengerti nilai ilmu pada menghayati bukan pada hafazan dan  pencapaian dalam peperiksaan. Ustazah memberi inspirasi kepada kami untuk berubah. Belajar bukan kerana perjuangan akademi, tetapi mencari penghayatan dalam mesej yang dibawa Rasulullah SAW. Dari air mata ustazah, kami mengerti nilai kasih sayang mengalahkan tuntutan pembelajaran dan pencapaian. Kami juga dapat merasakan bertapa tulus hati ustazah mendidik kami. Bukan sekadar menghurai dan menjelaskan persoalan kami, tetapi menanam seni mahabbah kepada Rasulullah SAW. Semuanya kerana air mata ustazah...kami mampu mengerti, bukan hanya zahir kita menuntut, tapi bahkan batin kita menghadam apa yang kita telaahkan.

Sungguh, inilah antara bibit pertama kecintaan ana kepada Rasulullah SAW mula memekar. Di saat ini juga perasaan mendalami Mutalaah berubah, dari pelajaran yang paling bosan kepada pelajaran yang paling menyentuh jiwa. Semuanya kerana jasamu duhai ustazah...Syukran Ustazah. 

Ana mendoakan kesejahteraan hidup ustazah dan keluarga. Semoga segala ilmu, didikah asuhan dan nasihat yang dicurahkan akan ana ingati dan amalkan, Insya allah. Amen. 

Jasamu tiada berganti duhai Guru.

Selamat Hari Guru.
Murabbi Perintis Asuhan Berakidah Ummah.