Tuesday, September 28, 2010


Haji Wida'

Sumbangan : Usrah Addinun Nasihah

Peristiwa Haji Wida' berlaku pada tahun kesepuluh Hijrah. Ia dinamakan demikian ialah kerana Nabi s.a.w kembali ke rahmatullah setelah beberapa ketika baginda mengerjakan ibadat Haji tersebut. Peristiwa Haji Wida' bermula selepas Nabi s.a.w kembali dari peperangan Tabuk, baginda mengutuskan Abu Bakar As-Siddiq r.a sebagai seorang pemimpin untuk memimpin rombongan Haji manakala baginda pula menghabiskan masa selama beberapa tahun untuk menyambut kedatangan rombongan kafilah Arab yang tidak putus-putus mengunjungi baginda dari seluruh pelusuk semenanjung Tanah Arab untuk menyatakan baiah mereka dan pengislaman mereka.  




Jutaan Umat Islam Memenuhi ruang Masjidil Haram


Proses permulaan Hujjatul Wida' ( Haji Perpisahan ) ini melalui beberapa proses yg sememangnya unik dan tersusun.



Di samping keunikan dan kekuatan Islam terserlah tatkala jutaan Umat Islam berpusu-pusu hadir setiap kali tibanya musim haji, namun ianya dan segalanya bermula selepas peristiwa Haji Wida' ini yg juga merakamkan satu ucapan ringkas Rasulullah SAW kepada umatnya...

..Ucapan dan wasiat disampaikan satu persatu demi umatnya..  sama2 kita hayati..

 

..Namun, ana disini bukan berniat untuk menceritakan kembali peristiwa Haji Wida', akan  tetapi ingin menarik sahabat-sahabat dan dirir sendiri menyelusuri pesanan dan wasiat Baginda Rasulillah SAW yang kita semua cintai..

..Jika kita bangga kita menjadi umat Baginda, maka pastikan jua Baginda bangga memiliki umat seperti kita..
..Ya Allah, pertemukan kami semua dengan Baginda Rasulullah SAW di SyurgaMu kelak..ameen..

No comments:

Post a Comment