Monday, December 13, 2010

'Ainiyyah~

Allah ta^ala berfirman:

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة

Mafhumnya: "Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6]

Al-Hafiz ^Abdu`Llah al-Harari berkata dalam kitabnya Bughyatu`t-Talib berkenaan maksud ayat di atas:


 "..Jika dia seorang yang alim maka wajib ke atasnya mengajar keluarganya atau membenarkan mereka belajar dengan seseorang yang boleh mengajar. Ketika itu dia diharamkan untuk menghalang keluarganya dari keluar kerana belajar. Hatta isteri pun tidak boleh dihalang oleh suaminya dari keluar untuk belajar sekiranya suaminya bukanlah orang alim tentang perkara tersebut atau suaminya seorang yang alim tentang perkara itu tetapi dia mencuaikan tanggungjawab mengajar dan tidak pula membawa orang yang boleh mengajar isterinya"…..


"Barangsiapa yang mempelajari ilmu agama yang bersifat daruri[2] (fardu ain) dan mengajar keluarganya maka sebenarnya dia telah memelihara dirinya dan keluarganya dari neraka Jahanam. Barangsiapa yang tidak berbuat demikian maka sebenarnya sedang menghancurkan dirinya dan keluarganya".

Berkata Sayyidi Guru kami Al'Alim Al'ammah Syaikhul Mursyid Waliyyul Wasil ila ALLOH:Tuan Guru Hj Abdul Hamid Bin Hj Soleh Gunong Kelantan(Pak Su Hamid) HafizohuLLOH wa QodsaLLOHu sirrohu :


" ajarkn diri kamu,isteri kamu dn ahli rumah kamu akn fardhu2 ugama sprti usuluddin,fekah dn tasawwuf spy mereka mngnl ALLAH dn soh imannya,soh ibadat nya ,ikhlas sgla apa yg dikerjaknnya sama'ada buat yg disuruh dn tinggal apa yg di tegah sehingga dirinya di terima olah ALLAH....smua tuu makna jaga diri dn ahli kuarga dari kena bakaran api neraka..." intaha sayydi guru kami tuan guru hj abdul hamid bin hj soleh(pok su hamid gunong ,kelantan) katanya di naqal dari tafsir ibvnu abbas r.a.

Pentafsiran oleh al-Hafiz ^Abdu`Llah al-Harari al-^Abdari dan al-Shaykh Muhammad Nawawi al-Bantani berdasarkan tafsiran Sayyidina ^Ali ibn Abi Talib yang telah diriwayatkan oleh al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak jil. 2, hlm. 494. Al-Hafiz al-Harari berkata dalam kitabnya al-Sharhu`l-Qawim bahawa tafsiran ini datang daripada Sayyidina ^Ali ibn Abi Talib dengan isnad qawiyy. Suatu kadar ilmu agama yang diketahui oleh semua meliputi orang awam dan para ulama.



Berkata Al'Alimal 'Allamah As-Syaikh Abdulloh bin Abdul Rahim Al-Fatoni :


"dan wajib keatas suami belajar akan hukum haid dan nifas serta istihadhoh dan barang (hukum2) yg bergantung dengan nya supaya dapat mengajar hukum tersebut kepada isteri dan anak2 perempuan dan setengah daripada barang(hukum) yg wajib, wajib atas suami itu mengajar akan isterinya itu apabila putus darah haid dahalu daripada masuk waktu maghrib, sekira2 lulus qodar takbirrotul ihram maka wojib mengqodho' akan solat zohor dan asar, dan manakala putus darah haid dahalu daripda masuk waktu solat subuh sekira2 lulus qodar takbirotul ihrom maka wajid di qodho' akan solat maghrib dan isyak" intaha mafhum kitab muhimmah fi ilmi hadis...





Berkata al-haqir hamba yg dhoif lagi faqir ilaLLOH:

wahai saudari2,ustazah2,kakak2,ukhty2 dan muslimah2 yg hamba kasihi...tuntut lah ilmu fardu 'ain ini (bab haid,nifas,istihadhoh dan hukum2 darah) bagi menyelamatkan diri kamu dari api neraka ALLOH di akhirat kelak....janganlah bersibuk2 kamu mendalami pada ilmu fardhu kifayah padahal belum selesai kamu dari menuntut ilmu fardhu 'ain....apakah mengetahui oleh mu akan hukum darah mu sendiri??apakah ta'arif darah haid??bagaimana yg dikatakan 1hari semalam dgn nidbah 24jam??bagaimana hukum mustahadhoh yg mempunyai tamyiz(perbeza'an sifat darah)???berapakah golongn wanita mustahadhoh?? bagai mana cara mengqodho' puasa bagi mustahadhoh mutahayyiroh mutlaqoh??...semua ini fardhu'ain wahai saudari2 ku...sudah mempelajarikah kamu akan yg tersebut itu???begitu juga dgn saudara2ku kaum adam,wajib juga atas mu mempelajarinya serta mengajar isteri2 mu,wlwpn darah ini bukan kita yg mengalaminya akan tetapi syarak memperwajibkan atas kita belajar supaya melepaskan dosa isteri2 kita dengan mengajari mereka hukum tersebut....itulah tanggungjawab sebenar kita sebagai laki2 pemimpin di atas kaum wanita....naah sekarang ayuh cepat2 belajarkannya selagi hayat umur di berikan oleh ALLOH sebelum ajal datang menjemput kita...kita akan di persoalkan oleh ALLOH mengapa masih belum lepas kita mempelajari ilmu fardhu'ain sedangkan umur,masa,kesihatan dan keluasan rezeki yg telah di berikan olehNYA kemana kita habiskan??janganlah kita termasuk dikalangn orang yg tidak mensyukuri nikmatNYA,orang yg rugi dan ahli neraka...di akhirat tidak akan di tanya berapa sijil,ijazah,kelulusan,harta dan lain2 daripada matabenda keseronokan tipudaya duniakah yg dapat kita miliki dan kita cari......bahkan yg akan di tanya ialah soalan iman(ilmu makrifatullah usuluddin)pada mula2 ketika di kubur lagi dan soalan fekah(syari'atuddin)ketikahisab di padang mahsyar serta tasauf(ihsanuddin) bila lepas titian sirot...bermaknanya ilmu dan amalan agama yg akan disoal,bukan sijil dan ijazah ugama yg di soal....





Dengan ini hamba yg jahil lagi faqir serta haqir ini memperkongsikan sedikit sedutan muzakarah hamba akan kitab sabilal muhtadin karangan al'alim al'allamah as-syaikh muhammad arsyad bin abdulloh al-banjari bagi menggemarkan sahabat2 hamba muslimin dan muslimat pada memepelajari ilmu fekah fardhu'ain terutama... semoga memberi manfa'at oleh ALLOH dengannya akan kami dan sahabt2 hamba muslimin dan muslimat sekelian..amin..


Sepenuhnya diambil dari petikan As Sayyidi Idrus ( Abe Fais )..moga Allah memberkahi beliau dan kita semua, ameen..~

No comments:

Post a Comment