Thursday, March 3, 2011

Ingatkan lama, rupanya kejap je. Uuh~


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selawat serta salam atas Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, Utusan Allah permbawa Rahmat ke sekalian alam..

Sahabatku sekalian,

Entry kali ini ditulis dalam mood yang bercampur baur.

Sedih, mengenangkan bertapa pantasnya semester dua disini sudah hampir berlalu.

Gembira, menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman yang sudah bermusim tidakku jenguk.

Bosan, sudah tiada lagi teman sekuliah dek semua fokuskan hal masing ( da x de kuliah )

Penat, banyak aktiviti tertangguh terpaksa diselesaikan segera.

Namun, dalam banyak banyak tu, tiada yang mampu menewaskan perasaan..

Final Exam Semester II

Gementar, mengenangkan tarikh final exam  yang bakal kunjung tiba tak lama lagi.


Justeru,
Saya disini nak mintak maaf selama ini ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tertengking manja...saya juga insan biasa..

Saya mengharapkan sahabat sahabat sekalian sudi mendoakan yang terbaik buat saya dan rakan rakan di sini. Semoga kami dapat buat yang terbaik..

Usaha, Doa & Tawakkal..~

Doakan kami mendapat ini, kejayaan dunia dan akhirat  demi menaikkan Islam di tempat yang selayaknya..ameeen.~

No comments:

Post a Comment