Wednesday, March 23, 2011

Qasidah Al Muhammadiyyah

Jom dengar Qasidah.!
Qasidah Muhammadiyyah

Hmm, sambil sambil dengar tu, layan sajak tulisan beberapa sahabat kita ni berkisar mengenai kecintaan mereka terhadap Baginda. Insya Allah, berkat Qasidah yang melantun merdu ni dan bait bait kata indah ini disulam bersama sama, akan mencuit hati kita semua untuk lebih merindui dan mencintai Kekasih kita semua, Nabi Muhammad SAW.

PENDIDIK AGUNG
nukilan: Noryusri Mansor

Tanpa syak, hayatilah sirah
Lihatlah keagungan sejarah
Menceritakan airmata berdarah
Kisah seorang pendidik ummah
Tidak goyah
Tidak lemah
Tidak mengalah
Walau dihujani ancaman fitnah

Nabi Muhammad utusan Allah
Tutur kata budi bicara terserlah
Menjadi teladan menjadi contoh
Berkata dan berbuatlah
Itulah rahsia dan hikmah
Menjadi pendidik disegani ummah

Tidak kedengaran di telinga
Tidak kelihatan  di mata
Tidak bermain di minda
Baginda kecewa, alpa dan besar kepala
Hakikatnya Baginda bersemangat waja
Berjaga dan sedar dirinya siapa


Pemenang Kedua
Peraduan Menulis Puisi Edux2000



Syair Aisyah Buat Kekandanya
Nukilan: Aishah ra

Wahai manusia yang tidak sekalipun mengenakan sutera,
Yang tidak pernah sejeda pun
membaringkan raga pada empuknya tilam
Wahai kekasih yang kini telah meninggalkan dunia,
Ku tau perut mu tak pernah kenyang
dengan pulut lembut roti gandum
Duhai, yang lebih memilih tikar sebagai alas pembaringan
Duhai, yang tidak pernah terlelap sepanjang malam
karena takut sentuhan neraka Sa’ir



Kesedihan
Nukilan: Imam Syafi'e

Dan antara kesedihan itu
ialah apabila engkau menyintai seseorang,
akan tetapi si dia yang engkau cintai itu
menyintai orang lain selainmu.
Ataupun [kesedihan itu ialah]
apabila engkau menghendaki
perkara yang baik untuk seseorang,
sebaliknya dia mahu menyakitimu.




Nukilan: Dharmawijaya (1963)

Kalau esok kasih kita `kan hancur jua
usah ditaburi bumi ini dengan air mata
dunia bukan semata milik orang bercinta
hidup jua bukan semata untuk berlagu kecewa
di bawah mentari pagi demikian jernihnya
hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat
usapi kesetiaan hati seluruh umat
Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dalam usia pengembaraan
tau-taulah di bintang satu
di hari hidup kita mengejar bahagia dalam sengsara
di hari mati kita mengira pahala dan dosa




Di Jalan Bahagia
Nukilan: M.A.Uswah,
Sandakan,
6 Ogos 2004.

Di jalan bahagia ini
terasa keinsafan
terasa kehambaan
terasa kelemahan
terasa takut kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
teraa ingin sederhana
terasa cukup segalanya
terasa zuhud kepadaNya
terasa syukur kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
bersama hidayahNya
terasa bermujahadah
terasa berhijrah
terasa bermujahadah diri.

Di jalan bahagia ini
bersama keimanan
bersama amalan
bersama kasih sayang
bersama ketaqwaanNya.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta Ilahi
mengingatiNya menjadi tenang
terasa kebesaranNya
beribadah kepadaNya penuh khusyuk.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta RasulNya
berselawat kepadanya
dengan dihayati
kagum dengan sunnahnya
terpesona dengan akhlaknya.

Di jalan bahagia ini
berpandukan al-Quran
berpandukan as-Sunnah
menghayati kitabNya
mengamalkan sunnah RasulNya.

Di jalan bahagia ini
indahnya hidup bersama Ilahi
indahnya hidup bersama Nabi
bersama keredhaanNya
bersama perlindunganNya.


2 comments: