Sunday, June 26, 2011

Alhamdulillah.

Assalamualaikum.
Bismillah.
Solawat serta salam buat Habiballah Rasulallah Imamal Mursalin Nabiyyuna Muhammad SAW juga buat sekalian kaum kerabatnya para sahabat yang dirindui seterusnya para tabi'en yang dikasihi lagi disayangi seterusnya buat seluruh umat Rasulillah SAW.

24 Rejab 1432H

Menghampiri penghujung bulan Rejab. Sedih. Sudah berlalu satu bulan yang dijanjikan barakah padanya juga merupakan salah satu dari empat bulan haram termasuk Muharram Zulkaedah dan Zulhijjah.

Namun, walau sayang walau cinta setinggi mana jua, bulan ini akan tetap berlalu. Seterusnya, kita bakal meraikan kedatangan Sya'ban, Bulan Rasulillah SAW. Satu bulan yang amat digalakkan kepada kita untuk kembali menyemai cinta kepada Habibuna Mustafa Muhammad SAW. 


DIRI DIRINDUI :)

Jika semasa musim pengajian khususnya insan seperti saya, seorang pelajar, sememangnya berpisah dengan yang tercinta di kampung amat memeritkan. Kenapa perit? Kerana kita tahu disana adanya insan insan yang saban hari menangis dan saban hari menyebut nama kita tanda rindu untuk bersama kita. Itulah fitrah kerinduan yang disemai dalam setiap jiwa manusia. Namun, itu hanya rindu seorang ibu, abah, abang, dan adik semata mata. Jika kerana rindu ini kita mampu mengalirkan air mata, kenapa tahap kerinduan yang lebih tinggi tidak pula kita tangisi. Apa itu? Ya, kerinduan Baginda Nabi Muhammad SAW untuk bertemu kita umatnya melebihi rindu seorang ibu yang merindui anaknya..juga melebihi kerinduan seorang anak terhadap ibu bapanya. Pernahkah kita menangis kerana rindu kepada Nabi kita?

SAYYIDATINA AISYAH BANGGA DIRINYA DIMOHON AMPUN ^ ^

Satu hari, Sayyidatina Aisyah r.ha sedang menjahit pakaian. Berbekalkan cahaya malap rembulan malam di tengah padang pasir, Sayyidatina Aisyah r.ha cuba untuk tidak meninggalkan kerjanya. Lalu, dengan tidak semena mena kekasih hatinya, Nabi Muhammad SAW menyelak daun pintu seraya memberi salam. Sayyidatina Aisyah r.ha menjawab salam. Tersenyum Sayyidatina Aisyah r.ha. Bilik yang sebelum ini kelam menjadi bercahaya dek masuknya Baginda ke dalam kamarnya. Inilah keagungan Baginda SAW. 

Rasulullah SAW juga tersenyum. Mereka meneruskan perbualan mesra romantis mereka sehinggalah satu ketika Baginda SAW memegang tangan Sayyidatina Aisyah yang halus itu lalu berkata:

" aku doakan semoga Allah memberi keampunan dan maghfirah kepadamu, sayang..dosamu yang terdahulu, kini dengan sengaja atau tidak atau dalam keadaan dirimu sendiri tidak sedari akan dosa itu.."

Dengan pantas Sayyidatina Aisyah mengangkat wajahnya ke arah wajah Baginda. Menatap wajah suaminya penuh syahdu dan keredhaan diiring air mata suci seorang ummul mukminin. Kelu lidah tidak terkata. Beliau terharu dengan doa yang dibaca Baginda seketika tadi. Terbius dengan jaminan dosanya terampun dari Allah. Siapa yang tidak mahu didoakan secara khusus seperti itu, lebih lebih lagi jika ia terlafaz dari insan paling mulia disisi Allah.

Lalu, dengan linangan air mata membasahi pipinya yang indah, terketar ketar Sayyidatina Aisyah cuba untuk bersuara:

"..sungguh tiada yang lebih menggembirakan aku melainkan aku dicintaimu.."

Kemudian, saat romantis ini tidak terhenti setakat itu, Rasulullah SAW bersabda lagi:

"..duhai sayangku, ketahuilah jika dengan doa ini mampu membuat dirimu menangis sebegini..ketahuilah bahawa...AKU MENDOAKAN DOA SEBEGINI BUAT UMATKU SETIAP MALAM.." 

Tersentak Sayyidatina Aisyah. Difikirkan dirinya sahaja mendapat doa khusus ini, rupanya tidak. Umat Baginda seluruhnya mendapat doa ini setiap malam dari baginda. Subhanalllah. 

Jelas. Cinta baginda kepada kita tidak berbelah bahagi. Baginda malah menyebut nama kita setiap malam. Kita sebut tak nama Nabi setiap malam? 



A'RABIY ( ARAB PEDALAMAN ) MENANGIS   T_T

Kisah cinta Rasulillah SAW ana nukilkan lagi dengan harapan tersematnya cinta kita terhadap Baginda. Kisah ini berlangsung pada suatu hari yang ketika mana Rasulillah SAW sedang memberi syarahan ketika itu.

Belum sempat lagi Baginda SAW menghabiskan syarahannya, seorang A'rabiy datang. ( a'rabiy adalah masyarakat pedalaman yang kurang terdedah pada adab pergaulan orang badwi ). 

A'rabiy tadi dengan lantang suara bertanya kepada Baginda SAW walhal dia tahu Baginda SAW sedang memberi syarahan ketika itu.

"..Ya Rasulullah, aku ni dapat masuk Syurga tak kalau aku ni hanya solat, puasa, zakat dan haji ? !..."

Rasulullah SAW tersenyum. Tetapi baginda SAW tidak memberhentikan syarahnnya sebaliknya masih menyambung syarahannya sehinggalah selesai sesi syarahan Baginda SAW.

Seusai majlis itu, Rasulillah SAW berdiri bertanya semula kepada sekalian hadirin siapakah tadi yang bertanya semasa Baginda SAW memberi syarahan tadi. Lalu, disebalik tubuh tubuh para sahabat, A'rabiy tadi mengangkat tangannya seraya memberi isyarat bahawa dialah yang bertanya tadi.

Sekali lagi Baginda SAW tersenyum lalu berlaku hiwar (perbualan) antara mereka:

"..engkau tanya apa tadi? duhai a'rabiy.."

"..aku bertanya, adakah aku masuk Syurga jika dengan hanya bersolat, puasa, zakat, haji. Aku tidak mahu masuk neraka. Tapi, aku sangat sayang dirimu Muhammad.."

Baginda SAW tersenyum lagi. Disambut juga senyuman dari sekalian para sahabat disekitarnya. Suasana menjadi sangat harmoni, mereka meraikan soalan a'rabiy tadi.

Baginda SAW lalu bersabda:

"..engkau duhai a'rabiy akan bersama insan yang dikau kasihi itu.."

A'rabiy itu terkelu. Air mata fitrah jiwa manusia mengalir darinya tanda bahagia merasa dirinya akan bersama baginda SAW nanti di akhirat kelak..allah~

Apakah maksudnya?
Maksudnya, a'rabiy itu diberitahu oleh Baginda SAW bahawa dia akan bersama Nabi di dalam Syurga nanti. Subhanallah ! sebegini mudah masuk Syurga. Ya ! Ketahuilah, kecintaan kepada baginda SAW itulah yang memberi kegembiraan ke dalam hati Baginda SAW. Lalu, apa lagi yang lebih besar dari kita umatnya memberi kebahagiaan ke dalam hati Nabi kita sendiri? Tidak lain melainkan kegembiraan hati Baginda SAW diganti oleh Allah dengan Syurga..



DOAMU DISAKSIKAN DENGAN SENYUMAN :)

Seorang bayi tatkala mula bertatih berjalan semestinya akan jatuh malah sekali sekala menangis dek sakitnya jatuh atau mungkin tidak berjaya 'sampai' kepada ibu atau bapanya yang menuggu di sana. Itulah bayi. Timbul persoalan, kenapa si bayi tadi tidak pernah berputus asa untuk terus bangun dan terus bertatih lagi walau air matanya pun belum lagi kering. 

Benar ! Rasa diri dihargai. Itulah sebabnya. Si bayi tadi yakin bahawa walau sebanyak mana pun dia jatuh, walau sebanyak mana dia tersemban mahupun menangis, dia tetap akan dipeluk di penghujung 'jalannya' nanti. Ia tetap akan dicium dan diraikan oleh ibunya yang setia menanti penuh senyuman di seberang sana.

Lalu, sebagaimana perasaan dihargai ini ada pada si bayi untuk mendapat pelukan si ibu, perasaan ini jugalah yag disemai Rasululillah SAW kepada umatnya. Kita juga dihargai !

Baginda SAW telah berjanji walau sebesar mana pun dosa umatnya, walau sesukar mana pun prosesnya, Baginda SAW akan sedaya upaya untuk menyelamatkan umatnya dari sambaran api neraka kelak. Adakah kerana baginda dibayar atau diupah untuk buat semua ini? Tidak. Baginda bertindak sebegini hanya kerana cintanya akan umatnya..demi umatnya, apa sahaja akan dilakukan.

Lalu, kita si bayi. Wajarkah kita si bayi tidak mencintai ibu kita yang setia disana menanti untuk memeluk dan mencium kita? Wajarkah? Wajarkah kita berputus asa dari menyemai kecintaan terhadap baginda SAW? Sedarkah kita bahawa hanya Baginda SAW sahaja mampu memberi syafaat kelak?

Aku, si bayi. Tidak mahu berputus asa. Aku akan terus menyiram cinta ini walau ada kalanya cinta ini pudar dek terhakisnya iman dan amal. Namun, aku yakin, usahaku berbaloi kerana pelukan dan belaian ibuku nanti akan menghilangkan segala kesakitan aku semasa bertatih ini. Aku tidak akan pernah berhenti menghidupkan sunnahmu kerana aku tahu, dikala aku berdoa, aku diperhatikan olehmu Nabi SAW dengan senyuman dan linangan air mata rindu.



ANA KENAL ENTA, DIN :)

Walau agak terlalu berimaginasi, tetapi inilah hakikatnya. Kelak di hari akhirat kita akan berkumpul semua sekali bersama. Seluruh umat bersama para nabi dan kuffar la'natullah. Di kala itu, sudah tidak bernilai segala pangkat, kekayaan, kemuliaan melainkan insan yang hadir dengan hati yang tenang.

Lalu, Baginda SAW akan mengepalai seluruh umat manusia menghadap Allah memohon supaya umatnya terlebih dahulu yang masuk Syurga. Allah memperkenankan. Hoo~ Alhamdulillah, bestnya jadi umat Nabi Muhammad SAW.

Lalu, cuba kita bayangkan masing masing, baginda SAW memanggil nama demi nama umatnya untuk mengirinya masuk ke dalam Syurga.

Cuba letakkan nama kita, barulah kita rasa bangganya nama kita diumum dihadapan trillion umat manusia. Waaaw~ Allahumma ameen. :)



INILAH UMATKU

Sepuak manusia dipisahkan dari yang lain, lalu Nabi Muhammad SAW dengan penuh bangga mengishtiharkan di depan seluruh khazanah manusia yang hadir. "..Inilah umatku.." Berbanggalah kita kerana turut sama berada di dalam kelompok itu. :)

Tapi.

Adakah Nabi kenal aku? Macam mana Nabi kenal? Aku tak pernah jumpa pun Nabi, Nabi pun tak pernah datang dalam hidupku? 

Benar. Nabi mengenal umatnya dengan bekas wudhu' yang terpancar dari segenap anggota wudhu..dan dengan kecintaan hati Baginda SAW terhadap umatnya yang merinduinya.. :)

"..Aku Aku Ya Rasulllaah ! Aku disini !..Nampak tak kaki aku ni bercahaya..ini wudhu'ku, ini ! lihat...air mata ini pernah mengalir kerana rindu kepadamu duhai Rasul !! ..aku juga umatmu Ya Habib.."

"..YA, kamu, mari ke sini, engkau umatku.."

^_^

* Ya Allah, pertemukanlah diriku, ahli keluargaku, guru guruku, kaum kerabatku, sahabat sahabatku, serta sekalian umat Islam yang mempunyai hak ke atasku dengan Baginda Nabi Muhammad SAW di dunia dan di akhirat kelak...amen ya rabbal 'alamien.

No comments:

Post a Comment