Sunday, August 28, 2011

'Eid Mubarak.

Bismillah.
Solawat serta salam terindah buat Junjungan Besar Baginda Rasulillah SAW seterusnya buat qarabat baginda yang dirahmati lalu kepada sekalian umatnya yang dicintai.

28 Ramadhan 1432 H

Bersyukur ke hadrat Ilahi, diberi nafas untuk terus hidup sihat 'afiat selepas beberapa ketika diuji dengan musibah kesihatan. Alhamdulillah.

Point point ditulis demi mengejar masa suntuk 30 minit diberikan ibunda untuk 'rehat'. :)

Muhasabah diri sendiri.
Oleh sebab tahun ini tahun terakhir kita di bulan Ramadhan. Renung sekejap sejauh mana Taqwa itu menusuk ke hati kita atau sekadar meniti di bibir dan tulisan semata mata. Menghampiri tirai akhir Ramadhan. Sama sama kita kejar peluang saki baki masa yang tinggal untuk gandakan 'amal ibadah dan berbakti pada mak ayah. Peluang hanya datang sekali. Tahun depan belum tentu. Insya allah.

Minta maaf & Selamat Hari Raya 'Aidilfitri. 
Lisan mana yang tidak pernah mengguris hati manusia. Tabiat sesiapa pun mesti ada khilafnya. Lalu, disebalik sejuta kekhilafan itu, saya dengan rendah hati bermohon ampun maaf atas segalanya dari sekalian yang mengenali diri kerdil ini. Khusus buat mujahid Ma'hadi sekaliannya sama ada sebaya, senior mahupun adek adek kecilnya sekaliannya semuanya. "Maaf dari Mat Din. Sayang kamu." :) 

Juga kepada kawan kawan sepengajian dan seperjuangan di bumi Melbourne sana yang tercinta lagi terchenta. "Sorry guys. Love you" :) 

Tidak dilupa pada sekalian follower atau yang sudi baca tulisan buruk ini saban hari. Minta ampun maaf atas kekhilafan tulisan buruk disini. "Segala kesulitan amat dikesali". :)

Doakan saya dan keluarga.
Mengambil barokah Ramadhan dan Syawal yang bakal kunjung tiba, turut bermohon doa dan ingatan dari kalian untuk diri ini dan keluarga tersayang. Doakan kami semuanya. Semoga kami terus kuat dalam mendidik jiwa jiwa muslim ke arah kesempurnaan Taqwa disisi Allah.

Saya berdoa untuk diri dan kalian.
Ya Allah, perkenankanlah apa kiranya agar semua yang membaca entri ringkas ini dirahmatiMu setiap detik ketika. Walau dimana kami berada, sentiasa dinaungi rahmat dan perlindunganMu jua. Juga dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur dalam ketaatan lalu diangkat roh kami dalam nur Iman dan dipertemukan dengan Sayyidina Habib di akhirat kelak dalam senyuman bersama linangan tangisan kerinduan. Amen. Amen. Amen.

Akhir kalam.
'Eid Mubarak. Kullu 'aam Wa Antum Bikhair. Taqabbalallahu minna wa minkum. ^_^

Wabillahittaufieq wal hidayah.
Wassalamu'alaikum warahmatullah.


2 comments:

  1. eid mubarak syekh. kullu am wa anta bikair.
    maaf zahir batin.

    p/s : jgn lupa piala taqawa masih dalam rebutan ramai orang. Lumba jom!

    ReplyDelete
  2. eid mubarak ustazah. yeah, kullu 'aam wa antum bikheir.

    mekaseh ustzah. :)

    ReplyDelete