Friday, September 30, 2011

Hudud.

Bismilllah.
Solawat.


Semoga Allah memberkahi tulisan ini, amen.


Memberi respon kepada isu perundangan Islam yang semakin hangat diperbahaskan di segenap laman blog, saya merasakan untuk turut menyatakan pandangan dan sokongan. Walaupun saya bukanlah para 'alim ulama mahupun penganalisis politik mahupun pakar perundangan, saya merasa suatu kewajipan menyampaikan kefahaman kepada sahabat sekalian juga untuk diri ini seandai kefahaman sendiri tersilap.


Hudud Qisas Arahan Allah.


Pertamanya, kita kena kembali kepada asas. Hudud bukanlah suatu sistem perundangan yang datang dari mana mana ideologi politik mahupun dasar perjuangan suatu puak, tetapi ia dari kitab suci umat Islam sendiri. Siapa kita mahu menolak arahan ini? Klik disini.


Tidak malukah kita mengaku umat Islam walhal masih menyanjung sistem perundangan lain dan dalam masa yang sama langsung tidak mahu mengangkat sistem perundangan sendiri? Tidak takutkah kita mengatakan hudud tidak relevan sedangkan itu arahan Allah? Seolah kita sedang menafikan kewajipan solat, zakat, puasa dan lain lain perkara wajib kerana Hudud juga wajib. Mempersendakan dan memperlekehkan Hudud itu apa hukumya? Klik disini.


Sudah jelas di dalam al Quran yang saya rasa tidak perlu saya nyatakan dimana kedudukan ayatnya kerana sudah masyhur dan saya yakin semua orang tahu akan kewajipan hudud itu sendiri. Masihkah ada keraguan dalam hati kita akan kelemahan hukuman ini?


Hudud Untuk Yang "Super" Jahat.


Memetik dari video penjelasan dari al Fadhilah Ustaz Zaharuddin, sangat mudah difahami. Klik disini. Beliau menyatakan,  bertapa ketatnya hukuman hudud itu sehingga mahu menjatuhkan hukuman itu bukan sewenang-wenangnya. Tidak semua kesalahan mencuri itu dijanjikan hukuman potong tangan. Malah tidak semua zina itu dijanjikan hukuman rejam serta merta. Ada banyak penjelasan disebalik itu. Ini menandakan bertapa Islam masih menjaga maruah setiap penganutnya supaya tidak tersalah atau terburu menjatuhkan hukuman hudud.


Sebagai contoh, hukuman potong tangan. Sedarkah kita, jika anda mencuri selipar, Magee, atau topup, itu belum cukup untuk anda dijatuhkan hukuman sedemikian. Tahukah kita, banyak syarat telah digariskan oleh para alim ulama mengenai hukuman potong tangan. Kawan kawan, jika kita tidak jahat, apa kita mahu takut hudud? 


Antara Tidak Menyokong Dan Menghalang.


Mengenai sokongan, kita selaku umat Islam wajib menyokong usaha ke arah menegakkan perundangan Islam. Sekiranya kita tidak faqeh (tahu) dalah hal ehwal Hudud, itu tidak mengapa kerana memahami seluruh kaedah Hudud itu hanya Fadhu Kifayah, tetapi menyokong usaha ke arah perlaksanaannya itu wajib. Tidak tahu tetapi menyukai dan merestui usaha itu berbeza dengan tidak tahu lalu menentang pula.Menentang usaha melaksanakan Hudud seolah kita sedang menafikan kewajipan ia dilaksanakan. Jika umat bukan Islam bersetuju perlaksanaan Hudud kerana mereka tahu ia hanya untuk yang sangat jahat, maka apa alasan kita menolaknya?


Kesimpulan.


Jika benar undang undang Islam mahu ditegakkan, sudah tentu sejak hari pertama Malaysia merdeka, isu ini telah diperbahaskan. Kenapa kini? Kefahaman saya yang cetek ini pun sudah mampu menilai bahawa Hudud itu bukanlah suatu undang undang yang zalim, malah ia lebih mendidik dan menyeluruh. Masakan para cendekiawan dan pemerintah kini yang jauh lebih pakar dari aspek perundangan tidak memahami ketelusan Hudud. Sudah tentu mereka faham dan tahu. Lalu, apa masalahnya melaksanakan Hudud? Itulah yang menjadi persoalan. Apa sebab kerajaan kita menolak perlaksanaan Hudud? Sama sama kita renungkan. 


Wallahua'lam.





5 comments:

  1. sibghatallah. menarik, moga trus istiqomah.

    ReplyDelete
  2. semoga hukum Allah ini tertegak di bumi Malaysia,

    Jangan kerana politik, kita sanggup menentang hukum Allah. Kufur jawabnya nanti.....

    Manan Qayyim,Rakan Blogger
    post:Mak Redhakan Abang Pergi... Mampukah Kita Melafazkannya?

    ReplyDelete
  3. kak su : ensya allah. mohon doa jua dari kak.

    brader manan: amen, harap bro mana sehat sejahtera disana. teruskan perjuangan brader disana. =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, Hudud akan di laksanakan di kelantan. kita doakan agar undang-undang ini akan memebri impak yang baik kepada seluruh umat islam di malaysia.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. bersyukur kita menjadi rakyat qlate. itu satu ni'mat besar. semoga hati semua pihak yang menolak hudud akan terbuka satu masa nanti apabila melihat sendiri kelebihan perlaksanaan syariat islam. insya allah. =)

    ReplyDelete