Monday, January 16, 2012

Maaf Sahabatku.

Bismillah.
Solawat.

Muka monyok. Tak lalu makan. Selalu berseorangan.

Seorang kawan mesti dapat tahu yang kawannya tu dalam masalah. Tapi itu teori tak betul. Itu teori orang baca buku.

Aku tahu kau baca entri ni kawan. Aku minta maaf.

Aku tak tengok kau disana. Yang aku tengok, tulisan kau di fb. Semuanya ceria sahaja. Jadi, aku sangka itu tanda bahagia. Lagipun kau selalu duk gelak je dalam fb tu. Bila call skype pun, asyik duk sembang cerita lawak ja.  Sekali profile picture kau pun gambar yang comel. Mana nak perasan kau ada masalah.

Itu alasan aku.

Padahal ukhuwwah bukan seperti itu.

Ukhuwwah bukan dengan tengok muka, belanja makan dan teman kawan study.

Tapi ukhuwwah itu perjalinan hati. Memahami dan membantu masalah yang orang biasa tak boleh selesaikan.

Aku gagal.

Maaf kawan.

Lepas aku diceritakan, barulah sedar. Rupanya diri kau tak sebahagia itu. Diri kau gundah gulana sebenarnya.

Maaf kawan. Aku gagal jadi sahabat.

Aku tak ambil tahu.

Kalau kau susah nak maafkan, aku faham.

2 comments:

  1. kadang2, apa yang dilihat tak sepeti apa yg sebenarnya sahabat kita lalui..........

    semoga sahabat Din, tabah dan dipermudahkan urusannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. doakan dia ya abg manan. saya amat cintakan dia. semoga urusan dia dan kita semua dipermudahkan allah, amen.

      Delete