Sunday, October 14, 2012

Buat anak.

Bismillah.

Comot lumpur parit petang semalam, malam ini masih berdaki di betis anakku. Calar balar, kerut kasar didahi dan dikaki; hitam. Belum tentu pulang, walau sudah lewat petang dihutan. Bomoh dukun diperaja, seolah pasak bumi pantang raja tiada batas. Lemah diragut, perkasa berkuasa. Itulah saban hari. Itu zamanku.

Comot gincu kusam round-neck shirt semalaman ke rumah kawan bukan mahram. Calar bibir berbau mulut lagi berasap; hitam. Keluar berhari hari, pulang hanya sehari. Up to date diminda, raja segala raja. Tunjangmu hanya momokan mulut manis seseorang? Itulah saban hari. Ini zamanmu.

Bukan mudah melahirkan, lebih lagi mahu memelihara. Setiap malam, bukan cerita indah. Letih si ayah jua penat si ibu bukan kepalang. Walau sentiasa melonggak ke langit, anak bangsaku, rundukkan wajah ke bumi! Itu asal usulmu. Seperti kamu tahu anakku, dunia itu berpusing. Pusingannya sama ada dua; kau menangis lagi seperti aku, atau kau anakku...senyum disana.

Fikirlah...
Anak anakku..


No comments:

Post a Comment