Wednesday, January 26, 2011

Bila Sampai Waktu Ajalnya

Bismillahirrahmanirramin..
Wassolatu wassalamu 'ala rasulillah wa 'ala alihi wasahbihi ajma'ien.

Sebelum kita meneruskan lagi kehidupan kita hari ini, saya yang rendah ilmu ini meohon izin mengambil sedikit masa pembaca sekalian untuk sementara, ayuh..! saya dengan rendah hati mengajak sahabat sahabat sekalian merenung seketika. Tinggalkan seketika kesibukan dan tekanan belajar mahupun berkerja. Ayuh kita ambil sedikit masa bermuhasabah dan menginsafi diri sendiri.

Saudara/i sekalian,

Sungguh Allah Ta'ala amat menyangi semua hambaNya. Tidak kira kaum, usia, keturunan mahupun taraf kehidupan, Allah melayan dan memberi seadil adilnya Rahmat dan rezeki kepada setiap hambaNya termasuklah kita semua. Dia Allah Yang Maha Menyayangi sangat menyayangi hambanya sehinggakan tidak pernah walau satu deik melupakan kita apa lagi meninggalkan kita tanpa penjagaan sebegitu rapi dan tersusun. Sebegitu cinta dan sayangnya Allah kepada kita. Semestinya kita semua selalu melafazkan "alhamdulillah" atas perasaan syukur tidak terkira di hati sanubari kita. Teruskanlah melafazkan kalimat demikian..

Namun, dalam banyak banyak ni'mat dan keindahan yang dikurniakan setiap hari kepada kita, sedarkah kita ada satu ni'mat besar yang sedang terhidang di hadapan kita yang mungkin selama ini kita kurang hargainya.

Ya, tepat sekali! Ni'mat memiliki ibu bapa..

Sememangnya naluri suci suara hati manusia akan secara semulajadinya akan tersentuh jika membicarakan soal kasih sayang dan perasaan rindu terhadap ibu bapa lebih lebih lagi, ianya sudah tersimpul secara fitrah di dalam setiap hati kita semua.

video

Ni'mat ibu dapa sungguh tiada galang gantinya di dunia ini. Mereka berdua amat berjasa dan jasa suci mereka semua tidak mungkin dibalas oleh kita semua walau sekaya, seagung mana kita semua. Tidak pernah ada walau seorang manusia di muka bumi ini yang mampu membalas jasa ibu bapa mereka sendiri. Jasa mereka membesarkan kita, melahirkan kita, mendidik dan mengasuh kita semua. Merekalah dua insan pertama yang mula mula mengajar kita dan membimbing kita semua. Merekalah yang mula mula menyemai erti kasih sayang dalam jiwa kita semua.Saya yakin semua bersetuju jika saya katakan merekalah insan paling mulia dalam dunia ini, jua dalam hidup kita semua. Namun, sedarkah kita, kedua dua insan mulia inilah yang paling kurang kita hargai dan raikan dalam hidup kita.

Kita sering melupakan mereka. Mana tidaknya, dengan beralasan pelajaran, kerja, kesibukan berda'wah, urusan pejabat dan macam macam alasan..tanpa kita sedari kita sedang menghampakan hati dua insan mulia di dunia ini. Malah, lebih teruk lagi, kita sudah merasa cukup hanya sekadar menalefon mereka seminggu sekali bertanya khabar...Inikah layanan kita kepada insan paling mulia dalam hidup kita..?

Seringkali juga kita mengabaikan kehendak mereka. Mungkin dialog dibawah sudah biasa kita lafazkan, cuba renungkan kembali, jika kita sebagai Ibu yang sudah sebulan atau pun lebih menahan rindu semulajadinya terhadap anaknya, dikecewakan oleh anak kita sendiri..

" Assalmu'alaikum Naak.."

"Wa'alaikumussalam Umi..ade ape umi telefon ni..?"
*seolah olah si ibu mengganggu hidup kita

".tak ade ape, Umi hanya nak dengar suara anak umi sahaja..apa khabar Man disana..?"
*si ibu cuba menafikan fitrah rindunya dek anak yang keras hati tidak memahami ..wajarkah si ibu yang terlebih dahulu bertanya khabar anaknya atau si anak yang sepatutnya terlebih dahulu berbuat demikian..

"..alaah, Umi. Man sihat laah..tak perlu risau, kat sini semua beres dan ok je.."
*sudahlah si anak sombong tidak mahu menanya khabar Ibu sendiri, malah sudah mampu menunjukkan kononnya sudah mampu berdikari, kononnya x perlu lagi 'diselia' ibu sendiri..sombong sungguh hati si anak..!!

"..hmm, baguslah lau macam tu, senang hati Umi dengar..da makan ke..?"
*si ibu kita memuji dalam sebak, mengetahui yang dirinya sudah tidak mempunyai apa2 ma'nanya lagi dalam hidup anaknya sendiri, si ibu cuba mengalih topik untuk lebih mengambil masa bersama anknya yang disayanginya

"..hmm, tak makan lagi, nanti kejap lagi Man pegi makan ngan kengkawan..umi da makan ka..?"
*si anak menjawab seolah olah ini soalan ini ditanya kawannya, sedarlah teman teman, ibu kita bertanya kita makan atau tidak, bukan 'sudah' atau 'belum' jawapan yang dikehendakinya, tetapi si ibu hanya mahu satu, mengetahui khabar sungguh sungguh keadaan anaknya tapi anaknya dek terlalu biasa melayan kawan, sehingga sanggup melayan ibu sendiri juga seperti melayan kawan kawan..

"..ibu da makan, alhamdulillah tadi makan ngan abah kat dapur ni, biasalah lauk gulai ikan...cuma, umi makan banyak sikit hari ni hehe.., sebab abah sedikit tak berselera sebab demam, dah dua hari demam, entahlah kenapa, umi pun tak tahu..tapi, tak pa, abah ok je..Man tak yah risau.."
*bandingkan jawapan si ibu tatkala dia ditanya oleh anaknya, "..umi da makan ?"..si ibu memberitahu segalanya walau perkara itu tidak berkaitan pun dengan ahwal makan minum, namun si anak masih sombong, tidak mahu membuka hatinya.

"..eh, abah demam..demam kuat ke, nape ibu tak bagitau awal awal, lau tak boleh Man balik sebab esop cuti peristiwa kat sini, ni da lewat, tiket bas da abis laa..?"
*si anak terhegeh2 kononnya merasa sayang kepada ayahnya walhal sudah 5 hari tidak bertanya khabar pun sebelum ini..sungguh kejam layanan kita terhadap kedua ibu bapa kita

"..aih, tak pe2..abah elok je, demam sikit je..tak de apelah, abah kirim salam, Assalamualaikum.."
*si ibu cuba berdalih dan mengesat sebak di dada dek sikap kurang ajar anaknya, namun kesabarannya mengatasi segala galanya..sungguh tinggi pekerti si ibu

"..hmm, bagus la lau camtu, nanti lau jadi apa apa, umi bagitahu ye"
*inikah anak soleh..? ..mengharapkan berita dari si ibu seolah olah terlalu sibuk kita dari mengambil berat terhadap ayah kita sendiri

"..ye ye, tak payah bimbang, abah demam kejap je tu, nanti elok la tu..insya Allah, hmm..macam mana pengajian Man kat sana..? ..exam minggu lepas dapat berapa .?
*sekali lagi hati si ibu tergurisdan cuba mencari isu lain pula

"..hmm, macam tu je lah..exam dapat biasa biasa je.."
*jawapan inikah yang diinginkan si ibu?

"..alahai, buat lah betul betul..nanti da dapat result tinggi, Umi nak jugak merasa tengok anak Umi jadi orang peguam..hehe"
*si ibu masih terus bertahan, menyembunyikan perasaan sebenarnya iaitu rindu yang masih belum terubat dek perbualan hambar dari anaknya

"..iskh, Umi ni...ada2 ja..hmm, sebenarnya Ummi, kejap lagi Man ade kelas, lau umi telefon pukul 12 nanti boleh tak.?
*sungguh kejam si anak, cuba mengakhiri perbualan dengan insan mulia ini dek beralasan ke kelas walhal bukannya salah jika masuk kelas lewat 10 minit sebab ade urusan..sedarkah duhai si anak, kau sedang menipu diri sendiri..

"..ouh, Umi mengganggu ke..tak ape lah..nanti pukul 12 nanti Umi telefon balik ye..Assalamualaikum"
*alangkah kecewa si ibu, hasratnya untuk lebih lama bersama anaknya 'tersekat' dek sikap berat sebelah anaknya yang lebih mementingkan pelajaran dari ibunya sendiri


Mungkin perbualan diatas pernah dilafazkan oleh kita semua, mungkin juga tidak..namun inilah realitinya, kita sering berkata mengutamakan ibu bapa melebihi segala galanya, namun dalam masa yang sama kita tidak pernah mengotakan apa yang kita katakan..Ingatlah, jangankan kerana perbualan selama 10 minit, kita sudah merasa ambil berat, walhal Ibu bapa kita mahu lebih dari itu, malah dalam 10 minit itu pun, kita dalam tidak sedar tidak henti henti menyakiti hati Ibu kita..Semoga Allah membuka hati kita semua..ameen..

Itulah sahaja muhasabah kita pada hari ini, diharap mendapat manfaat buat renungan kita semua, sudah sejauh mana kita membuktikan kasih dan sayang kita terhadap dua insan mulia ini..

Wallahua'lam..

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Salam muhasabah..

    Hm..memang hati seorang ibu akn terguris andai sebegitu rupa layanan y dterima dr ank kesayanganny. Kak su nk bkongsi sdkit kata2 motivator tanah air y agk popular iaitu Dato' Dr. Fadzilah Kamsah y berbunyi.."Bagi mana2 anak y mndapat panggilan dr kedua ibubapany dek kerana ibubapany itu x dpt membendung lagi perasaan rindu akn anakny itu..maka, anak y mndapat panggilan itu ibarat anak derhaka."

    Apa y kita bole simpulkn d sini..dmanakah bukti kasih sayang kita..shinggakn dua insan mulia itu y cuba menunjukkan dulu tanda kasih n sayang mereka trhadap kita. Padahal, dgn adany kita pd hari ni y lengkap dbekalkan pakaian, makanan, adab, ilmu n didikan sudah cukup mmbuktikan kasih sayang mereka trhadap kita. Jd, rebutla peluang y msh brbaki ntah brpa lama lg ni..smoga kita mnjadi hamba Allah y beruntung, bkan hambaNy y 'GAGAL' mndapatkan keredhaan kedua ibubapany. (^_^)

    ReplyDelete
  3. Salam Muhasabah kembali..

    Benar sekali..ayuh manfaatkan ayah ibu kita.. =]

    ReplyDelete