Monday, January 24, 2011

Silau Mentari Pagi Ini

Alhamdulillahi rabbil 'alamien..
Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah Sallallahu 'alaihi Wasallam..

Syukur tidak terhingga ke hadrat Mu Ya Allah, hari ini aku masih dihidupkan dan sungguh, sangat bernilai hidupku ini yang dengannya aku mampu lagi tersenyum, tertawa, bersolat, berukhuwwah, menikmati makanan dan minuman, malah segala ni'mat yang dilimpahkan kepadaku masih Engkau relakan ia 'beroperasi' di hatiku, Alhamdulilah..


Ayuh sekalian pembaca, layan lagu dibawah sambil baca petikan nukilan selamba kat bawah ni..hehe
Lau ade masa, layan berulangkali pun x pa..insya allah kita rasakan semangat barunya..insya allah.~

http://www.youtube.com/watch?v=7cLMPo08Skc&feature=related

Mentari bersama, bersinar..kini aku mohon doa agar semangatku hari ini berbeza dari semalam..

Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam..
Ya Fattah, bukalah hari ini dengan penuh kenikmatan, keseronokan, keindahan serta kebahagiaan..
Ya Raheem, berilah rahmatMu kepada kami semua untuk hari baru ini..
Ya 'Aliy, tinggikan peribadiku serta angkatlah darjat kemuliaanku disisiMu..
Ya Razzaq, murahkan rezeki kami hari ini, moga ianya penuh keberkahan..
Ya Tawwab, aku bertaubat kepadaMu dari segala kesilapan dan kesalahanku semalam..
Ya Hayy, hidupkan daku hari ini penuh kegembiraan dan lanjutkannya sehingga ke akhiratku jua..
Ya Mumiet, matikan daku jua dalam kegembiraan semangat ingin bertemu denganMu..
Ya Rahman, rahmatilah seluruh hidupku dan kegiatanku hari ini...ameen ya rabbil 'alamien..

Ya Allah..
terlalu besar pemberianMu terhadap hambaMu..
apa yang Kau inginkan hanyalah hambaMu bahagia, gembira dan sentosa..
benarlah RahmanMu..
sudah terbuka mata hatiku..
sebenarnya segala disekelilingku ini..
tidak lain hanyalah hiasan indah bertujuan agar diriku merasa kecintaanMu terhadap hambaMu..
terlalu kasih Dikau Ya Allah terhadapku, alhamdulillah..
kini ku mengerti mengapa Engkau ciptakan kesejukan, kasih sayang, cinta, serta rindu..
jua Kau inginkan seluruh hambaMu merasakan secebis kasih sayang sebenarMu yang jauh lebih besar..
terhadap sekalian hambaMu ini..


Lagu di atas ku dedikasikan jua buat bang Faiezi, Pak Firdaus serta seluruh jentera penggerak ESQ 165 Training, moga jasa kalian berusaha bersungguh menyedarkan hatiku yang lalai ini, sungguh tatkala hati ini mengecapi indah ketenangan dan cahaya kasih sayang, dirasakan seluruh dunia ini sebenarnya sungguh indah dan bukan ia diciptakan untuk kita bersedih..benarlah bahawa jika kita kenal siapa kita, nescaya akan dirasakan kebahagiaannya..akan ku ingat ungkapan kalian itu, terima kasih abang2 ku sekalian..cayang kalian..muaah.~
Tidak lupa kepada sekalian sahabat yang turut serta...Hazwan, Manan, Syed, Rasydan, Zul..
Semoga kita dapat aplikasi apa yang kita pelajari di sana..
Jua didedikasikan buat sesiapa sahaja yang membaca blog usang ni..
Moga ukhuwwah antara kita senantiasa terjalin utuh dan teguh sepanjang masa..ameen.
=]   =)   :]     :)    =]    =)   :]    :)     =]     =)     :]    :)      =]     =)      :]     :) 



No comments:

Post a Comment