Friday, February 4, 2011

Yassirlana Ya Allah..Ameen

We all HATE you Mubarak!!
STOP!!


Inilah cebisan slogan anti kerajaan yang menjadi luahan dan laungan lebih lima juta rakyat Mesir yang berhimpun di Medan Tahrir ketika ini. Suara ini mungkin telah terbuku di hati mereka sejak 30 tahun yang lalu atau mungkin sejak era Diktator Anwar Sadat lagi, boleh jadi saja. Bagi saya, segalanya mungkin kerana era kedua dua pemimpin Diktator ini tidak jauh beza corak pemerintahannya. Persoalan sejak bila itu mungkin boleh dibahaskan kemudian, namun bagaimana jika kita ubah sedikit soalan tadi menjadi "Sampai bila..?"

Banyak pihak mengeluarkan andaian, tidak terlepas juga beberapa orang sahabat pena blog saya antaranya [Saujana Mata Hati], [Syabab Muhammadi], [Minda Jiwa Hamba]  yang turut memberikan banyak buah fikiran mengenai isu Suara Rakyat Mesir ini, lalu tidak salah rasanya jika saya jua ingin turut memberi sedikit pandangan. 


Jika era Hosni Mubarak ini mengalami kejatuhan hasil dari revolusi rakyat ini, maka seharusnya rakyat Mesir boleh berbangga kerana merekalah antara negara utama yang menjejaki langkah Tunisia yang berjaya menggulingkan Diktator Ben Ali dari terus memerintah.Siapa sangka hanya 42 jam diperlukan untuk menukar zaman pemerintahan Diktator kepada Demokrasi Berpelembagaan disana.


Signifikannya, hal ini seolah olah memberi gambaran semula bagaimana era kejatuhan lagenda kepimpinan Mesir suatu kurun dahulu, siapa lagi kalau bukan Fir'aun yang pernah menguasai Mesir di zaman kenabian Nabi Musa 'alaihis salam. Jika kita belek kembali sirah ini, jelas bagaimana Fir'aun jauh lebih zalim berbanding pemimpin Mesir pada masa kini. Jika dahulu, penentangannya dimulai oleh seorang insan bergelar Nabi, mungkin kini, Mahmoud El Barade boleh menjadi tonggak utama cetusan suara api ini. Bukan niat saya menyamakan beliau dengan Nabi Musa, jauh sekali. Cuma, apa yang saya ingin sampaikan bahawa Allah berhak menghantar siapa sahaja dalam kalangan hambanya untuk menjadi peneraju kebangkitan dan Dia jua berhak menggulingkan siapa sahaja yang Dia kehendaki.


Seperti doa yang selalu dibaca di bening hari :



اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين
Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
Mungkin doa inilah yang menjadi penyuntik semangat besar ke dalam jiwa para Mujahideen di Mesir untuk terus bangkit menentang pemerintahan zalim disana. Walaupun ada pihak beranggapan, "..bukan semua yang berdemo itu mahu kerajaan Islam, mereka hanya tidak berpuas hati dengan Hosni..", namun saya optimis, inilah era kebangkitan Islam disana. Ini kerana walaupun tidak semua, namun sebahagian besar anggota reformasi itu adalah sahabat kita semua Ikhwanul Muslimin. 
Jika Fir'aun dimakamkan dalam satu Muzeum yang terletak berhampiran Medan Tahrir itu, dan mayatnya masih boleh dilihat pada hari ini sebagai simbol kezaliman sebuah kerajaan, siapa tahu dimasa akan datang akan terbinanya pula satu lagi Muzeum khusus bagi mengingati detik detik era pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak pula. 
Walau apa sahaja yang berlaku di masa akan datang, saya berdoa semoga Allah membuka hati kita semua dan seluruh rakyat Mesir serta seluruh umat Islam, sedarlah kita, sudah tiba masanya Islam yang dikau banggakan selama ini di Era Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah kembali dijulang dan diangkat setelah ianya dihina berkurun kurun lamanya. 
Masjid Umayyah

As Sakhra & Masjid al Aqsa

al Fateh
Jika dahulu Sayyidina Omar al Khattab mengepalai angkatan tentera menakluki sekitar Madinah.
Jika dahulu Salahuddin Ayyubi mengerah mujahiden menakluki Palestin.
Jika sebelum ini, Sultan Muhammad al Fateh menggempur Kota Kostantinople.
Adakah mustahil bagi kita kini menguasai dunia.?
Adakah mustahil kita memerintah Negara tercinta kita tanpa dikongkong mana2 kuasa autonomi.?
Adakah mustahil rakyat bebas mengamalkan Islam tanpa sebarang sekatan dan ancaman.?
Adakah mustahi kita mampu membina semula Khilafah Islamiyyah ..?
Tidak mustahil, sahabatku sekalian.
Sekian
Salam Ukhuwwah.
Salam Perjuangan.
Wallahu a'lam..

No comments:

Post a Comment