Wednesday, May 4, 2011

Amin Ya Rabbal 'Alamien

Bismillah.
Solawat serta salam buat Junjungan Kekasih Agung Rasulullah SAW, jua buat sekalian kaum kerabatnya, para Sahabat yang dirahmati Allah jua sekalian para pengikut Syariat Baginda sehingga ke akhirnya.


4 Mei 2011, aku sudah 19.


Alhamdulillah.


Kata Umi, "..dah besar tu kena berubah, jadi matang la sket..". 
Mungkin sebelum ini sikapku kelihatan kurang matang. Dan memang aku akui, aku tidak matang. Menghadapi mehnah cabaran dunia remaja yang semakin mencabar, bukan semudah yang disangka. Juga kurang matang mengatasi tipuan Syaitan yang sekian lama menemaniku. Allah, bantulah aku.

Namun, disebalik ketidakmatangan ini, ada sesuatu kebanggaan yang aku rasakan. Kebanggaan yang bukan berkisar dari nafsu, mahupun dari ketamakan. Tapi kebanggaan hakiki.

Menjadi kebanggaan bagiku, tatkala ini aku masih bergelar seorang Muslim. Aku masih bergelar seorang Mu'min. Alhamdulillah.

Duhai Tuhan,


Sejak aku dilahirkan sehingga ke hari ini, Alhamdulillah segala sarananMu masih ku cuba ikuti. Walau ada ketikanya diri ini renggang denganMu, aku kelihatan 'tidak bermaya' mentaati syariatMu, namun daku tahu ini fitrah nafsu sepertiku. Tapi, atas segala kesalahan, aku mohon ampun. Astaghfirullah. Alhamdulilah.


Duhai Tuhan,


Surat ini ku tulis menyatakan kesyukuranku terhadapMu. Walaupun daku surat ini tidak mampu membalas jasaMu memberi daku kehidupan selama 19 tahun ini. DiriMu tidak pernah leka walau sedetik menjaga nafas helaku, mengatur alir darah denyut nadiku, mengisar saluran makanan menyerap zat dan vitamin keperluan badanku. Malah mengendali tekanan fikiran dan kerahan ingatanku, alhamdulillah.


Alhamdulillah


Kebanggaanku mampu bertaut dibawah payung redhoMu, itulah kebanggaan yang teragung buat diriku. DiriMu dan KasihMu jauh mengatasi kasih si ibu terhadap anaknya. Jauh menandingi kasih si bapa terhadap anakandanya. Juga jauh mengatasi kasih pemerintah pada rakyatnya. Malah kasihMu duhai Tuhan tidak berbelah bahagi terhadap setiap hambaMu, termasuk jua diriku yang kerdil ini.


Namun, sebagaimana Engkau rela mentadbir diriku ini, aku merasa malu, mengapa aku juga tidak seteguh ini beribadah kepadaMu. Mengapa tidak sekukuh ini juga pengorbananku terhadap agamaMu.


Duhai Tuhan,
pernah suatu hari, diriku terbaca sepucuk surat dariMu.
Engkau berfirman:


Ertinya : 
" Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri "  

Ayat ini membuatkan daku tersentak. Sungguh, diriku berhenti membaca al Quran seketika. Oleh kerana bahasa ayat ini sangat senang difahami membuatkan aku tidak perlu berfikir panjang. Aku terus merenung jauh ke dalam diriku.


Ya ALlah, bertapa banyak kesalahan dan kezaliman yang daku buat ke atas diriku sendiri. Bertapa banyak suruhanMu daku langgar, dan bertapa banyak amaranMU daku rempuh jua.


Sungguh daku yang menzalimi diri ini, bukan DiriMu duhai Tuhan. Terlalu banyak jasaMu terhadapku, terlalu banyak pengorbananMu terhadapku.


Aku mencintaiMu Duhai Tuhan. Ya Allah.


Sampaikan juga cintaku ini kepada Kekasih Hatiku, Sayyidina Mustafa Muhammad SAW.


Duhai Kekasih,


Aku tidak mampu menulis surat buatmu duhai Kekasih, kerana tatkala hati ini membandingkan diri ini dengan segala Sunnahmu, Subhanallah, jauh. Teramat jauh diriku dapi dipeluk olehmu duhai kekasih.


Dirimu seorang Rasul, dirimu seorang Penghulu segala Nabi.
Dirimu seorang Perdana Menteri sebuah Daulah.
Dirimu seorang panglima perang.
Dirimu juga seorang ayah sebuah keluarga mulia, masakah layak diriku menghampirimu.


Sungguh, teramat jauh segala contohmu dari diriku. Sebab itu, daku malu menulis surat kepadamu duhai kekasih. Cukuplah kepada Zat Rabbul Jalil. Zat Yang Maha Penyayang. Biarlah Cinta kita disaksikan olehNya sahaja.


Duhai Maulana,


Tidak tertahan diriku ini berhadapan denganmu. Aku terlalu rindu denganmu.


Ya Allah.
Terima kaseh. Terima kaseh sudi menjaga seorang hambaMu ini dengan penuh jagaan. Dan aku bermohon, Engakau teruslah menjaga hatiku, Imanku serta Islam ku. Amen. Jadikan diriku antara waliMu, amen.

7 comments:

  1. semoga usia yg kian meningkat ini menjadikan dikau terus istiqomah dlm jalan ini.... Sebagai mana kata2 daripada bait kalimah yg engkau curahkan dalam setiap aksara indah dalam simpanan Maya ini....

    Post Terkini: Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah? | Ust Hj Zaharuddin

    ReplyDelete
  2. ustazd manan: amen. amen. la haula wala quwwata illa billah.

    ana yg cetek ilmu ini memohon bimbingan dari segenap pihak terutama antum yg lebih berpengalaman dan berhikmah dalam da'wah.

    sudilah apa kiranya mengambil ana menjadi anak didikmu, syukran jiddan. :]

    ReplyDelete
  3. dgr ckp umi tu....hdpi smua dgn matang...don't be childish... :)
    may ALLAH bless

    ReplyDelete
  4. alia : insya allah, amen.

    dah sifat anak laki ni suka bermanja ngan umi. hehe~ Jadi nak buang tu amek msa sket. insya allah lepas ni ok la tu, amen.

    mekaseh.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Adik Din, Alhamdulillah kita masih Muslimin. Tahniah utk usia ke 19, semoga hidup anda diberkatiNya! Salam ukhwah!

    ReplyDelete
  6. moga terus istiqomah adikku.
    padamu tergantung harapan pada ummah.
    moga beroleh redhaNya.

    ReplyDelete
  7. Kembara : wa'alaikumussalam. Alhamdulillah, kita semua masih Muslimin..Terima kasih banyak banyak..amen. Semoga enta juga disana dirahmati Allah hendaknya, amen. :)

    Sumayyah: amen..amen..terima kaseh sudi doakan ana..semoga Allah jua membuka seluas luasnya pintu rahmat buat ustazah, amen. :)

    ReplyDelete