Sunday, May 15, 2011

Didikan Seni Seorang Murabbi.

Bismillah.
Solawat serta salam buat Kekasih Junjungan Sayyidina Maulana Muhammad SAW serta sekalian kaum kerabatnya, para sahabat yang terpilih serta sekalian pejuang agamanya sehingga ke hari akhir.

Sempena 16 Mei, selamat Hari Guru ana ucapkan buat sekalian para guru khususnya sekalian Murabbi Ma'had Muhammadi Lilbanin. Jasamu amat berharga dan kami warga pelajar tidak akan pernah melupakan segala nasihat antum. Antum Ahbaabuna !

Sedikit cerita dari ana sebagai tanda kenang kenangan buat semua para mu'allim Taman Ma'hadi. Namun, cerita ini hanya melibatkan ana dengan seorang ustazah, seorang jiwa Murabbi yang bagi ana permata diantara manikam berharga Taman Ma'hadi....hehe sebagai mewakili jutaan khazanah coretan indah kenangan di Taman Ma'hadi suatu ketika dahulu. 

6 tahun yang lalu..di Sofful Awwal al-Makkah..
"..ismi Ustazah Nur Irmaizatul Asiah Zulfah bt Bunyamin. Ana askunu bijaanibi 'asimatul Kelantani, wal aan, ata'allamukum fi maadah al Muthola'ah. Hmm, arjuu ilaikum jami'an an yata'allamu bil ijtihad, sa insya Allah, Nasrullah ma'akum..Toyyib, man anta?.. "  
 Ustazah Irmaizatul Asiah Zulfah bt Bunyamin; Murabbi Subjek Mutala'ah Tingkatan 1 & 2. 
Inilah antara lafaz perkenalan pertama antara ana dengan Ustazah Asiah, yang merupakan salah seorang dari sebegitu ramai warga pendidik Ma'had Muhammadi Lilbanin. Sebut sahaja nama Ust Asiah Zulfah, semua orang akan tertunduk dan terkesima dengan ketinggian nilai ilmunya dan keluhuran akhlaknya. Malah, jika sehari tidak berpeluang mendengar kuliahnya, seperti merasa kehilangan jutaan bongkahan ilmu, masakan tidak, huraian serta contoh dan gaya bahasa mudah yang dilontarkan oleh ustazah banyak membantu kami para pelajar memahami dan menghayati pelajaran kami.

Saat indah bersemuka dengan insan unik ini, sungguh indah apabila dikenang kembali. Akhlak pekerti indah dan kelembutan didikan dan belaian Tasauf yang disemai masih ana ingat sehingga ke hari ini, terima kaseh ustazah. 

Masih segar diingatan, saat ana berdepan dengan beliau di marhalah tarbiyyah sofful awwal ma'hadi.  
"..toyyib ! buka muka surat 24, hari ni kita beralih pada bab baru, "وفات رسول الله صلى الله عليه وسلم". Baik, minggu lepas ana da suruh salin bab ni, sapo hok tok siap, bangun !.."
Maka, ana pun bangunlah dengan muka merah padam, menahan malu. Tidak siap kerja rumah tambah lagi kerja ustazah Asiah amat memalukan. Namun, ana redha. Cubitan dan libasan rotan direlakan singgah ke perut dan tangan...uuh! Sakit! 
"..semula jange ado ore tok siap salin kerja ana bui..ana tok se ore nok ngaji ilmu tapi tok serupo ore nok ngaji....hmm, mari ma'had bia niat belajar sungguh sungguh...jange main main..hmm, apapun, jange ule lagi, Izzuddin, dengar dop? !..ana tak maroh ko enta, ana maroh ko Syaitan dalam diri enta hok wat enta jadi malas nok salen tu..hmm, paham !.."
T__T Ana angguk. Huuu~ Kenangan tinggal sejarah tapi leteran ilmu dari ustazah ana simpan jadi azimat ana sampai bila bila. Azimat berharga..sungguh berharga.

Bahkan, apa yang ingin turut kongsikan adalah, peribadi Ustazah Irmaizatul Asiah ini sangat hebat! Didikan 'tegas dalam lembut' dikagumi ramai. Berperawakan biasa, berjubah hitam labuh, bertudung hitam kosong, menambahkan rasa hormat para murid pada beliau. Seorang ustazah yang suka tersenyum tapi tidak suka merenung di mata pelajar juga menjadi buah mulut kami para murid. Kami bertambah thiqah akan peribadi unggul ustazah dari sehari demi sehari. Semakin lama mengenali diri ustazah semakin tinggi rasa hormat kami. Ustazah mampu menjaga diri dan hati walau ditenggelami ribuan penuntut yang semuanya terdiri daripada kaum lelaki. Subhanallah. 

Sambung cerita..masih di kelas itu..
"..Toyyib, antum semua tahu, Rasulullah SAW wafat tanggal 12 Rabi'ul Awwal..di saat Baginda masih merasa sayang dan cinta terhadap umatnya, sehinggalah Allah memberi pilhan kepada Baginda lalu menguji cinta Baginda, yang mana lebih Baginda cintai, umatnya atau ALlah...selepas Baginda menjawab 'Allah', maka dikala itulah sakaratul maut datang..menjejak dan menjemput roh mulia ini untuk terus meninggalkan umatnya..meninggalkan kita semua.."
Dengan tidak semena mena, ustazah berhenti bercerita kepada kami. Bait bait kata indah yang terkias terhenti seketika. Semua sahabat ana yang kyusyuk menyalin maksud dan huraian berhenti menulis. Semua tertanya tanya, mengapa ustazah memalingkan mukanya dan berdiam diri?

Ana mendongak, melihat pada raut wajah ustazah, merasa hairan mengapa ustazah berhenti menterjemahkan dan menghuraikan 'kitab mutalaah' kami.

Dan dikala inilah, semangat kami para penuntut ilmu terugah dan terusik. Kami menyaksikan dengan mata kami sendiri linangan air mata kesedihan ustazah mengalir dari muka suci ustazah. Air mata jernih mengalir dari mata yang kemerahan menahan sebak mengalir bertalu talu seakan tidak mahu berhenti. Subhanallah. 

Kami melihat ustazah cuba menutup muka dengan labuhan tudung, tapi kami para murid sudah dapat mengerti, ustazah sebenarnya merasa sebak dek kerana tajuk ini mencuit kerinduan dalam hati ustazah sendiri.

Sungguh !

Disinilah kami para pelajar mula mempelajari dan mengerti nilai ilmu pada menghayati bukan pada hafazan dan  pencapaian dalam peperiksaan. Ustazah memberi inspirasi kepada kami untuk berubah. Belajar bukan kerana perjuangan akademi, tetapi mencari penghayatan dalam mesej yang dibawa Rasulullah SAW. Dari air mata ustazah, kami mengerti nilai kasih sayang mengalahkan tuntutan pembelajaran dan pencapaian. Kami juga dapat merasakan bertapa tulus hati ustazah mendidik kami. Bukan sekadar menghurai dan menjelaskan persoalan kami, tetapi menanam seni mahabbah kepada Rasulullah SAW. Semuanya kerana air mata ustazah...kami mampu mengerti, bukan hanya zahir kita menuntut, tapi bahkan batin kita menghadam apa yang kita telaahkan.

Sungguh, inilah antara bibit pertama kecintaan ana kepada Rasulullah SAW mula memekar. Di saat ini juga perasaan mendalami Mutalaah berubah, dari pelajaran yang paling bosan kepada pelajaran yang paling menyentuh jiwa. Semuanya kerana jasamu duhai ustazah...Syukran Ustazah. 

Ana mendoakan kesejahteraan hidup ustazah dan keluarga. Semoga segala ilmu, didikah asuhan dan nasihat yang dicurahkan akan ana ingati dan amalkan, Insya allah. Amen. 

Jasamu tiada berganti duhai Guru.

Selamat Hari Guru.
Murabbi Perintis Asuhan Berakidah Ummah.

3 comments:

  1. Perkongsian menarik,tapi maaf saya tak sempat nak baca.insyaallah ada masa mlm ni saya baca habis.

    ReplyDelete
  2. Slmt Hari Guru buat mu shbtku, guru 'muda'ku.

    Ana sempat bljr brsm Ustazah Tingkatan 2. Sungguh, beliau ustazah yg hebat.

    ReplyDelete
  3. ijoks2009: terima kaseh. saya masih lagi seorang student..pelajar, mengharapkan tunjuk ajar dari bro yang dah berpengalaman dalam penulisan blog ni..apapun, saya hargai dan sangat terharu bro sudi singgah sini. :)

    Muizzuddin: aiwah ! demo la sifu ambo..mana la aku lawe master author supo demo din..kawe spo skalo jah..Din, kalu demo dea jupo Ust Asiah, tolong sampai slaam aku sekali ea..terima kaseh. :)

    ReplyDelete