Thursday, July 14, 2011

Solat Bersama Hati. :)

Bismillah.
Solawat serta salam ke hadrat kekasih hati Junjungan Besar Baginda Rasulillah SAW. Seterusnya buat sekalian para sahahabatnya, tabi'en dan seluruh umat Islam yang terus terusan mendokong perjuangan mulia Baginda Kekasih Rasulillah SAW.

13 Sya'ban 1432 H

Bangun pagi seperti biasa ke surau mahu bersolat Jemaah. Imam yang sama juga seperti semalam.

" ..Istauf Sufuufakum, fainna taswiyyatassufuufu min tamaamis Solah..Sollu solaatan waddi'e.."

Ini biasa dilafaz para Imam tatkala memulakan solat. Jelas. Memperingati makmumnya akan peluang solat hanya sekali. Tiada jaminan selepas ini dapat lagi bertemu waktu ini dilain masa. 

Entah kenapa kali ini, betul betul menusuk hati. Rasa macam nak sahut je cabaran Imam tu. Ok, sanggup! Nak rasai macam mana solat terakhir !
...

Bismillah.
"..Allah, aku akan mati lepas ni. Maafkan hamba, ini solat terakhir. Dipohon segala kemaafan, mintak ampun mintak maaf tuhan, aku hamba yang lemah. Terimalah solat yang terakhir ini..Terimalah seadanya..", bisik hatiku. 

Allahuakbar

Takbir Ihram bergema.

Bertakbir Ihram. Bermula juga 'takbir' dalam hati untuk turut serta dalam solat..

Mengenang segala dosa bertimbun dikumpul bertan tan sepanjang hayat. Adakah mampu terhakis dan terhapus dengan satu solat ini? Adakah hanya dengan solat dua rakaat ini, dosa besar dan kecil semuanya diampunkan? Bolehkah? Ya Allah, bolehkah? Boleh ke tidak? Ya Allah..

Perlahan lahan melafazkan doa iftitah. Doa yang sebelum ini dibaca laju sahaja, tapi kali ini lebih berhati hati. Sangat berhati hati. Kenapa? Yalah. Ini kali terakhir membaca doa ini. Baca betul betul..Hayati ma'nanya. Betul betul hayati ! 

Inna Solati Wa Nusuki Wamahyaaya Wa.. Wa mamati.. ..

Eh, kenapa ni? Kenapa kali ini tidak selaju seperti biasa? Kenapa susah mahu disebut "mamaati". Kenapa? 

Kelu. Tidak mampu meneruskan bacaan doa iftitah. Senyap sahaja. Melayan kejahilan, mengapa sebelum ini tidak pula dihayati sebegini. Mengapa hanya kali ini? 

Mulut mula bergetar. Suara tidak stabil. Mata pula entah kenapa pedih sahaja rasanya. Serba tidak kena. Mana suara ni? Kenapa bergetar pulak ni? Kenapa tak keluar ni? 

Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillahi rabbil 'aalamieen.... Amieen..

Amieen. Terketar ketar. 

Kenapa pula ketar suara? Sejak bila pula serak? Allah, ini betul betul ke? 

Aku nak mati betol ke ni? hah?! Eh, betulke apa aku rasa ni? Sudah sampai ajal? Mati ketika ini? 

Belum sempat lagi baca al Fatihah buat kali terakhir ni ! Duhai Tuhan, sebentar ! Ku pohon, belas ihsanMu, biarkan dihabiskan dahulu Fatihahnya. Izinkan. 

Bismillahirrahmanirrahim..Amen.

Habis juga al Fatihah. Masih serak suara. Tak apalah. Eh, apa ni. Ini dalam solat, kenapa mahu diingat perihal suara? Khusyuk la ! Ini solat terakhir! Uih, maaf Ya Allah. 

Senyap. Diam. 

Allahuakbar.

Mengikut imam ruku' bersama. 

Duhai tuhan, inilah ni'mat ruku' kepadaMu. Sungguh hati berasa bahagia diberi peluang terakhir ruku' kepadaMu. 

Maha Suci Mu Allah Yang Maha Mulia Dan Segala Puji Bagimu Tuhan. Engkau Sempurna, Engkau Terhebat, Aku Hina Ya ALlah, aku hambaMu yang hina lagi pendusta.

Sami'allahu liman hamidah.

I'tidal jugalah. 
Waah. Rupanya lega sedikit tengkuk. Rasa macam diurut sahaja. Lembut. Ishk, lalai lagi ! 

Allahuakbar.

Imam terus sujud.

Eh. Eh. Eh. Ya ALlah, zikir I'tidal. RuGiNyA ! Menyesalnya lagha! Duhai tuhan, nak sembahyang semula boleh tak? Tak sempurna lah solat Subuh ni. 

Sujud.

Kali ini, sujud ini istimewa kerana ia bersama air mata. 

Duhai Tuhan, ini sujud yang pertama dalam solat ini..dan sujud terakhir dalam solat di dunia ini. Allah. Sebenarnya hamba mahu mengadu sesuatu kepadaMu, sebelum ini tidak pernah disampaikan kepadaMu, tapi kali ini rasanya sudah tiba masa untuk meluahkan segalanya kerna ku tahu, inilah saat paling hampir diriku denganMu. 

Ya ALlah, aku mahu supaya selepas ini bila datang Malaikat 'Izrael, biarlah dia 'melayan' aku dengan baik. Aku tidak mahu..

Allahukabar.

Eh, dah habis sujud? Lajunya! Apa ni? Kenapa laju sangat ni?

Duduk antara dua sujud. Berdoa. Sedikit tidak puas hati dengan Imam. 

Kenapalah laju sangat ni, tak sempat nak mengadu pada ALlah lagi lah.

Allahuakbar.

Ha. Sujud lagi. Kali ni kena cepat.

Duhai Tuhan, jadikan Malaikat itu bermuka manis, datang berserta Rahmat. Duhai Tuhan, tatkala dia menarik nafasku, dikau lancarkan lidah dan hatiku untuk melafazkan kalimah Syahadah. Aku amat takut kalimah itu bukan kalimah terakhir dari hidupku. Duhai Tuhan, aku mahu supaya..

Allahuakbar.

Uuuh. Tak sempat lagi. Kecewa.

Rakaat Kedua. Hampir sama rasanya. 
Sehingga..

Tahiyyat akhir.

Duduk penuh sopan.

Allah. Dah nak habis solat ni. Ishk, tak puas lah. Kenapa dua rakaat je. Kalaulah dapat solat 100 rakaat, kan best. Banyak lagi nak mintak ni Tuhan.

Assalamualaikum Warahmatullah.

Eh, dah habis? Cepatnya Solat Subuh hari ini?  =.=' 




Lalu,
satu persoalan timbul.
Adakah benar benar cepat, atau hanya dirasakan solat ini sekejap?
Saya sendiri tidak tahu.

*dipetik dan diadaptasi dari karya sahabat.

Wallahua'lam. Sama Sama kita renungkan.
Nasihat Ustaz Upin & Ustaz Ipin. :)

2 comments:

  1. best sgt post nie...menusuk jiwa..ceeeh

    ReplyDelete
  2. terima kaseh kak ten.

    menusuk ke tidak ke dalam hati bukan bergantung pada post ini sebaliknya pada Zat pencipta hati itu.

    berterima kasih lah padaNya atas ni'mat itu. :)

    ReplyDelete