Friday, August 5, 2011

Demi Ibu, Saya Relakan Tubuh Saya.

Bismillah.
Solawat serta salam buat Kekasih Pejuang Baginda Nabi Muhammad SAW, Mujahid Agung Islam. Lalu, solawat bagi sekalian para sahabat yang terkemuka, seterusnya seluruh penerus Syuhada' sekaliannya.

4 Ramadhan 1432 H

" Jika mereka tembak ibu dengan peluru, saya tahanlah dengan tubuh saya " 
Jawapan seorang kanak kanak kecil berusia sekitar 7 tahun mengejutkan wartawan media antarabangsa. 

Inikah semangat kanak kanak Palestin? Sebegini berani?

Ya ! Mereka sememangnya amat berani. 

Dunia yang dikuasai Yahudi menyerang berdekad malah berabad terhadap Palestin. Hasilnya, masih sama. Setiap hari ada sahaja pengganti mujahidin mujahidah menginfaqkan diri mereka mempertahankan al Aqsa demi Islam.

Sekatan demi sekatan dilakukan. Ekonomi dibekukan, perhubungan dihentikan, juga keperluan perubatan sudah lama dihapuskan. Usahkan mengharap bantuan, keperluan asas tidak dibenarkan melepasi sempadan. Bertapa kuatnya sekatan terhadap mereka sehingga taraf kerakyatan juga dibatalkan. Seolah olah seluruh penduduk asal jadi pelarian dan sebaliknya bagi pelarian Yahudi. 

Namun apa kesan pada penduduk Palestin? Kecewakah mereka? Bersedihkah mereka? 

Tidak. Umat Palestin tetap sihat 'afiat malah semakin bertenaga mempertahankan hak dan terus menentang.

Tekanan ditambah lagi dengan memanggil bantuan dari Amerika, Australia dan England. Dikerah ratusan batallion tentera terlatih bagi membunuh seluruh penduduk Palestin demi misi mereka menguasai al Quds. Punggah habis semua kereta kebal, kereta perisai malah trak tentera sekali. Sekali imbas seolah Palestin sudah menjadi pengkalan tentera terbesar Amerika.

Berjayakah? Ya, tetap tidak. Umat Palestin masih sedia hidup disana. Silih berganti seperti biasa. 

Semakin tertekan, mereka guna cara lain. Diangkut pula kekuatan armada laut ke perairan Palestin. Ribuan armada perang bersama kelengkapan peluru jarak jauh mula melancarkan peluru dari arah laut ke darat. Setiap satu armada dikendali ratusan tentera laut Tentera Bersekutu. Campur semua sudah menyamai jumlah penduduk Singapura. Bersungguhnya mereka sampai seramai itu dikerah.

Hasilnya? Ya. Juga mengecewakan. Tetap tidak dapat membunuh semua rakyat Palestin. Jumlah yang syahid itu belum cukup bagi mereka. Lebih banyak peluru yang tidak menepati sasaran berbanding berjaya ke sasaran, kata mereka.

Tidak berhenti setakat itu, arah udara pula dimanfaatkan sepenuhnya. Ratusan pesawat pengangkut, pesawat pemerhati juga pesawat penggempur dibawa khusus untuk misi Palestin. Bukan tangan kosong, tetapi datang bersama bom berteknologi tinggi yang mampu menghancurkan apa sahaja yang dituju. Semua peluru berbisa diguna dan dilancar dari semua arah udara. Bertahun tahun, setia mereka melancar peluru kesana kemari, tetapi hasilnya? 

Mengecewakan lagi. Jumlah yang syahid tidak seperti yang dimahukan oleh mereka. Takkanlah guna ratusan peluru berpandu tetapi hanya sekelompok orang yang 'on target'.

Pening kepala mereka. Apa lagi nak buat ni? 

Mati akal mereka. Mati idea. Merasa hairan, mengapa sekian lama menggempur Palestin dengan cara yang paling hebat lah senang cerita, tapi hasilnya lambat sangat. Kenapa yang hidup masih ramai? Dari mana mereka datang?

'Di atas kertas', sepatutnya dengan jumlah kekuatan yang dikerah, ditambah dengan segala sekatan dan kekangan, mustahil masih ada walau seorang yang hidup di Palestin itu sekarang. 

Jawapannya?

Biarkan. Biarkan mereka tentera kuffar tercengang dengan semua ini. Mereka itu tentera kuffar, tidak beriman. Sememangnya tidak mampu memahami percaturan sepelik ini. Kalau anda pun rasa pelik, maknanya anda pun mungkin berjangkit dengan mereka, siapa tahu, na'uzubillah.

Tidak perlu hairan. Tidak perlu sangsi. Yakinlah dengan perlindungan Allah.
Sedangkan Allah telah berpesan kepada kita:

 Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. 
al Baqarah : 257

Allah itu Maha Berkuasa. Memiliki kuasa dalam segenap hal dan keadaan. Ragukah kita terhadap kuasa Allah melindungi penduduk Palestin selama ini? Insya allah, tidak.Tentunya ALlah itu lebih memahami perasaan dan keperluan rakyat Palestin dari kita semua. 

Namun, fahamilah. 

Bukan hanya berserah kepada bantuan ALlah semata mata, kita boleh berpeluk tubuh menunggu mereka tersungkur sendiri. Tidak, itu bukan yang dimahukan Allah. Demi ALlah, semua ini berlaku untuk menguji kita semua umat manusia, siapa dalam kalangan kita yang paling berani menyuarakan tentangan dan melancarkan tindak balas terhadap kuffar.

Jika ALlah mahu menghancurkan, sekelip mata ia bisa berlaku. Tetapi tidak pula ia berlaku. Ini bermakna ALlah mahu menunggu siapa dari kita yang terlebih dahulu berjuang dari segolongan lain yang hanya reti menangis dan menangis dan menangis.

Oleh itu, sebagai penutup bicara Rida Habib pada malam Jumaat pertama di Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, Rida Habib menyeru sekalian umat Islam untuk sama sama menginsafi diri dan merenung jauh ke dalam hati kita semua, adakah selama ini kita pernah berjuang bersama Palestin? 

Atau kita hanya mampu melaungkan slogan anti zionis sehingga pecah suara tetapi hakikatnya bukan sebegitu bantahan kita. 

Kita mampu berarak puluhan kilometer tetapi apa yang kita beri kepada mereka secara langsung? Ada atau tiada?

Kita mampu berkumpul menghantar memorandum tetapi sejauh mana bantahan itu menyerap ke hati kita sendiri?

Kita mampu menangis melihat video kekejaman Israel terhadap saudara kita disana. Lalu, apa susulan dari kita? Hanya mengesat air mata kemudian berlalu dengan hati yang hiba. Begitu?

Tidakkah kita merasa malu mengaku saudara kepada kanak kanak kecil tadi?

Sama sama kita renungkan...  
Wallahua'lam.  

7 comments:

  1. salam Ramadhan,

    insyaALlah, apabila mesir yang INI, kita mengharapkan sesuatu yang lebih baek kepada sauadara di PALESTINE..

    ReplyDelete
  2. subhanAllah, entri dan gaya penulisan yang cukup menarik.. saya doakan semoga Allah memberikan barakah pada setiap penulisan sahabat.. teruskan perjuangan..!

    ReplyDelete
  3. Mukhlis :
    Saudara kita di Palestin amat memerlukan bantuan kita semua. Bantulah semampu kita. Jika tidak dengan nyawa, susuliah dengan harta atau doa. Itulah kewajipan kita sesama saudara. :)


    Muhammad Nurislam :
    Syukran jazilan akhi sudi singgah kembali. Ana hanyalah pelajar biasa. Cuba mematangkan cara penyampaian melalui blog.Berasa terharu akhi sudi singgah kembali. Doakan ana juga. Terima kaseh. Ana doakan yang terbaek buat akhi. :)

    ReplyDelete
  4. subhanallah.. jiwa pejuang ini yg didambakan..

    ReplyDelete
  5. ust sakinah al aziz :

    benar. jiwa pejuang inilah yang menjadi haruman syurga kelak. semoga kita juga berpeluang bersama mereka disana, ameen.

    terima kaseh kak sakinah, sudi singgah sini. amat dihargai. :)

    ReplyDelete