Tuesday, November 29, 2011

Ketuk Lutut Kanan Nanti Kakinya Terangkat.

Bismillah.
Solawat.


"Wahai kalian manusia yang beriman, jika kamu 
menolong agama Allah nescaya Dia akan membantu kalian 
dan meneguhkan kedudukan kalian"

-Surah Muhammad : Ayat 7-


Faham Faham Tak Faham, Buat Buat Tak Buat.

Ayat al Quran, jika sekadar diperdendangkan dan dialunkan semata mata, lebih baik dibakar sahaja semua Tafsirnya. 

Ayat al Quran, jika sekadar dihafaz didada demi ingatan untuk dibaca tanpa tinta, lebih untung bersila dari bekerja.



Ayat al Quran, diterjemah dihurai ke serata benua, balik pak Arab yang tak reti bahasa.

Ayat al Quran, dibaca disaat majlis bermula, pendengarnya semua sibuk berbicara.

Ayat al Quran, dipasang di masjid saban waktu senja, kedai disebelah penuh sentiasa.

Ayat al Quran, diedar dicetak secara berkala, esok bertaburan seperti sisa.

Ayat al Quran, diajar bermula alif baa taa, sampai ke tua disitu sahaja.

Ayat al Quran, ditekan tajweed bagai nak gila, mengumpat orang tak apa pula.

Ayat al Quran, dialun pembaca yang sedap suaranya, sayang hanya untuk dilayan sahaja.

Ayat al Quran, dibuat majlis beramai dikata bahaya, duk seorang diri tak baca juga.

Ayat al Quran, dibaca seorang dikata bahaya, bila berguru kena sumpah ja kerjanya.

Ayat al Quran, dikongsi sebagai tazkirah dimana mana, sepintas dibaca itu pun seketika.

Ayat al Quran, digantung sebagai pendinding katanya, ditanya ma'na menggeleng semuanya.



Kitab al Quran, panduan dalam ilmu agama katanya, awat, ilmu lain tak ada ka?

Kitab al Quran, kitab utama teragung dan terutama, kenapa perlembagaan British juga dilaksana?



Kitab al Quran, jika hanya untuk di susun sedondon sesamanya, itu lebih menghina dari memulia.


Kitab al Quran, jika hanya mahu indah dipandangan mata, tolak tepilah soal GUNA !


Sejujurnya, saya berasa amat kecewa dengan cara al Quran dipergunakan sekarang. Walaupun semua ma'ruf itu adalah Kalamullah (Arahan Allah), kenapa? 

Masih ada suara sumbang tangan kotor yang masih tak berani bersumberkannya. 
Masih ada rasa curiga padanya.
Masih malu memartabatkannya.

Kenapa?

Seolah ia suatu dosa pula.

Sekian. 
Wallahua'lam.

p/s : peringatan untuk diri hamba sebenarnya.

2 comments:

  1. Bhai.... terasa kot baca... Baca dan faham maksud, tapi tidak amalkan, tidak diambil iktibar..

    ReplyDelete
  2. sama sama kita berubah ke arah kebaikan la bro. kalau x semua, sket pun xpa lah.

    aku tulis ni nasihat untuk diri aku jugak..

    ReplyDelete