Wednesday, December 7, 2011

Bismillah.
Wassolatu wassalamu 'ala Rasulillah. Wa Ba'du.


Hidup di dunia sementara
Itu semua orang tahu
Mati dan berada disana selamanya
Itu pun semua orang tahu, tak payah ulang ulang

Soal dosa pahala Syurga Neraka
Walau tak semua, hampir semuanya tahu
Soal redha murka ni'mat bala musibah bencana
Ada yang tahu dan sebaliknya

Soal iman taqdir syafaat
Ilmu ketuhanan peribadi mu'amalat
Hukum hakam ehwal syariat
Hanya segelintir sahaja tahu
Iya ka segelintir?
Atau tiada?

Realitinya, 
Yang tahu fiqh negara, matan hadis dihafal berjuta pun
Terus terusan bermadu asmara
Kocek penuh wang riba tak rasa apa
Cakap pusing sudah biasa
Tak apalah, merekakan 'alim
Segala dibuat jangan dibantah
Nanti tak berkat ilmunya, tak maju pengajiannya, tak soleh lagaknya

Yang peliknya,
Yang tak tahu pula terpinga pinga
Takutkan semua yang dilaku itu berdosa

Macam mana?
Ya !
Bila ditegur, mereka mengiya
Bila dipesan mereka tidak mendabik dada
Bila dinasihat mereka tidak bermuka muka
Buktinya?
Tengok sahaja sekeliling dunia

Walau selalunya
Yang tak tahu inilah 
Menjadi mangsa mulut si penahu belaka dalam ceramahnya
Menjadi bahan modal tawa ceria si 'alim bangka

Tak apa
Mereka tak putus asa..


Lalu,
Apa hal orang yang tahu ini?
Seolah tahu hanya sekadar penge-tahu-an
Apa manfaatnya?
Belajar tinggi tinggi hanya mahu makan gaji?
Belajar tinggi tinggi soal laksana tolak tepi?

Oh !
Mahu nampak gah dimata buana
Bahawa aku 'si tahu belaka'
Bahawa aku 'lebih dan aula'
Atau mahu berkira kira siapa pembenar siapa pendusta?
Sebagai bekal debat wacana?

Sedih malu dan geram
Kenapa ada orang yang tahu, alim berbatu, ilmu seolah lautan padu
Cuma berkelakuan seperti kera mahukan susu

Bangga kagum dan hormat
Masih ada segolongan yang sanggup digelar jahil
Tapi, hatinya nurani tulus kerana Tuhannya
Sedar diri masih bernoda
Tak akan sempurna selamanya.

Namun, awas!
Jangan nanti yang ku kagumi ini
Dikala dipuncak nanti
Kembali mengotori diri.


*Dhuha - Kolej Taman Universiti, Merbok

2 comments: