Saturday, February 11, 2012

Coretan Haraki I

Bismillah.
Solawat.

Hari ini bercerita mengenai haraki.

Dalam sebuah Harakah, ada Qiadi ada Jundi ada 'Amilin ada Ahli dan kelompok lain. Beberapa blok utama kelompok manusia ini membentuk kesatuan mencari kesepakatan serta menggembeling tenaga idea roh jasad malah harta benda dalam mencapai misi tertentu. 

Keputusan dan dasar dibuat dari hasil sepakat wakil kelompok yang telah merangkumi semua sudut yang mana didalamnya ada semua wakil dari semua peringkat untuk membahaskan dan memutuskan keputusan harakah tadi.

Kenapa saya sebut kembali? Biar semua faham yang tidak pernah ada istilah 'diktator' dalam ber'gerakan' kerana semua harus sedar bahawa jangan jadi bodoh sombong dalam memahami konsep mudah ini. Siapa yang berani kata adanya diktator dalam ber'gerakan', anda sebenarnya dikaburkan dengan buku buku statik teori pemikiran lesu menterjemah korup liberal dan zalim dalam erti kata menekan rakyat mengabai suara mereka dan membuat keputusan tanpa memungut suara ramai, walhal bukan itu sebenarnya maksudnya.

Tidak semua jenis tekanan kepada rakyat itu mengongkong. Tidak jadi zalim kepada pemerintah itu kalau tidak mampu menyelesaikan isu tempatan dalam tempohnya. Malah, tidak wajar digelar diktator atau gila kuasa kalau para pimpinan membuat keputusan bersama sesama mereka. Tidak semudah itu pemimpin dihukum.

Memahami dasar perjuangan akan menyebabkan seorang pejuang akur dengan keputusan pemimpinnya. Erti kata mudah, kenapa mahu mengaku peyokong kalau pemimpin sendiri dibantah dan disergah. 

Cuma, ada yang berpandangan pemimpin tidak kira apa tahapnya wajar disamaratakan atau dalam bahasa Inggerisnya "Leadership For Equality". Tak kisah lah apa jua istilahnya sekalipun, dalam bahasa apa pun, yang penting Islam juga menggariskan panduan sendiri, Islam tidak kontang dari percambahan pemikiran dan kemajuan fakta tamadun bangsa dan kepimpinan. 

Istilah istilah baru banyaknya kelihatan intelektualistik serta mempunyai makna yang tidak sekata penafsirannya. Malah ada yang pakai tulis saja sedang dia sendiri pun tak faham apa sebenarnya maksud 'high class terms' tadi. Biarlah mereka. Merekakan bijak, intelek. Istilah itu hanya dipakai para intelektual, maksud mesejnya hanya mereka saja faham. Huh, tak apa lah.

Berbalik pada konsep Equality. Saya bukan mahu berhujah dalil kerana faham diri masih belum untuk itu. Cuma, cukuplah seandainya saya datangkan analogi analogi manusiawi semoga mudah difahami apa maksudnya.

Pertama, kesamarataan dalam menegur dan menerima teguran. 

Analogi I

Di sebuah pekan koboi. Lewat malam. Sebuah Lancer dipandu ayah ditemani Ibu disebelah. 90 km/j. Abang kakak dan adik dibelakang. Adik tidur tidur ayam. Abang dengan i phonenya. Kakak mengelamun saja. Tiba tiba, abah melihat dari cermin sisinya, ada dua buah Inspira sarat dengan lapan orang bertopi koboi bersenjatakan AK 27 sedang ikut dari belakang. Ibu menjerit. Ayah tekan pedal sekuat hati.

180 km/j.

Ibu : Eh omak kau abang aku sayang. haaa~ 
Kakak: Abah, kenapa ni ! Ibu..
Abah: Pegang kuat kuat !
Abang: Umi, tarik handbrake! Abah dah sawan! 
Umi : Eh handbrake kau la aku sayang. haaa~
Abang: Abah, nak kena saman ke drive laju gila ni? Abah ! Jalan kat sini licin ! Abaaah !
Adik: Uweeekk! 
Kakak: Abah, pelahan la sikit, adik dah muntah ni!
Abah:............. (diam dan berpeluh) 

Selepas sudah 15 km meninggalkan pekan koboi tadi. Ayah park kat sebelah. Endingnya dijamin boleh diramal. Kan?

Begitulan dalam bergerakan dan berorganisasi. Tidak semua keputusan dari pimpinan perlu ditanya dulu kenapa dan apa sebabnya. Pertimbangkanlah. Mungkin kerana tindakan itu mungkin memakan masa dan merugikan peluang yang terhidang atau mendatangkan mudhorat lebih besar sekiranya tiada keputusan segera.

Salahkah Ayah tak jawab soalan kakak? Tidak. Kerana dia tahu kalau diberitahu yang ada perompak duk follow kat belakang, confirm kakak pulak duk melatah sekali ngan Umi..lagi tension !!

Sikap gelojoh (isti'jal) abang terus mempersalahkan ayah dan bersangka buruk pada ayah. Adakah abang tidak tahu yang ayahnya juga menyayangi keluarga. Ayah tak bodoh nak jadi stunt tiba tiba tanpa sebab. Itulah kebodohan dan keangkuhan anak muda yang bicara kencang tapi laksana hampeh. Ingat wahai pemuda, Qiadi tidak bodoh untuk menggadaikan gerakan kita dengan keputusan mengikut hawa nafsu ! Tapi kita yang bodoh, mempersalahkan dan menuding jari sedangkan tidak bersemuka dengan ayahanda dan ibunda kita disana untuk meminta penjelasan.

Adakah abah mengabaikan kebajikan adik? Membiarkan adik muntah begitu sahaja? Saya yakin kita semua tahu apa dan apa rasionalnya tindakan abah tadi.

Jelas. Keadilan dalam kepimpinan bukan dilihat pada tindakan itu yang cenderung atau memihak kepada mana mana pendapat. Tidak juga dilihat pada tindakan itu mengabaikan mana mana pihak. Namun, yang paling penting, keadilan dalam berorganisasi adalah mengambil semaksima manfaat dalam masa yang sama juga terpaksa meninggalkan mudhorat kecil demi menghindari mudhorat yang lebih besar. Inilah gunanya kepimpinan yang berjiwa kental dan berfikrah Islam, kerana hanya dengan Islam, kebajikan akan dikecapi semaksima mungkin !





Bersambung...  

No comments:

Post a Comment