Monday, February 13, 2012

Esok Mesti Jadi Milik Aku!


Aidil masuk ke kamar tidurnya.

Malam yang singkat di musim sejuk diguna sepenuhnya untuk rehat. Usia mudanya tidak menghalang untuk berdikari. Pajama Winnie The Pooh disarung bersama seutas tasbih ditangan selepas usai memberus gigi. Sambil mendongak ke langit, dia berdoa lagi "Esok mesti jadi milik aku"

Lampu dipadam. Namun hati Aidil masih segar, lenanya bukan lena jiwa, cuma lena mata.

*  *  *

Azfar menarik tangan Aidil untuk bangkit qiamullail. Selimut Aidil dikuak. Masing masing menguap. 5 pagi untuk budak seusia mereka bangun bertahajjud bukan suatu yang mudah. Namun, hasil latihan berkat kesabaran, ianya menjadi tabiat. Memang sudah menjadi kebiasaan dalam diari kembar ini untuk bangun qiam bersama sama. Cuma dua tiga hari ini, Aidil kerap susah nak bangun berbanding Azfar.

*Allahuakbar...

Azfar selaku yang menang menjadi imam. Iya, mereka beradu kemampuan. Siapa bangun lebih awal, dialah jadi imam qiamullail. Begitulah cara mereka mentarbiyyah diri untuk rapat dengan Allah. 'Rutin wasiat' ini menjadi pegangan mereka kerana pesan arwah ibunda "Kekuatan manusia pada hatinya, kekuatan hati pada 'amalannya, kekuatan 'amalan pada ikhlasnya". Azimat itu digantung tinggi dalam ingatan dan sanubari mereka selepas kehilangan ayahanda dan ibunda mereka dalam kecamuk keganasan Basyar Assad.

*  *  *

Hari ini mereka tidak sarapan. Bukan kerana sekolah telah ditutup, tapi kerana pelantar api didapur rosak. Masing masing tak reti nak baiki. Berbekalkan 2 pound Syria diambil dari kantung derma tempoh hari, bertawakkal mereka keluar dari rumah. Sambil memegang satu poster bertulis:

"Datang Bersama Hatimu Hanya Untuk Allah" 

Taqdir Allah, Azfar dan Aidil bertemu dengan seorang pemudi muslimah. Selepas bertanya khabar, rupanya destinasi mereka sama. Iaitu ke Himpunan Sejuta Syuhada' di perkarangan pekan. Berbesar hati pemudi berkenaan untuk mengajak Aidil dan Azfar makan bersama teman temannya. Syawarma berserta dua gelas susu sudah terlalu enak bagi dua anak syuhada' ini.

Aidil bertanya bagaimana kakak itu tahu Aidil dan Azfar ingin ke sana, sambil tersenyum pemudi itu menjawab, "Apabila Allah memberi cenderung pada hati manusia, tiada siapa yang dapat menghalang". Azfar dan Aidil terdiam.

*  *  *

#tekan link dibawah untuk hayati ikrar Aidil dan Azfar tempoh hari#


* * *

- Ke hadapan Aidil dan Azfar. Abe Din doakan entuma mendapat Syahid. Dan, Abe Din harap Abe Din dipilih kelak untuk diberi Syafaat oleh entuma. -luv- 

# BANGKIT BERSAMA ISLAM UNTUK ALLAH#









No comments:

Post a Comment