Friday, September 21, 2012

Enam

*    *    *

Bismillah.

Walhamdulillah, dibibir masih bersyahadah, di hati masih beraqidah dan di setiap waktu, semoga sentiasa dalam rahmah.

Usaha Taqwa Mulia. Bukan slogan kosong, itu kunci kejayaan. Rupanya, ia dari intipati al Quran. Biarlah kata siapa, tapi bagiku inilah sebuah madrasah Islam terbaik yang pernah aku huni. Ternyata mindaku sebelum ini yang silap, memberi sebuah gambaran, hanya berdasar sebuah nama dan latar wayang semata.

Ibu. Bagimu segala rindu. Semoga dalam 'afiat sentiasa. Aku anakmu, duhai ibu. Ketahui, doa sentiasa dicurah istimewa; hanya untukmu. Berbanggalah.

Abah. Bagimu segala kasih. Nasihat jadi pasak, pengalaman jadi inspirasi. Aku zuriatmu, duhai abah.

Kawan kawan. Ini anugerah. Bertuahnya aku, mengenali kalian. Tiada ganti, selama lamanya. Emas perak, bukan tandingan kerana kalian jauh lebih suci dari itu. Jiwang? Bukan. Itulah kenyataan.

Guru. Lidahmu menyampai, namun akhlaqmu mengajar sesuatu. "Merendahlah, walau dengan anak kecil". Terima kasih guru. Andai tidak kerana guru, tidak aku mengenal apa itu ilmu.

Ilmu. Hadirlah, dan sudilah menetap dan mengatur hidupku.

Walhamdulillah, ternyata dari enam ini, sudah tidak terkira nilai anugerahMu duhai Tuhan. Enam dari Allah swt Maha Pengasih. Sungguh, Engkaulah Tuhan, tiada cinta yang lebih indah dari cintaMu kepada hambamu. Aku amat berbahagia mengenalimu, semampuku..

*    *    *

No comments:

Post a Comment