Sunday, August 12, 2012

Kun Faya Kun

Bismillah.
Assalamu'alaikum.

Malam ini malam istimewa, masya Allah. Usai solat tarawih berimamkan abah, terus aku aiman dan irfan berlari tinggalkan surau ke kerusi empuk di ruang tamu. Walaupun bukan aku yang paling awal sampai, tapi kuasa 'abang' boleh sahaja mengetepikan adik adik yang lain untuk duduk di seat vip. Itulah kezaliman seorang abang chik, hehe.

Sabuah filem bertajuk 'Kun Faya Kun' ditonton. Baru kali ini rasanya, sebuah movie berjaya menafikan keenakan lauk pauk panas hangat masakan umi didapur yang sedia disantap untuk bekal sebelum tidur.

Pada awalnya, semua biasa biasa saja. Tapi, siapa sangka ia bertukar penuh emosi. Berbekalkan sari kata indonesia, dan memek muka pelakon handalan serta effect  muzik latar, ternyata filem ini berjaya memaku kami bertiga di kerusi. Babak sedihnya amat menusuk, sehinggakan aku yang macho ini pun hampir bergenang air mata.

Teringat ungkapan seorang penulis buku, Robert T. Kiyosaki, katanya "assets serve money into your pocket when liability took them away". Mungkin inilah mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah filem 'Kun Faya Kun'. Mesejnya jelas, supaya manusia bertindak melalui duit, bukan kerana duit.

Kata Aiman, "dalam filem, memanglah tak mustahil". Tapi realitinya, memang manusia susah untuk menolak wang tunai, kerana hanya manusia beriman sahaja meyakini Tuhan. Sifir asas jual beli, memacak pemikiran 'percuma itu rugi' sedangkan Islam mengajar sebaliknya. Tak usah melihat contoh jauh, Sayyidina Abu Bakr pun sudah menggambarkan sesuatu yang diluar sifir asas ekonomi, iaitu "semakin banyak anda memberi, semakin banyak anda menikmati".

Ternyata sejam setengah dilalui tidak terasa, malah masih ingin melihat kisah selanjutnya. Inilah yang dikatakan sebuah filem, satu paparan yang mampu menerkam ke dalam minda malah merubah serta memperbaiki pemikiran masyarakat.

Hingga berjumpa lagi, aiman irfan kirim salam untuk semua.
"assalamu'alaikum", kata mereka. :D

No comments:

Post a Comment