Friday, October 1, 2010

Satu Semester

Idaman nampak kian jelas                                         
Harapanku berbatu muncul kembali
Penutup segala tempoh  
Yang dihitung menurun setiap hari
Kini bersua

Lengkap sudah sepurnama
Aku disini mencalit tinta
Mengukir rasa mencari benih
Benih Ilmu yang berharga

Sajak ini dinukil
Di meja keramat
Sungguh beribu kenangan terlakar
Tidakku kesal mahupun lupa

Sejak pertama ku bersapa
Ku kenal siapa saudara
Ku kenal siapa durjana
Bersama mementas layar 

Penuh asyik tidak ku jemu 
Semester ini satu kejutan 
Juga satu perkenalan 
Tanpa dirancang atau dipelan 

Segalanya terpalit di meja tinta ini 
Jika ku hitung kenangannya 
Pasir di pantai bukan saingan
Ikan di lautan tidak sebanding

Lengkap sudah satu semester 
Ku selami dunia baru 
Asing dahulu biasa kemudian 
Kerana itu sunnah kehidupan

'Jumpa lagi' pengubat hati
 Mungkin benar
Atau sekadar kiasan lisan
Mengikut adat tradisi kehidupan

Selepas sesemester
Ku mengerti di mana manikam
Tidak semua bercahaya itu berharga
Bukan semua berharga itu bercahaya

Hari ini penutup segala
Semester lama ku lalui
Ku kenang selamnya tidak ku lupa ia
Insya Allah..


dedikasi buat pre law semester satu, moga terus maju dan makmur

1 comment:

  1. salam,
    ALlah..insyaALlah. teruskan tarbiah sehingga terbuah daripada yg terbiar itu.

    ReplyDelete