Thursday, December 23, 2010

al Qardhawi - at Turabi



Demokrasi Liberal


Penglibatan gerakan Islam dalam percaturan kuasa pemerintahan negara melalui proses demokrasi berdepan dengan cabaran besar. Ini kerana gerakan Islam memperrjuangkan tertegaknya syariah sebagai satu cara hidup dalam masyarakat dan juga syariah sebagai satu sistem pemerintahan dan undang undang.

Demokrasi pula bertujuan untuk menjulang keluhuran perlembagaan dan kepatuhan kepada undang undang berpaksikan kedaulatan suara rakyat.

Apakah Islam sesuai sepenuhnya dengan Demokrasi..?
Jawapannya, TIDAK..

Apakah semua sistem Demokrasi adalah sama..? Monolitik..?
Jawapannya juga TIDAK..

Jadi, apakah cita cita Islam boleh diperjuangkan melalui proses Demokrasi..?
Jawapannya YA dan TIDAK..

Jika disusuri, susur galur Demokrasi dari sumber asal berkait dengan John Locke, Montesquieu, Voltaire, Rousseau, Jeremy Bentham, Immanuel Kant, dan John Stuart Mill, jelas, perbezaan antara Islam dan Demokrasi adalah umpama langit dan bumi. Akar umbi Demokrasi adalah penolakan terhadap Gereja, konsep ketuhanan serta peranan agama dalam kehidupan sisioekonimi dan politik kolektif.

Demokrasi adalah manifestasi kolektif amalan politik yang dicapai melalui kantrak sosial para pendokong falsafah dan ideologi liberalisme. Liberalisme berpaksi kepada sistem kepercayaan Materialisme ( Kebendaan  ) yang menegaskan bahawa .. "Nothing exists beyond matter"


Dengan itu apa yang dapat dilihat, disentuh dan ditanggapi adalah tidak wujud. Dengan itu konsep ketuhanan dan kehidupan beragama tidak termasuk dalam kontrak sosial yang berpaksikan Liberalisme.

Sebenarnya, manusia dengan keupayaan akal fikirannya mampu menentukan apa yang terbaik untuk dirinya serta masyarakatnya. Apabila individu individu berkumpul secara kolektif dan bersetuju dengan suatu kontrak sosial maka mereka dapat mengendalikan urusan mereka melalui satu manifestasi politik yang dinamakan DEMOKRASI...

Demokrasi liberal memberi hak kebebasan manusia seluas luasnya kepada akal fikiran. Montesquieu menegaskan bahawa undang undang tidak perlu mengambil kira kesalahan kesalahan yang dilakukan terhadap Tuhan ( Allah ).

Individu dalam Demokrasi hanya patuh kepada undang undang yang digubal atas 'kedaulatan suara majoriti'. Bentham pula dengan doktrin fecilitas  atau "greatest happiness for the greatest number" menegaskan bahawa suatu undang undang itu dianggap baik atau buruk bergantung sejauh mana ia membawa kegembiraan kepada seramai mungkin bilangan manusia.

Islam dan Demokrasi..?


Islam menghargai akal fikiran manusia. Islam juga menghormati suara rakyat. Tetapi Islam tidak meletakkan akal fikiran manusia sebagai mutlak dan kemuncak. Islam juga tidak memperakui 'kekeramatan suara rakyat' sebagai kedaulatan yang hakiki.

Jika wujud amalan dan sistem 'Demokrasi Tulen' maka demokasi seperti itu tidak sesuai dan mesti ditolak oleh Islam.

Beberapa pemikir Islam seperti Dr. Mahmud al-Khalidi dari Universiti Yarmouk, Jordan merangkap mantan pemimpin Hizbu Tahrir Jordan menolak Demokrasi dan menganggapnya sebagai musuh syariat Islam..sayangnya pandangannya hanya bersandarkan kepada asas falsafah dan ideologi yang melahirkan fahaman Demokrasi. Ia tidak bersifat kontekstual dari segi amalan dan manifestasi Demokrasi dalam sistem dan realiti politik semasa..

Sebaliknya, Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi yang lebih berpandangan sederhana menegaskan bahawa


" ...sehingga kita menemui satu sistem politik  yang lebih baik dari Demokrasi, maka hendaklah kita manfaatkan Demokrasi..."

Ini bermakna, beliau berpendirian bahawa Demokrasi bukanlah sistem yang terbaik namun tidak pula bermakna Demokrasi tidak boleh dimanfaatkan dalam memperjuangkan Islam.

Seorang lagi pemikir Islam terkemuka, Dr. Hasan at-Turabi menggariskan beberapa perbezaan syura dan demokrasi malah beilau berpendapat Demokrasi Liberal didasarkan kepada pemerintahan majoriti sedangkan syura bertujuan untuk mendapat persetujuan seluruh anggota masyarakat dengan mengambil kira semua pandangan dan kepentingan tanpa meminggirkan mana mana golongan minoriti.

Bagi at Turabi, Demokrasi berdasarkan Syura adalah lebih luas daripada sistem politik yang berpaksikan kepada proses mendapatkan mandat melalui pilihan raya semata mata. Bagi beliau, pilihan raya atau referundum aadalah komponen terpenting dalam Syura.

Sekarang..persoalan menggunakan Demokrasi telah jelas..jadi, ayuh kita sekalian Muslimin dan Musliamat, gunakan kuasa yang ada pada kita menguasai majoriti suara rakyat dalam mengejar suatu sistem yang lebih baik yang dinamakan Syura demi menegakkan pemerintahan berlandaskan Syariah Islam..

Waalahua'lam..

4 comments: