Saturday, January 15, 2011

Titian Perjuangan : Kita Teruskan Bersama..

Seringkali terlintas di fikiran malah acap kali terungkap di lisan ; kata kata kita sendiri sedar atau tidak, putus asa dalam meneruskan usaha, rasa diri teraniyanya oleh sesuatu yang tidak jelas, malah merasakan jiwa ini kabur; tidak berhala tuju. Walaupun bergelar Ustaz, Murabbi, namun kadang kadang, jiwanya jua turut diuji oleh Allah swt. 


Ketahuilah sahabatku sekalian, liku liku da'wah sememangnya menduga kesabaran dan menagih ketabahan berpanjangan. Walaupun kita selalu membaca kisah kisah perjuangan para Syuhada terdahulu, sering mentelaah sirah para Nabi dan Rasul, namun perasaan lemah semangat dan putus asa boleh saja berlaku.



Allah Ta'ala sudah awal awal lagi menjelaskan kepada para Da'ie sekalian dalam ayatnya yg bermaksud:

" Wahai manusia manusia yang beriman, mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih.? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.."

Surah as Saff : 10 - 11

Walaubagaimanapun, Iman seseorang bisa saja menurun malah menjadi lebih parah tatakala tetap 'tawar' walaupun Allah telah menjanjikan Syurga dan segala isinya bagi sekalian insan yang berjuang menegakkan agamaNya. Malahan, jiwa seorang daie selalu terluka dan terkesan dek cacian dan hinaan masyarakat yakni mad'u sekalian, juga tekanan dari nafsu yang sudah semua sedia maklum amat sukar dijaga dan dipupuk..semua ini bercampur dan bergabung menyebabkan jiwa para da'ie sering merasa kacau dan tidak tenteram.


Bagaimana kita mahu menempuh semua ini..? Adakah mampu dengan hanya mengeluh dan merenung air yang mengalir atau hanya membayangkan suasana harmonis tanpa kita berusaha mengaplikasikannya..? Atau mampukah tekanan dan rasa putus asa ini diubat dengan melarikan diri dari kepompong jemaah..?

Renungkan para daie dan sahabatku sekalian.

Kita semua yakin Allah Maha Suci dari melakukan sesuatu tanpa ilmu, juga kita amat yakin bahawa Allah tidak akan pernah menzalimi hambanya...sudah tentu ada jalan keluar dari segala permasalahan ini. Yakinlah dengan Rahmat Allah dan kasih sayang Allah. 

Allah Maha Adil

Jika begitu, rasa putus asa tadi sudah tentu berpunca dari kesilapan kita sendiri menangani tekanan berkenaan dan sememangnya Allah Maha Suci dari berbuat penganiyaan. Tujuan Allah memberi rasa tekakan kepada kita bagi membuka minda kita, "..kau tetap hambaKu, Aku berhak mengujimu.." Namun, kadang kadang kita alpa mengenai benda ini dan merasakan tekanan yang datang disebabkan oleh keadaan jemaah, juga disebabkan oleh kesilapan orang lain..tidak sedarkah kita bahawa semua ini berpunca dari DIRI KITA SENDIRI..!!

"..Silap aku.? Apa silap aku..?  eh, aku tak buat silap la.."- macam macam nada terkeluar apabila kita ditegur dan diperbaiki oleh sesiapa pun. Sedarkah kita apa yang kita lafazkan..? Ya, tepat sekali, ego dan kesombongan masih bersemi dalam diri kita sebenarnya para Dai'e sekalian. Kita merasakan bahawa diri kitalah yang terbaik, diri kitalah yang paling mulia disisi Allah dek kerana setiap hari berusrah, berliqa', berqiamullail, berifthor jama'e malah bersedeqah..

Sedarlah duhai jiwa termasuklah jiwaku ini, perasaan sombong dalam hati kita menyebabkan kita merasakan kita tidak berhak diuji, tidak boleh ditimpa musibah..kita wajar dilayan 'upper class' oleh Allah Ta'ala, segala hajat kita akan dikabulkan dek kononnya diri kita sudah rapat sangat dengan Allah..masya allah..






Mungkin, inilah hikmah Sayyidina Umar r.a berkata:
"..Laisal Islam illa bil jama'ah laisal jamaah illa bilqiyadah laisal qiyadah illa bitto'ah.."

Kita diajar supaya berpaut pada suatu jemaah seutuh utuhnya. Kenapa.? 

Nah.!! Inilah jawaban bagi semua persoalan tadi, 

Melalui jemaah, kita dapat mengetahui silap kita.
Melalui jemaah, kelemahan kita ditampung bersama.
Melaui jemaah, KESOMBONGAN kita menurun.
Melalui jemaah, keakraban kita terjalin dan bersemi selama lamanya..

Ayuh, saya berpesan pada diri saya dan sahabat seperjuangan saya sekalian, buanglah perasaan takut dalam dada kita semua kerana Allah sedang menyiapkan Syurga yang tiada taranya buat para Syuhada dan Mujahideen sekalian. Ayuh kita merebut peluang ini..Tatkala diuji, itu lumrah bukannya penghalang dari kita terus melangkah menegakkan Islam..Insya Allah..

Salam Mujahadah =]

2 comments:

  1. Betul tu ustaz. Sy setuju. Mai da'wah berjemaah na..

    ReplyDelete
  2. Insya allah..kita sealiran, seangkatan, sefikrah, sekelas dan sebilik..so, bnyak benda yang kita 'se' ni..mudah sket nan selesaikan da'wah kita ek..haha~

    ReplyDelete