Monday, January 17, 2011

Ustazah Normala Calon PAS di Tenang..


 Alhamdulillah, teka teki siapa calon PAS bagi Pilihanraya Kecil Dun Tenang terjawab semalam. 
Semoga Allah memberi kemenangan kepada pihak yang Haqq..



Normala Sudirman

Sedikit pengenalan peribadi beliau..

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

30 Januari ini penentu segalanya, ayuh sekalian muslimin muslimat, sama sama kita berganding bahu bersatu membantu Parti Islam Se-Malaysia PAS semampu kita untuk menyedarkan masyarakat akan kebenaran dan membuka mata mereka ke arah kebenaran, Insya Allah..

Buat pemilih - pemilih Dun Tenang, di tangan andalah masa depan masyarakat di sana, inilah masanya anda menimbangkan seadil adilnya. Semoga Allah memberi HidayahNya dan TaufiqNya buat anda dan kita semuanya agar terus Istiqamah dan Thabat dalam perjuangan menegakkan Syiar islam di Bumi Allah ini, ameen..

No comments:

Post a Comment