Monday, June 20, 2011

Usrah Pertama.

Bismillah.
Solawat.

17 Rejab 1432 Hijriyyah.

Dengan Nama Allah ana menulis dengan harapan menjadi peringatan buat diri ini dan sekalian yang sudi membaca coretan ringkas dari ana yang mentah dalam ilmu Islam. Apa yang diharapkan adalah keredhaan ALlah semata mata.

"..kamu boleh mendiamkan kesilapanmu dari pengetahuan manusia, tapi entum tak mungkin dapat diamkan kekhilafan entum dari pengetahuan Ilmu Allah.."
Wan Syahrul Munir
Naqib Usrah Izzuddin al Qassam
MIFTAH 2005
Maahad Muhammadi Lilbanin

Oleh kerana kehangatan usrah disini mula dirasakan, mahu rasanya mengenang semula kenangan berusrah di ma'had dulu..

Sahabat seperjuangan yang nak tambah kat bawah silakan, haha..

Menempuhi hari pertama di Taman Ma'hadi, kami diarah berkumpul di Masjid Islah yang merupakan nadi tarbiyyah disitu. Beratur beradab semuanya, menghormati masjid sebagai rumah Allah. Bebaju kemeja putih lengan panjang berseluar hijau dan berkopiah, kami semua ibarat askar yang baru direkrut, tiada beza melainkan rupa dan ketinggian sahaja..hehe~

"..Assalamu'alaikum..kaifa haalukum? Hal antum musta'iddah?"
Muncul seorang lelaki tegap didepan berpakaian kemeja hijau lengan panjang. Hensem. 

Soalan itu tidak berbalas dengan jawapan sebaliknya menambah kesunyian dalam masjid itu. Yelah, siapa la nak jawab, mana la paham bahasa Arab masa tu..huhu~

"..Baik, bila kita disapa Assalamualaikum, apa kita jawab adik adik sekalian?..", abang tadi menambah.

"Wa'alaikumussalam.." kami menjawab serentak.

"..Toyyib, ahsantum...selepas tu tatkala kita disapa 'kaifa haalukum'..apa nak dijawab?.."

"..Alhamdulillah nahnu bikhair..", jawab seorang abang senior kat belakang yang kebetulan turut berada di  masjid itu bersama kami..sambil tersenyum dia mengangkat tangan melambai lambai. Berserban putih berselendang dibahu, dia kelihatan berwibawa disisi sahabat beliau yang lain.

"..Na'am Najwa, ahsanta.."

Najwa rupanya nama abe tadi, berkenalan sudah kami dengan seorang senior tanpa tidak sengaja. 

Selesai sesi muqaddimah disampaikan Abe Abdullah Long, kami dibahagikan mengikut kumpulan yang lebih kecil bertujuan memberi lebih kesan dan senang pengurusan.

Mungkin sudah taqdir di tangan Allah, ana diletakkan sebaris dengan sahabat sekelas ketika itu. Ana, Faris, Faiz Sudin, Ashraf, Murshidi, Afiq Shafirin, Badru Hussin, dan Huzaifah.

Kami digelar usrah 1 dek kerana usrah kami disusun paling awal.

"..Toyyib, usrah satu, entum ikut abe Munir semua ea.." kata Abe Abdullah Long.

Beraturlah kami kanak kanak kecil..haha! Mengekori seorang lelaki bertubuh tegap yang masih tidak dikenali..uuh, takutnya, muka abe yang sorang ni nampak tegas.

Selesai membuat halaqah, kami memulakan usrah rasmi MIFTAH kami. Diikuti sesi ta'aruf dan perkenalan lalu diselangi dengan pelbagai cerita, kisah renungan dan tazkirah, kami mula mengenali apakah sebenarnya yang diertikan dengan usrah. Sungguh manis !

Itulah juga detik perkenalan kami dengan seorang insan yang bergelar 'Naqib'. Wan Syahrul Munir atau lebih selesa dipanggil Abe Munir mesra didekati. Walau amat 'alim dalam Fiqh, beliau kekal rendah diri dan berkelakuan terpuji sentiasa, maklumlah, Ketua Dhobit..huhu~

Kini, setelah hampir 7 tahun meninggalkan usrah disana, bahang kerinduan menikmati usrah seperti dulu amat dirasakan. Terasa mahu masuk kembali ke halaqah itu, walaupun isu yang dibincangkan bukanlah isu dunia mahupun isu kontemporari, tetapi seni dan kesucian serta keihlasan abe Munir mengolah minda dan hati kami membuatkan kami seolah dibius setiap kali berusrah, waa~

Masih kami ingat pesan Abe Munir,
"..Jika kamu mahu mulia, kaya itu mulia. Jika kamu mahu hebat, gagah itu hebat. Jika kamu mahu kuasa, pemerintahan itu kuasa. Bahkan, jika kamu mahu kebahagiaan, berkeluarga itu bahagia. Tetapi ingatlah jika kamu mahukan semuanya, kamu mahu mulia, kaya, kuasa dan kebahagiaan, tidak lain hanya dengan mencintai ALlah..Cintailah Allah kerana Dialah segalanya, Dia yang memberi kekayaan, Dia memuliakan sesiapa"
Usrah Abe Munir amat unik. Tanpa menghadkan isu dan cara pengendalian, kami diberi kebebasan menentukan isu apa yang mahu diperbahaskan. Malah, kami juga berhak mengutarakan pandangan seakan akan kami pula yang mahu menjadi naqib..haha.

Pernah satu ketika, kami berbahas mengenai isu yang ana sudah lupa apakah isunya. Cuma yang pasti isunya sangat menarik dan banyak percambahan idea dapat darinya.

Semalaman kami berbahas sehinggakan burger yang dibeli pada awal usrah diganti pula dengan roti dan minuman lain. Allah. Tak sedar, sudak pukul 1 pagi. Walhal mulanya seusai sahaja solat Isya'..huhu~  Terbaeklah Abe Munir. Juga terima kasih kepada Abe Azim merangkap timbalan Naqib. Abe Azim walaupun pemalu orangnya, tapi apabila mengutarakan hujah, huh ! tidak terjangkau di 'aqalku..haha.

Diselangi gelak tawa hilau suka dari Faris yang suka buat lawak..memang best.
Masih diingat senyuman manis si Murshidi atau dengan manjanya dipanggil 'Shide'..huhu~
Juga  tidak dilupakan Afiq Syafirin merangkap 'wakil rakyat' Kolaboran..haha~

Turut dirindui suara suara kecil dari ashraf, amat dirasakan pemergianmu..
Merangkap ketua usrah, Huzaifah juga dikenali dengan panggilan 'ustad' dek kemampuannya menjadi imam pada usia masih di tingkatan satu, subhanallah..hebat !

Fais Sudin dengan gaya bersahajanya menambah riuh suasana usrah...haha
dan akhir sekali Mejar Badru Hussin, hehe...suka sponsor barang..bagus lah badru, ore banyok duit la keno banyok sedeqah..haha~
Dan aku, menjadi orang yang paling kuat makan dalam usrah..haha, sangat bahagia dirasakan bersama sekalian adek beradik usrah Izzuddin al Qassam, allah..

Ini sudah jadi Jilul 'Ariffin nieh..huhu~

Mungkin kini giliran aku pulak jadi Naqib. Terasa bertapa jahatnya aku menasihati manusia apa yang aku sendiri lakukan. Tak tersangka dalam silibus usrah disini ada sahaja bab2 yang aku sendiri lakukan..Allah, malunya rasa dihadapan tuhan. Dia sahaja yang tahu.

Namun, dengan malu itu, aku harus berubah. Kerana gerun dari ancaman ALlah akan menunggu siapa yang pandai cakap sahaja, tak buat pun apa yang dilafazkan. Insya allah, dicuba sedaya upaya.

Yassirlana, amen.

11 comments:

  1. teringin berusrah bernaqibkan penulis blog ni....

    ReplyDelete
  2. ustazah badura (kulil al khaliq):

    aish, xse eh, x panda ambo. spatutnya ustazah la bimbing kami bebudak mentoh ni..mekaseh ustazah sudi jenguk tulisan buruk dalam blog ni. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum..

    Bismillahirrahmanirrahiim..

    "..Ya Allah, Kau peliharalah adikku ini di sepanjang hidupnya. Jadikan setiap langkahnya, langkah yang Kau aturkan. Jadikan setiap bicaranya, bicara yang membawa manusia mengingatiMu. Jadikan setiap degup jantungnya, degupan dalam meniti saat untuk bertemuMu. Jadikan pandangan matanya, pandangan yang keletihan demi ilmu dan agamaMu. Terimalah airmatanya Ya Allah..sebagai penyejuk kemurkaanMu. Belailah jiwanya..disaat adikku ini terkulai lemah dalam mengharungi ujian dariMu. Tetapkanlah imannya Ya Allah..agar adikku ini tidak mudah berputus asa atas setiap taqdirMu.."

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikumusalam, Ust Sumaiyyah.

    Amen. amen. ameen. Doa ini juga buat kak. Terima kasih sudi jenguk blog 'adek Den' ni..hehe~

    :)

    ReplyDelete
  5. Hisy..salah eja nama lg nih !

    Hm..xpa2..ya, sama2..tp..title tu rasany x kena tu..spatutny bkn 'adikku' la kan..?? 'ank menakanku' bru btoi..maaf la.. (^_^)

    ReplyDelete
  6. oopppss. maaf la kak Su.

    'anak menakang'?..

    aish, jangan duk heboh la kak. lambat lagi tu. lagipun 'si dia' kecik lagi. tunggu la nanti da besar2 sket, baru la boleh tanya empunya badan. wah! hehe. ^_^

    ReplyDelete
  7. ops..okey..sory2..kena simpan lek-lok ni 'BIG SECRET' ni.. =)

    ReplyDelete
  8. eh, kak su ni. jangan wat serius lah. ana 'SELORO' jah. hehe~

    mana la ado maso mikir bendo bendo ni. hehe..

    ngaji dulu peting. :)

    ReplyDelete
  9. terkesima ambo...tringt semula usrah di maahad dulu...abe najwa 2 naqib kawe 2...usrah imam syafie...

    ReplyDelete
  10. afzan : waaah. mekaseh Jan, sudi singgah blog aku hok tok tahu gapo satu nieh..haha.

    Jan, ouh, baru ingat...ruponyo abe Najwa tu abe naqib mu. haha..aku pun rindu ko dio..:)

    kak sumaiyah: wokehyh.

    ReplyDelete