Tuesday, August 23, 2011

Ada Hikmahnya Insya Allah.

Bismillah.
Alhamdulillah.
Solawat serta salam buat Junjungan Besar Baginda Nabi Muhammad SAW, sekalian kerabat baginda serta seluruh penyambung warisan ilmu baginda SAW.


Fajar 23 Ramadhan 1432H


1. Alhamdulillah, kesihatan semakin pulih. Terima kasih kepada sahabat sebilikku, Faiz Fahmi, Husaini, Hasanuddin, Riz, Aizam, Jimie, Dato, dan Abid kerana mendoakan kesejahteraanku. Khusus buat Faiz Fahmi, terima kasih atas ubatnya. Insya allah, ada hikmahnya atas gangguan kesihatan ini.


2. Merasa sedih tidak dapat bersama sahabat dalam Jamuan Makan PL 3 C semalam. Namun, hati tetap redho, mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Siapa tahu. Namun, tatkala melihat gambar gambar kalian bergelak ketawa mesra disana, hati ini turut tumpang gembira. Semoga ikatan hati kita semua kekal sampai bila bila hendaknya. :)


3. Lagi kesedihan hati. Mendengar perkhabaran dari sahabat nun jauh disana. Kesihatan al allimul allamah Tuan Guru Haji Hasyim selaku Mudir Pondok Pasir Tumboh semakin terganggu dan dilaporkan semakin tenat. Tiada kata yang dapat dicalit disini melainkan bermohon ke hadrat ALlah agar tuan guru dipermudahkan segala urusan dan disembuhkan dari ujian yang menimpa beliau. Sama sama kita doakan kesejahteraan beliau disana, insya allah. Ada hikmahnya buat kita.


4. Di sebalik beberapa kesedihan, ada kegembiraan. Meniti hari hari akhir di Merbok sebelum menuju pulang ke pangkuan bonda dan ayahanda tercinta di Kelantan sana. Hati mana tidak rindu. Sudah lebih beberapa bulan, tidak pulang ke halaman 'Baitul Hikmah'. Mungkin ada hikmahnya. Diharap, ayahanda dan bonda serta kekanda sekaliannya sihat sihat sahaja hendaknya, amen. Rindu akan pelukan dan masakan bonda tersayang dan juga keasyikan solat berimamkan ayahanda tercinta bersama hikmah mutiara kata ayahanda.


5. Hari ini juga kebanggaan menerpa diri. Sebuah sampul surat dari 'insan jauh' tiba di halaman rumah di KTU ini. Terkandung sehelai kertas dan secalit tinta indah. Subhanallah, datang dari insan yang amat aku kasihi. Tidak menyangka diri masih diingati. Cuma, sedikit hairan, bagaimana pula kamu dapat 'mengesan' alamat bilik sehingga sebegitu tepat? Mungkin ada hikmahnya. Seandainya dirimu membaca entri ini, terima kasih saya ucapkan. Tidak ada yang hendak dibalas melainkan hanya 'senyuman'. 


6. Perasaan rindu turut hadir. Seusai membaca entri terbaru dari sahabat baikku, Akh Muizzuddin. Allah. Tahniah. Namun, rindu hati ini ingin berjumpa denganmu belum terubat. Apapun, hanya doa dapat aku kirimkan. Nasihatmu amat bermakna. Semoga perjalananmu mengejar ilmu di bumi Anbiya' mendapat redho dari Ilahi. Daku doakan dirimu menjadi pengganti para 'alim ulama supaya generasi akan datang mengenali Islam dan yang paling penting, mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari apa yang kita rasa pada hari ini, Insya Allah. Buat sahabatku, sejuta keampunan dipohon darimu seandainya diri ini pernah berkhilaf sama ada secara sengaja atau tiada. Ingat, ada hikmah mengapa Allah memilihmu ke sana. Bukan semua insan yang mendambakan belajar di bumi anbiya' dimakbulkan ALlah hajat mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi tahniah. Semoga selamat sampai dan selamat menuntut ilmu. Titipkan jua salam rinduku buat sekalian sahabat disana, khusus buat Anas, Syafiq, Syakir, Syakir II, Qalbuddeen, Harith dan yang lain2. 


7. Tersentuh juga hati ini pagi ini mengenangkan hari hari akhir bulan Ramadhan al Mubarak. Sudah hampir melabuhkan tirainya. Semoga segala cebisan amalan diterima ALlah sebagai bekal buat diri menuju alam baqa' nanti, amen.


8. Akhir kalam, wabillahittaufieq wal hidayah wassalamu 'alaikum warahmatullah.

5 comments: